Lalu ikatan minda kita terhadap masa lalu atau akan datang membuatkan kita sentiasa hidup dalam awang-awangan dan seterusnya membiarkan masa sekarang kita berlalu begitu sahaja tanpa berusaha mewujudkan memori kehidupan bermakna.

Buku The Power of Now tulisan Eckhart Tolle mengajak kita untuk melihat saat ini, masa sekarang sebagai kehidupan sebenar kita yang perlu kita hidupkan. Masa lepas atau akan datang dikatakan sebagai ilusi kerana ia hanya wujud dalam minda kita dan kita tidak mampu untuk bertindak mengubahnya.

Tentunya masa lepas masih boleh dikenang sebagai panduan dan masa akan datang boleh diimpikan sebagai motivasi tetapi tidak sehingga kita membiarkan waktu sekarang berlalu begitu sahaja.

Saat menunggu umpamanya ketika dalam barisan, kesesakan jalan raya ataupun temu janji dirasakan begitu membosankan. Namun Eckhart Tolle mencadangkan bahawa situasi sedemikian merupakan tempoh berharga untuk kita memerhati apa yang muncul pada kotak fikiran kita dan perasaan kita. Hal ini membolehkan kita lebih tenang serta peka dengan keadaan sekeliling.

Buku ini juga mengupas aspek menyerah diri yakni bagaimana kita dapat menjadi reda dengan keadaan kita pada waktu ini. Dengan tidak menyangkal keadaan sekarang, kita dapat meningkatkan kualiti kesedaran minda dan seterusnya kualiti tindakan kita.

Walau bagaimanapun, penulis menyarankan bahawa pembaca perlu mempunyai pemahaman akidah Islam yang jelas dan kukuh dalam menyoroti buku seperti ini yang menyelitkan dogma kerohanian daripada ajaran agama lain agar ajaran Islam tetap menjadi pan­duan utama kita walau apapun petikan daripada ajaran agama lain.

Hal ini juga perlu supa­ya pembaca da­pat bersifat kritis ber­kenaan sebarang unjuran kero­ha­ni­an yang mung­kin ber­canggah dengan aja­ran Islam. Selain itu, pembaca juga dapat ber­sifat terbuka ter­hadap mana-mana idea yang bersifat uni­versal de­ngan menga­itkannya mengikut ajaran Islam seterusnya mening­­katkan keimanan kita.

Kesimpulannya, buku The Power of Now merupakan sebu­ah buku psikologi mena­rik yang berpotensi mem­bantu kita meng­hargai setiap detik kehidupan kita, mengubati tabiat menang­­guh (pro­cras­tination) dan mengajak kita melihat diri sendiri tanpa kaitan materialistik yang ada pada diri sendiri.

Golongan pembaca yang disarankan ialah golongan dewasa serta memiliki asas ilmu berbanding.