Apa pun, dalam pergerakan belia, sejarah sumbangan anak muda sejak zaman belum merdeka, tak dapat dipertikaikan. Namun realitinya pula, kita berdepan generasi yang sudah putus pertalian langsungnya dengan sejarah.

Dalam era post-moden yang kritis dan tafsiran bahawa dengan perjuangan yang besar, maka individu itu sendiri adalah sebuah institusi, apakah pergerakan belia masih relevan? Mampu berdaya saing, atau akhirnya menjadi lebih menyedihkan. Bak kata orang: “jenazah tak berkubur."

Untuk melihat isu ini, ikuti wawancara penulis ZAINAL RASHID AHMAD bersama DATUK IRMOHIZAM IBRAHIM, Presiden Majlis Belia Selangor.