Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mendidik bercakap benar

AL-BAYAN

Kisah adik Arifuddin Hussin, 11, yang mendakwa cuba diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kuala Langat, Selangor, Selalu lalu mencetuskan suasana panik terutama kepada para ibu bapa. Yalah, siapa yang tidak sayangkan anak. Bagaimanapun, apabila mengetahui kisah sebenar sehari selepas itu, kita boleh menarik nafas lega. Ternyata, itu hanya rekaan.

Difahamkan cerita sebenar, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampung Endah itu berbuat demikian kerana takut dimarahi bapanya sebab pulang lewat ke rumah. Sebagai bapa, ketegasan dalam mendidik anak-anak memang perlu. Tujuannya menjadikan mereka insan yang berguna. Cuma ketegasan itu biarlah kena pada tempatnya. Ada ketikanya kita perlu gunakan psikologi. Ibarat main layang-layang, adakala tali dilepaskan dan adakala ditarik.

Saidina Umar r.a ada berkata, bermainlah dengan anak kamu selama tujuh tahun, umur tujuh hingga 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 hingga 21 tahun, berkawanlah dengan mereka. Ini menunjukkan bahawa adalah penting bagi ibu bapa memahami psikologi anak-anak. Ibu bapa juga perlu mempelajari kemahiran ke­ibubapaan. Ilmu ini perlu dipelajari dan kita tidak boleh buat trial and error kerana kesannya akan dilihat untuk jangka panjang.

Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: Setiap anak yang lahir itu adalah fitrah, maka ibu bapa­nya yang menentukan sama ada ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (riwayat Bukhari)

Sebab itu, pendidikan awal anak-anak sangat penting. Ibarat acuan, begitulah kuihnya. Antara aspek penting dalam mendidik anak-anak adalah kasih sayang yang dikatakan kunci kepada melahirkan anak-anak yang baik tingkah laku. Oleh yang demikian, satu daripada aspek yang perlu kita tanamkan dalam mendidik anak-anak adalah jangan menipu. Barangkali kita boleh mengambil pengajaran kisah Nabi SAW dengan seorang pemuda ahli maksiat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang lelaki berjumpa Rasulullah SAW kerana hendak memeluk agama Islam. Seusai mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu berkata: “Ya Rasulullah, sebenarnya aku selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya.” Maka baginda SAW menjawab: “Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?”, “Ya, aku berjanji” jawab pemuda itu. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan minum arak. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia cuba sedaya upaya meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat daripada Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan pulang daripada bertemu Nabi SAW, lelaki itu berkata di dalam hatinya: “Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW.”

Maka setiap kali hatinya terdorong berbuat jahat, hati kecilnya terus mengingatkan. “Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh baginda SAW. Sanggupkah engkau berbohong kepada­nya” bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah SAW dan setiap kali pulalah hatinya berkata : “Kalau aku berbohong kepada Rasulullah SAW bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan….sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah SAW itu terkandung satu hikmah yang sangat berharga.”

Setelah berjuang dengan hawa nafsu itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangan menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak hari itu bermulalah babak baharu dalam hidupnya. Dia telah berhijrah daripada kejahatan kepada kemuliaan hidup ­seperti yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Akhirnya, dia berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain