Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mengekal momentum haji

MEREKA yang kembali dari menunaikan haji di Tanah Suci diyakini
MEREKA yang kembali dari menunaikan haji di Tanah Suci diyakini menjadi insan yang lebih baik akhlak dan amalannya berbanding dahulu. GAMBAR HIASAN

BERLALU sudah musim haji 2017/1438 hijrah. Jemaah haji Malaysia sudah mula pulang ke tanah air secara berperingkat-peringkat mulai semalam.

Syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya ­melaksanakan rukun Islam kelima itu dengan sempurna. Mudah-mudahan beroleh haji mabrur.

Ganjaran haji mabrur adalah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan ibadah haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagaimanapun, cabaran kepada jemaah haji sebenar­nya masih belum tamat. Ujian yang lebih besar kepada mereka adalah bagaimana mahu mengekalkan istiqamah dalam beribadat di Malaysia persis tanah suci.

Sepatutnya tempoh 40 ke 50 hari berada di Mekah dan Madinah menjadikan kita insan yang lebih kental daya juang untuk melaksana dan meneruskan pelbagai ibadat di tanah air.

Mereka yang beroleh haji mabrur tidak akan ‘terpesona’ dengan panggilan haji atau hajah. Sebaliknya akan terpancar kebaikan dalam perwatakan mereka. Solat jemaah sentiasa dipelihara, al-Quran sentiasa dibaca dan dijadikan pedoman, melaksanakan segala amal kebaikan dan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang.

Pendek kata, mereka yang berjaya sekembalinya daripada perjalanan rohani dalam mendekatkan diri kepada pemilik sekalian alam, Allah SWT ini akan menjadi insan yang lebih baik akhlak dan amalannya berbanding dulu.

Antaranya, meneruskan rutin ibadah wajib dan sunat seperti solat berjemaah bagi lelaki di masjid, bangun malam dan melakukan qiamulail, berpuasa sunat, menutup aurat dengan sempurna bagi wanita dan banyak bersedekah.

Lebih penting, mereka meninggalkan sifat-sifat mazmumah seperti tamak, hasad, dengki, riak, takbur, ­angkuh, suuzon (bersangka buruk), bakhil, membazir dan sebagainya.

Dalam zaman maklumat di hujung jari, amat penting bagi kita untuk tabayyun (memeriksa atau menyelidiki) apa-apa maklumat yang diperoleh sebelum menyebarkannya.

Menghalang penyebaran atau penularan berita palsu juga adalah antara perkara makruf (baik) yang mesti dilakukan oleh semua orang Islam. Dengan demikian dunia bertambah aman dan kerosakan dapat dicegah.

Kepada yang masih berada di tanah suci, jangan lupa mendoakan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi saudara seagama kita yang ditindas di Palestin dan Myanmar.

Apabila dijanjikan syurga, bermakna para jemaah yang pulang ini adalah bakal penghuni syurga. Jadi, mengambil berkat dan doa daripada mereka adalah digalakkan kerana pasti doa mereka akan dimakbulkan, insya-Allah.

Ingatlah, kehidupan yang dijalani para jemaah selepas menunaikan haji menjadi petunjuk adakah seseorang itu beroleh haji mabrur atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain