Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SEBAHAGIAN peserta membaca al-Quran secara serentak pada Program
SEBAHAGIAN peserta membaca al-Quran secara serentak pada Program World#QuranHour di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur, tahun lalu. UTUSAN/AIZZUL A. MAJID

“KENAPA ramai Melayu buang bayi?”. Soalan itu pernah ditanya rakan bukan Islam kepada penulis.

Sebagai orang Melayu, penulis berasa malu kerana soalannya secara tidak langsung merujuk akhlak umat Islam. Apakah itu dibenarkan dalam agama kita? Mungkin itu yang difikirkannya.

Tambahan pula saban hari terbongkar kegiatan rasuah berprofil tinggi. Itu belum lagi kejutan kes-kes jenayah luar biasa seperti haruan makan anak, sumbang mahram dan anak tetak ibu bapa akibat pengaruh dadah. Semua melibatkan Melayu Islam.

Lebih memburukkan keadaan, persengketaan antara Muslim sejagat menyaksikan fitnah memfitnah sesama sendiri sehingga menyebabkan kebanyakan negara Islam bergolak dan hancur akibat umatnya berpecah belah.

Apatah lagi dengan tindak-tanduk orang Islam yang tidak baik seperti militan Daesh sekarang ini. Nak salahkan bukan Islam tidak boleh kerana tanggapan itu berdasarkan apa yang ada di depan mata mereka.

Justeru tidak hairanlah sekarang ini di seluruh dunia wujud fenomena Islamofobia atau sikap membenci Islam kerana orang bukan Islam melihat sendiri pe­rangai buruk umat Muslim itu, sekali gus memberi tanggapan Islam itu agama tidak bertamadun.

Perlu diakui, pelbagai masalah sosial berlaku kini berpunca daripada umat Islam yang semakin jauh daripada al-Quran dan tidak mencontohi akhlak seperti yang terkandung dalam kitab suci ­Allah SWT itu. Ini kerana kebanyakan Muslim hari ini hanya pandai membaca al-Quran tanpa mempelajari atau menyedari isi yang tersirat di dalamnya.

Terdapat beribu-ribu buah bu­ku berkaitan kajian al-Quran juga telah ditulis dan pengkajian tentangnya masih terus dibuat. Ini membuktikan betapa luasnya isi kandungan yang ada di dalam kitab suci itu sehingga tiada siapa dapat menandinginya.

Hakikatnya, al-Quran adalah mukjizat terbesar diberikan kepada Rasulullah SAW. Semakin kitab suci itu dikaji, semakin jelas mukjizatnya sehingga diakui orang bukan Islam. Berikut sedutan petikan menarik daripada blogspot.nukilansiswa yang boleh kita manfaatkan kembali penghayatan bacaan al-Quran:

“Di dalam al-Quran banyak sekali segala sesuatu yang menyorongkan ke lingkaran hidup baru. Al-Quran itu menerangkan apa yang benar dengan seterang-terangnya. Al-Quran itulah yang mengikat dunia Islam dengan amat kuat. Dunia Islam sekarang ini sedang bernasib perpecahan dan al-Quranlah yang akan mengikat kembali dengan eratnya.” - Mr. Ridolf (wartawan Inggeris)

“Bagaimana cara membaca al-Quran... tidak henti-hentinya saya bertemu dengan ajaran-ajaran yang membuatkan pengetahuan saya menjadi semakin dalam. Susunan kalimatnya sangat bagus dan indah, isi dan tujuannya boleh dijadikan pedoman untuk meraih kemuliaan dan kebahagiaan hidup.” - Johann Wolgang Goethe (ahli falsafah Jerman)

Ironinya, umat Islam kini jauh ketinggalan di belakang Barat terutamanya dalam mengembangkan sains. Sedangkan al-Quran sebagai petunjuk dan sumber inspirasi ada di tangan kita.

Kita dilihat cenderung me­nyempitkan kajian al-Quran terhadap aspek rohaniah sahaja. Kalau ada pun, kajian keilmuan masih sangat sedikit.

Menyedari perkara tersebut, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) selaku pelopor kempen World#QuranHour menggerakkan usaha yang bukan sahaja sekadar mengajak umat Islam di seluruh dunia membaca al-Quran tetapi juga sebagai permulaan untuk mewujudkan satu rangkaian yang memboleh­kan umat Islam sejagat memahami dan menghayati al-Quran.

Ketua Pegawai Eksekutif WUI, Marhaini Yusoff berkata, World#QuranHour yang kini memasuki tahun kedua penganjurannya kali ini terus mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 10 juta peserta daripada 120 buah negara bakal menyer­tai program tahunan berskala besar di le­bih 2,000 lokasi di seluruh negara.

“Kempen bermatlamat menggalakkan seramai mungkin umat Islam untuk sentiasa berinteraksi dengan al-Quran iaitu membaca, memahami dan mengamalkan segala ajaran yang terkandung dalam kitab suci Allah SWT,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

World#QuranHour akan berlangsung pada 31 Ogos ini (bersamaan 9 Zulhijah) di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak sebagai lokasi perdana pada pukul 11 pagi dengan anggaran 4,000 peserta mengambil bahagian membaca surah Yasin bermula pukul 12 tengah hari.

Kempen berinteraksi dengan al-Quran yang bertemakan Dunia Berbudi dan Penyayang itu turut diadakan secara serentak di seluruh dunia dan majlis pelancaran akan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Padang Arafah, Mekah yang dijangkakan pada pukul 4 petang waktu tempatan (9 malam di Malaysia).

Penyertaan di Arafah setakat ini mendapat sokongan daripada Lembaga Tabung Haji dan jemaah daripada beberapa agensi haji termasuk Andalusia, TH Travel & Services Sdn. Bhd., Misbah Travel & Tours Sdn. Bhd., Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd., CS Holidays Sdn. Bhd., dan Rayhar.

Pada hari sama, berlangsung acara­ Gema Wahyu di Mas­jid Jamek Kuala Lumpur mulai waktu asar dan diteruskan dengan solat maghrib berjemaah. Acara kemuncak World#QuranHour dan Merdeka#QuranHour pula diadakan di Dataran Merdeka pada pukul 8.30 malam akan menyaksikan qari dari dalam dan luar negara serta selebriti memperdengarkan bacaan surah Yasin, sesi tadabbur, tazakkur serta doa untuk Malaysia.

Dianggarkan 5,000 orang yang menetap di sekitar Lembah Klang termasuk golongan gelanda­ngan dan komuniti antarabangsa daripada kalangan bukan Islam hadir dengan disediakan jamuan malam Raya Aidiladha di akhir program Merdeka#QuranHour.

Mengulas pemilihan surah Yasin sebagai surah tema kempen itu, Marhaini berkata, surah tersebut berkait rapat dengan persoalan hati, kasih sayang, budi bahasa, malah menghidupkan hati-hati yang telah mati serta jauh daripada al-Quran.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain