Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Saya dan suami serta anak, insya-Allah akan ke London April ini. Disebabkan senti­men Islamophobia di sana, saya meminta suami mencukur jang­gutnya supaya mudah melepasi pemeriksaan imigresen dan kas­tam tapi malangnya suami saya enggan. 

Saya takut kalau dia kena tahan, kami juga akan ditahan dan lebih teruk kalau dia tidak dibe­narkan masuk. Apakah pendapat ustaz?
Farah, Selangor.

UKE: Nabi SAW bersabda: Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari RA).
 Menyimpan janggut adalah satu perkara sunnah yang dapat pahala kerana melakukannya. Ulama-ulama mazhab berbeza pendapat dalam bab menyimpan dan mencukur janggut.
 Ada yang mengatakan wajib menyimpan janggut dan haram mencukurnya. Ada yang mengatakan sunat menyimpan dan makruh mencukurnya.
 Pendek kata, berjanggut itu mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu dari sudut kesihatan dan hikmah yang lain.    
 Pada masa sekarang, orang bukan Islam juga ramai yang menyimpan janggut tetapi Islam menyuruh kita memelihara janggut dengan kemas supaya dibezakan dengan janggut orang bukan Islam yang tidak kemas atau yang langsung tidak menyimpan janggut.
 Alhamdulillah setakat ini tidak ada masalah. Maka bagi saya tidaklah perlu dikhuatirkan jika suami anda terus menyimpan janggutnya. 
 Bertawakallah kepada Allah dan minta agar semua urusan dipermudahkan. Kalau anda masih ragu-ragu, mungkin suami anda boleh menipiskan sedikit janggutnya dan bukan membuangnya terus.
 Janganlah bertelagah kerana isu yang kecil. Kerana janggut yang dibuang akan tumbuh semula dan membuang janggut bagi mazhab Syafie tidaklah berdosa.
 Jadi saya harap puan tidak perlu risau dengan masalah janggut. Insya-Allah, Allah akan membantu selagi kita tidak melanggar undang-undang mereka.
  Berjuta-juta orang Islam yang berjanggut di seluruh dunia yang memasuki imigresen negara-negara lain. Insya-Allah, Allah akan tolong selagi kita mempertahankan sunnah Rasulullah.


 Sujud hidung sentuh lantai, solat tidak sah 

Tujuh anggota sujud ha­nya­lah dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua tapak kaki. Bagi wanita, ke­semua anggota sujud itu tidak boleh berlapik de­ngan kain telekung ketika bersujud. 
Sekiranya berlapik, solat tersebut tidak sah ke­rana anggota tersebut ti­dak menyentuh lantai atau sejadah secara terus. Be­narkah begitu ustaz? Apakah benar solat ti­dak sah jika hidung me­nyen­tuh lantai ketika sujud kerana hidung bukan anggota sujud?
Wan Bunga, Melaka.

UKE: Saya nasihatkan anda pergilah belajar bab solat ini secara berguru dan carilah guru atau pusat pengajian yang betul dan janganlah cari yang menyimpang daripada fikah yang sebenarnya.
 Kalaulah orang perempuan tidak boleh berlapik anggota sujud ketika solat, malah sampai tidak sah solat maka ini sudah berat kesnya.
 Bayangkan lutut tak boleh berlapik, macam mana hendak pakai telekung? Jari kaki macam mana pula? Siapa yang kata tidak sah itu? Ustaz, ustazah atau siapa?
 Yang dimaksudkan anggota sujud itu ialah ketika sujud anggota sujud tersebut berada di tempat yang betul. Bagi mazhab Syafie, hanya dahi yang tidak boleh berlapik dengan sesuatu yang menghalang ke tempat sujud kerana berpegang kepada sifat sujud yang diajarkan oleh Nabi SAW adalah wajib meletakkan dahi di atas bumi dan menekankan dahi ke bumi.
 Dalilnya bermaksud: Apabila kamu bersujud hendaklah kamu menekankan ke bumi dan jangan mencecah cepat semata-mata.” (Riwayat Ibnu Hibban).
 Hadis ini secara tidak langsung memberi maksud dahi mestilah tidak tertutup semasa sujud. Justeru, Imam Syafie berijtihad, wajib dahi terbuka dan tidak harus ada apa jua yang menghalang di antara dahi dan tempat sujud.
 Bab hidung pula, Imam Syafie menyebut bahawa sekiranya hidung tidak mencecah bumi, hukumnya hanyalah makruh. 
 Bagi memastikan kesempurnaan dan kualiti solat, elok dipastikan kedua-dua anggota tersebut dicecahkan ke tempat sujud. Saya nasihat kakak pergi belajar betul-betul bab solat ya.


 Mahu jual gelang emas bayar fidyah 

Lima belas tahun lalu saya melahirkan anak pada bulan Ramadan. Sampai sekarang saya belum membayar fidyah.
 Saya ada seutas gelang tangan dan saya bercadang menjual gelang tangan itu untuk membayar fidyah. Patutkah saya jual gelang tangan itu untuk membayar fidyah kerana saya cuma suri rumah?
 Yati, Selangor. 

UKE: Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
 Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagih-agihkan kepada fakir atau miskin.
Saya nasihatkan anda ke bahagian baitulmal atau zakat di tempat tinggal puan untuk urusan pengiraan. Ada pegawai yang akan menguruskan nanti.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain