UKE: Datuk mana pula yang masuk ke dalam perawat ini? Jangan percayalah dengan rawatan sebegini. Konon boleh main masuk dalam badan dan nak hidu asap kemenyan.

Tolonglah elakkan daripada pergi berjumpa dengan bomoh sedemikian. Entahkan jin atau lakonan.Segalanya boleh terjadi.

Adalah baik jika mendapatkan rawatan di hospital, pusat rawatan atau rawatan daripada individu berasaskan al-Quran dan sunnah.

 

Jenazah orang bunuh diri

Wajarkah jenazah orang Islam yang membunuh diri dikebumikan jauh-jauh (bukan di perkuburan Islam)

* Ahmad, Perak.

UKE: Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula."

Ada satu lagi hadis yang menerangkan tentang kesan membunuh diri iaitu daripada Jundub RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: "Pada umat sebelum kalian, terdapat seseorang yang tercedera, dia tidak dapat menahan kesakitan lalu dia mengambil pisau lalu memotong tangannya. Darah berterusan mengalir sehinggalah dia mati. Allah berkata: "Hamba-Ku telah menyegerakan untuk mati. Aku telah mengharamkan ke atasnya syurga."

Namun begitu jumhur ulama mengatakan mereka yang membunuh diri tetap dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.

Cuma sebagai pengajaran kepada yang lain agar tidak ditiru perbuatannya maka biarlah orang atau pemimpin tidak menziarahi mayatnya. Memadai orang menguruskan mayatnya sebagai melepaskan fardu kifayah.

Adapun mayat orang yang membunuh diri dikebumikan tetap di tanah perkuburan orang Islam. Sama ada jauh atau di hujung tanah perkuburan itu bukan ada apa-apa masalah pun sebab ia tetap dikebumikan.

Yang penting jangan membunuh diri dan orang ramai pula jangan menilai kematian seseorang kerana hanya Allah yang berhak menilai iman seseorang.

 

Jual gelang pemberian 
arwah ibu

Berdosakah sekiranya saya menjual gelang yang diberikan oleh arwah ibu saya?

* Azizah, Johor Bahru.

UKE: Harus menjual apa-apa pemberian berbentuk hadiah yang diberikan kepada anda selagi hadiah tersebut harus dijual beli.