Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mesej advokasi MCMC 2016 capai sasaran

Mewujudkan masyarakat berliterasi digital, media

MCMC menjalin kerjasama dengan Kidzania menganjurkan program Kids & Technology 6
MCMC menjalin kerjasama dengan Kidzania menganjurkan program Kids & Technology.

KUALA LUMPUR 28 Jan. - DALAM memperkasakan rakyat ke arah masyarakat berliterasi digital dan media, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mewujudkan peranan advokasi bagi membangunkan program-program pendidikan dan kesedaran.

Antara lain misi advokasi MCMC adalah mewujudkan rakyat digital yang berupaya menyumbang secara positif dalam persekitaran digital yang semakin mencabar, menjadi pusat rujukan digital dan media serta bekerjasama dengan rakan strategik dalam menyebarluaskan mesej-mesej advokasi.

Antara usahausaha advokasi yang dibangunkan MCMC ialah Klik Dengan Bijak (KDB), Sukarelawan ICT Malaysia (MIV), kitar semula esisa mudah alih dan kempen Check Your Label.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Advokasi dan Jangkauan MCMC, Eneng Faridah Iskandar, bagi memastikan program-program itu dilaksanakan dengan berkesan khususnya pada 2016, pihaknya telah menggariskan tiga mesej utama iaitu penyertaan digital, penggunaan positif dan kepimpinan digital.

Ketiga-tiga mesej itu, jelas beliau, berjaya diimplementasikan melalui pelbagai platform seperti mengadakan aktiviti di lapangan, berkolaborasi dengan pihak media dalam menyalurkan maklumat, mewujudkan aktiviti kesukarelawanan menerusi program MIV dan menyediakan bahan-bahan penerbitan untuk mendidik orang ramai.

“Daripada 417 program di lapangan yang kita adakan pada tahun lalu, kita berjaya mencapai audiens seramai 1.1 juta orang dengan 51.7 peratus daripadanya adalah mereka yang hadir ke program yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

“Dari segi kandungan, 40 peratus adalah berkaitan program KDB, 26 peratus kempen esisa mudah alih dan 25 peratus mengenai program Check Your Label dan.

“Dalam melaksanakan program-program tersebut, kita telah menjalinkan kerjasama dengan 36 rakan strategik yang terdiri daripada agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT), syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, dekat sini baru-baru ini.

Dalam mempromosikan mesej-mesej advokasi, Eneng Faridah berkata, MCMC telah mengadakan 144 aktiviti melibatkan pihak media dan hasilnya, sebanyak 436 artikel daripada pelbagai agensi telah diterbitkan sepanjang tahun lalu.

Secara purata, sebanyak 40 artikel diterbitkan setiap bulan dengan 52 peratus daripada kandungannya melibatkan kempen penggunaan internet dengan positif dan 12 peratus mengenai penguatkuasaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Manakala melalui platform MIV, MCMC telah mengadakan sebanyak 47 program yang memberi focus kepada empat kumpulan iaitu komuniti, sekolah, Sukarelawan ICT Antarabangsa (IIV) dan IPT.

“Sebanyak 691 sukarelawan berdaftar di bawah program MIV dengan 376 daripadanya telah dilatih dan ditugaskan menyelesaikan projek yang ditetapkan. Program ini berjaya melepasi sa saran melahirkan 288 sukarelawan terlatih yang perlu dicapai pada 2016.

“Selain itu, fasa 1 program MIV bersama komuniti berjaya menarik 146 masyarakat setempat menghadiri kelas-kelas ICT yang dijalankan sukarelawan berkenaan. Hasilnya, 48 daripada 87 perniagaan yang telah dikenal pasti dijalankan oleh komuniti setempat berjaya dipasarkan melalui laman sosial Facebook dan masih aktif hingga kini,” ujarnya.

Sementara itu, MCMC juga telah menyediakan beberapa bahan penerbitan untuk rujukan orang ramai seperti buku Panduan Keselamatan Melayari Internet, poskadposkad berinformasi, brosur maklumat ringkas inisiatif MCMC dan tip-tip keselamatan yang dimuatnaikkan di laman social Facebook KDB.

Menurut Eneng Faridah, bahan-bahan penerbitan tersebut telah diagihkan kepada para pengguna melalui program-program di lapangan yang berlangsung sepanjang tahun serta menerusi rakan-rakan strategik.

Dalam pada itu, antara lain kejayaan yang dilakar MCMC pada 2016 adalah apabila dianugerahkan sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 daripada Worldwide Quality Assurance Ltd. (WQA) pada 5 Oktober lalu.

Pengiktirafan itu membuktikan MCMC sentiasa komited untuk meningkatkan kecekapan operasinya, sekali gus menunjukkan kesungguhan agensi itu dalam melin dungi hak serta keselamatan pengguna.

Bagi meneruskan misi mendidik masyarakat supaya menjadi warga digital yang berliterasi dan bertanggungjawab serta menggalakkan penggunaan internet secara berhemah, MCMC pada 2017 akan mengetengahkan empat mesej advokasi utama.

Mesej-mesej itu adalah kesinambungan daripada fokus MCMC pada 2016 dengan tambahan satu mesej baharu iaitu penguatkuasaan.

Menurut Eneng Faridah, berbanding tahun-tahun sebelum ini, program advokasi seperti KDB pada 2017 akan lebih terarah kepada golongan belia dan dewasa yang berumur 21 tahun ke atas.

Ini kerana, jelas beliau, golongan dewasa merupakan pengguna internet terbesar di negara ini dan mengikut kajian yang dijalankan MCMC pada 2014, sebanyak 65.3 peratus pengguna internet berusia antara 20 dan 40 tahun.

“Sebahagian besar daripada aduan membabitkan salah laku dalam talian dilakukan golongan dewasa seperti penyebaran berita palsu, penghinaan, penipuan cinta, phishing, memuat naik kandungan jelik serta lucah dan sebagainya.

“Di samping itu, kami mahu ibu bapa memainkan lebih peranan dalam memastikan ana-kanak mereka dapat menikmati suasana dalam talian yang selamat dan positif, serta membantu mereka mengurangkan risiko dalam talian,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain