Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SET penggambaran The Hobbiton/Lord of The Rings menjadi antara 2
SET penggambaran The Hobbiton/Lord of The Rings menjadi antara tarikan utama pengunjung ke New Zealand. UTUSAN

MELALUI pelbagai pengalaman menarik bersama ­AirAsia X ke Auckland, New Zealand ibarat impian menjadi kenyataan, keterujaan menyaksikan keindahannya yang saujana mata memandang mampu memotretkan kenangan terindah di bumi kiwi itu.

Kepenatan menempuh perjalanan dari KLIA2 ke Gold Coast selama lapan jam dan seterusnya dari Gold Coast ke Auckland tiga jam lagi seakan tidak terasa apabila dari tingkap pesawat penumpang dapat menyaksikan keindahan pelangi yang seolah-olah me­nyambut ketibaan mereka sebelum pesawat mendarat.

Kedinginan cuaca di negara yang dihuni lebih empat juta penduduk itu membuatkan perjalanan berjam-jam itu sangat berbaloi kerana dapat menghirup udara segar dan nyaman sepuas-puasnya sebaik kaki melangkah keluar dari pesawat.

Rombongan enam pengamal media yang diiringi seorang petugas AirAsia X dibawa menyaksikan keindahan bandar raya Auckland yang dilimpahi neon pada waktu malam dari puncak Sky Tower setinggi 328 meter yang tahap penglihatan boleh menjangkau 80 kilometer.

Pada hari kedua, rombongan bertolak dari terminal feri, Quay Street untuk ke Pulau Waiheke, perjalanan yang mengambil masa 35 minit itu tidak membosankan apabila lautnya yang biru kehijauan membuatkan penumpang dalam feri tidak jemu melepaskan pandangan ke laut yang luas.

Di situ dapat dilihat ladang-ladang anggur dan pokok zaitun ditanam dalam barisan tersusun kemas di lereng-lereng bukit oleh pengusahanya menjadikan industri minuman keras dan penghasilan minyak zaitun serta minyak avokado secara kecil-kecilan namun produk tersebut mampu meme­nuhi keperluan penduduk di sana.

Kebanyakan ru­mah di Pulau Waiheke tidak dibina dalam saiz yang besar kerana rata-rata hanya rumah setingkat tetapi dihias dengan laman ala Inggeris dengan kedudukannya meng­hadap laut sangat eks­klusif dan mendamaikan.

Destinasi seterusnya pada keesokan hari adalah ke Matamata, perjalanan yang mengambil masa dua jam setengah itu membuatkan peserta rombongan semakin teruja untuk tiba di set penggambaran The Hobbiton/Lord of The Rings yang sangat terkenal.

Ladang lembu dan biri-biri milik keluarga Alexander itu mengekalkan rumah-rumah unik perkampungan Hobbiton yang telah dijadikan sebagai lokasi pelancongan wajib dikunjungi kerana pemandangannya sungguh mempersonakan sehingga pengunjung berasa berada di alam fantasi.

Menerokai keindahan Gua Glowworm Waitomo membuatkan sesiapa sahaja mengagumi keindahan gua yang dianggarkan sudah berusia lebih 30 juta tahun lalu, juga tersenarai sebagai lokasi wajib dikunjungi, pengunjung pasti teruja menyaksikan ulat-ulat yang akan mengeluarkan cahaya berwarna kebiru-biruan di celahan batu-batu semasa menaiki sampan.

Seterusnya rombongan media dibawa menerokai alam semula jadi kawasan gunung berapi yang paling berwarna warni di New Zealand sambil menyaksikan secara dekat letusan-letusan kecil dari kawah gunung berapi dengan diselaputi asap sepanjang menyusuri trek di laluan yang disediakan.

Seakan tidak puas merakamkan gambar di kawasan kawah gunung berapi tersebut lebih-lebih lagi di saat matahari hampir terbenam, remang senja seakan-akan mengubah warna dunia tika hampir menjelang malam.

Menaiki gondola untuk menikmati makan tengah hari di atas gunung Ngongotaha kami melihat bandar Rotorua pada waktu siang tanpa bangunan pencakar langit, namun tetap menarik. Seterusnya merasai debaran menaiki gelongsor sebelum kembali ke puncak gunung menaiki kereta kabel.

Ketika lewat petang kami dibawa melawat perkampungan Maori yang penuh keunikan, walaupun mula terdedah dengan arus kemodenan mereka masih mengekalkan keaslian keturunan yang menjadi kebanggaan mereka termasuk dalam kemahiran mengukir.

Semasa menyaksikan tarian Hakka yang menjadi kebanggaan orang Maori di negara itu, para penonton yang terdiri daripada pelancong dari pelbagai negara diajak menari bersama-sama untuk mencuba tarian tersebut sambil menjelir lidah dan menjeling mata semasa mini konsert di muzium Maori sungguh menghiburkan.

Selain menyajikan pemandangan menakjubkan di New Zealand, para pelancong juga boleh menikmati susu lembu segar dan keenakan pelbagai jenis keju bersama roti ter­utamanya pada waktu sarapan.
Bagi yang berhasrat untuk melalui pengalaman yang sa­ngat menyeronokkan di New Zealand boleh memilih AirAsia X kerana terdapat pe­nerbangan ke Auckland setiap hari dan melalui persinggahan singkat di Gold Coast.

Caranya sangat mudah, mereka yang berminat boleh me­layari laman web www.airasia.com atau mengunjungi Pusat Khidmat AirAsia bagi membuat tempahan tiket.

AirAsia X adalah syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh bagi Kumpulan AirAsia yang kini terbang ke 24 destinasi di seluruh Asia, Australia, New Zealand, Asia Barat dan Amerika Syarikat.

AirAsia X yang telah menerima pengiktirafan ‘Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia’ dan ‘Tempat Duduk Premium Syarikat Pe­nerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia’ sejak beberapa tahun lalu beroperasi dengan 30 buah pesawat A330-300s, setiap pesawat dilengkapi 12 Premium Flatbeds dan 365 tempat duduk ekonomi.

PENULIS ialah Ketua Biro Utusan

Malaysia, Putrajaya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain