Hari Rabu itu menjadi begitu penting untuk me­nen­tu­kan kerajaan yang bakal mengemudi masa depan Malaysia.

Rakyat ada pilihan sama ada BN, gabungan PKR atau Pas. Mana pun pilihan, hal asas yang perlu dijaga ialah keamanan, keharmonian dan ketenteraman. Setelah kita melalui ibu segala pilihan raya pada 2013, kini persaingan digambarkan lebih sengit dengan istilah baharu bapa segala pilihan raya.

‘Bapa segala pilihan raya’ ini terkesan keras, kejam dan kasar. Panasnya sudah dapat kita rasakan.

Berita palsu, bahkan fitnah yang disemai sejak lima tahun lalu terus disebar tanpa belas. Kebencian yang kini dapat dilihat menghasilkan permusuhan sesama terus menjadi permainan meraih sokongan.

Berhati-hatilah. Kebencian dan permusuhan yang tidak pernah kendur sejak 2008 telah menghasilkan polarisasi sesama kaum dan antara kaum serta agama. Ada pihak yang semakin berani melintasi batas atau sengaja menekan tembok toleransi.

Ada pihak yang begitu gemar menyemai kebencian dan sengaja mencetuskan permusuhan. Sejak 2008, setiap hari kita pun hidup dalam hingar-bingar politik.

Hampir semua perkara mahu dipolitikkan. Maki hamun menjadi sajian harian di pentas politik dan di alam siber.

Selepas berakhirnya PRU-13, majoriti kita mengharapkan momentum baharu. Kita meng- ha­rapkan momentum untuk me­­num­buhkan kasih sayang yang boleh menghasilkan per- sahabatan dan persaudaraan.

Tetapi tidak begitu jalur yang dipilih sebahagian politikus dan penyokong tegar terutama para tentera siber mereka.

Permusuhan yang mewujud- kan dua pihak bertentangan ter­­­­lihat sengaja dipelihara dan semakin membesar.

Dan sebahagian daripada anak-anak Malaysia, generasi mu­­­­da membesar dengan keben- cian dan permusuhan itu.

Perbezaan yang selama ini menyatukan, dijadikan permain- an demi memburu kekuasaan.

Seperti tiada lagi politik ga­gasan dalam kamus berpolitik me­reka.

Alangkah indahnya jika ke­kusutan dan perseteruan di- selesaikan secara musyawarah. Perbezaan dijadikan kelebihan.

Semua itu mimpi. Yang boleh kita saksikan kejujuran tidak lagi diletakkan di tempatnya.

Boleh sahaja membenci ra­suah dan mengisytiharkan suci bersih tetapi apabila terkena diri sendiri kata itu konspirasi. Kata itu permainan politik.

Boleh sahaja banduan yang disabit kesalahan jenayah dan selama ini dikata bermoral buruk dijulang bakal memimpin negara.

Kedaulatan undang-undang tidak lebih hanya mainan kata-kata. Boleh sahaja pemimpin dicemuh sebagai bapa pelingkup negara tetapi dilantik pula menjadi pemimpin utama.

Benar-benar zaman gila, bak kata pujangga Ronggowarsito. Mereka pun bersama-sama ikut gila untuk mendapatkan bahagian masing-masing.

Manakah yang benar?

Yang benar hanya jika sesuatu itu berpihak kepada diri sendiri dan kelompok. Pedulikan soal fakta. Pedulikan hal nyata yang diputuskan di mahkamah terbuka.

Yang penting bagi mereka ialah kuasa. Berhati-hatilah. Sebab itu 9 Mei merupakan tarikh penentuan sama ada situasi terus begini atau sebaliknya Malaysia terus bergerak maju mengikut acuannya sendiri.

Jangan kita termakan helah dengan hal remeh-temeh seperti isu hari mengundi di pertengahan minggu dan parti serpihan dibubarkan sehingga sanggup mengorbankan pula masa depan negara.

Fikirlah dengan jernih. Lihatlah fakta daripada apa yang terhasil di depan mata.

Pilihlah wakil rakyat yang boleh mendedikasikan tenaga dan fikiran untuk melayani rakyat dan negara.

Berwaspadalah. Jangan biarkan keamanan, keharmonian dan ketenteraman itu direbut daripada kita semua.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama – majoriti senyap untuk tidak membenarkan sejarah hitam Mei itu berulang.