Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

JEMAAH haji memenuhi kawasan Jabal Rahmah, Arafah untuk memunajatkan 2
JEMAAH haji memenuhi kawasan Jabal Rahmah, Arafah untuk memunajatkan doa kepada Allah SWT.

BENARKAH di Arafah semua dosa terserlah, semua dosa kemudiannya diampunkan? Bagaimana keadaan jemaah pada waktu itu. Ada yang takut, gementar malah ada yang tenang dan senang di arena kemuncak haji itu.

Cuba fikirkan, apa dosa yang telah kita lakukan sesama manusia? Bergaduh, bermasam muka, mencuri dan melakukan maksiat contohnya berzina dan melihat rakaman video lucah .

Tidak cukup dengan itu, kisah zaman lampau di mana kita mengambil hak orang lain, menghina sesama manusia, menabur fitnah, gosip. Itu belum lagi soal melempar buah mangga dari rumah jiran dan mengambilnya lalu makan tanpa minta izin. Jangan pergi jauh dalam soal dosa ini, tanya diri kita adakah pernah melawan ibu bapa atau menipu isteri mahupun suami dengan menyatakan sedang bekerja tetapi berada di bilik karaoke dan sebagainya.

Itu semuanya soal pembersihan hati. Maka buatlah pe­ngakuan terhadap dosa yang te­lah kita lakukan di hadapan Allah pada hari Arafah.

Rataplah dan sebutlah keaiban kita, menyesali segala keburukan perbuatan kita dan menyeru de­ngan nama Allah SWT memohon keampunan daripada-Nya. Hal itu tidak hanya terbatas kepada mereka yang menjadi tetamu Allah dan berada semasa hari wukuf di Arafah. Begitu juga di Mudzalifah dan Mina serta mereka yang berada di tanah air pada awal 1 hingga 10 Zulhijah dan sewaktu kemuncak haji kelak.

Kata Pengarah Operasi Ibadah Haji 1438 Hijrah, Tengku Aziz Raja Abdullah, telah dinyatakan melalui firman Allah: “Lihatlah kepada orang-orang yang menziarahi rumah-Ku, sesungguhnya mereka telah mengunjungi-Ku, hingga kusut-masai keadaannya dan penuh debu.”

Kata beliau, berwukuf di Arafah banyak cabarannya dan setiap jemaah haji hendaklah betul-betul istiqamah dalam permohonan doa dan bermunajat agar niat ikhlas dalam ibadat ini diterima oleh Allah.

“Ini adalah detik sangat genting bagi jemaah haji kerana mereka sedang menunggu untuk berwukuf di Arafah yang hanya tinggal beberapa hari lagi. Itulah matlamat mereka untuk berada di Tanah Suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di Mekah semalam.

Katanya, dalam sab­da Rasulul­lah SAW: “Ha­ji itu adalah Arafah”.

“Hadis ini pendek tetapi mempunyai pe­nger­tian yang mendalam di mana me­nya­takan rukun haji ada­lah mesti berwukuf di Arafah. Maknanya, ambillah perbuatan haji itu seperti mana yang diajar kepada kamu,” ujarnya.

Apa yang penting dalam persediaan berwukuf ini ialah keupayaan mental, rohani dan fizikal setiap jemaah haji.

“Untuk mendapat haji mabrur, persiapan rohani penting. Untuk melakukannya, kesihatan juga penting. Mana mungkin kita mahu melalui kemuncak haji dalam keadaan sakit,” jelas Tengku Aziz.

Katanya, untuk memperoleh haji mabrur, beliau menasihatkan jemaah haji agar jangan melaksanakan perkara yang dimurkai oleh Allah SWT seperti membuat perkara khurafat, bertengkar dalam ibadah haji, melakukan maksiat mahupun dosa ibadah haji.

“Khurafat memang ditegah da­lam Islam kerana perbuatan itu menghampiri syirik sebagaimana dalam falsafah haji, dalam panggilan Allah SWT sudah kita buat perakuan bahawa kedatangan ke sini (Tanah Suci) tidak akan melaksanakan perkara syirik.

“Contohnya, kita memperca­yai batu di Arafah boleh menye­lamatkan kita da­ri azab Allah. Sebe­narnya yang bo­leh menyelamatkan ki­ta dari azab Allah adalah Allah sendiri, bukan batu tadi.

“Begitu juga ada jemaah haji yang terdahulu, semasa di Arafah mereka me­ngambil kerak nasi da­ripada tukang masak dengan beranggapan itu boleh membahagiakan kehidupan.

“Sama juga ada yang mengambil tali khemah di Arafah dibawa balik, kononnya tali itu boleh melariskan jualan, beri kebahagiaan dan membantu kehidupan,” tegasnya.

Yang paling mengecewakannya, ada jemaah haji yang menanam duit di padang Arafah ini, dengan harapan duit itu boleh bertambah semasa balik di tanah air.

Perlu diingatkan, bahawa hari Arafah yang juga dikenali sebagai Yaum Tarwiyyah (hari me­renung diri) iaitu sebagai medan mengampunkan dosa yang tidak mungkin diampunkan kecuali dengan wukuf di Arafah.

Jadi, ketika berada di Arafah, tetamu al-Rahman perlu banyak merenung dan muhasabah diri serta bertaubat kepada Allah atas segala keterlanjuran dosa mereka.

Wukuf adalah gambaran Padang Mahsyar. Panas terik di padang Arafah dan kepelbagaian ragam manusia di sana cukup memberikan peringatan terhadap keperitan tatkala berada di Padang Mahsyar.

“Nasihat saya dalam ibadah haji ini, memang memerlukan kesabaran. Sebab itulah dalam riwayat di awal tadi disebut perkataan ‘kusut-masai’, yang menggambarkan keadaan jemaah yang datang di Arafah ini tidak terurus, bersesak-sesak, panas terik dan tidak selesa.

“Di sinilah Allah mahu mengajar kita walaupun dalam kepayahan, memohon keampunan dan bantuan, kita jangan berharap kepada makhluk. Kita hendaklah memuji Allah dan memohon segala bantuan daripada-Nya,” ka­ta Tengku Aziz.

Katanya, berdasarkan pengalaman beliau, kebiasaannya jemaah haji yang hadir di Arafah dan mengharapkan bantuan daripada Allah, akan dapat melaksanakan ibadah haji ini dengan tenang dan selesa.

Sebaliknya, jika jemaah haji itu hadir dengan membawa sikap ego, takbur, sombong dan tidak mahu memperakui dosa yang pernah dilakukannya, biasanya perjalanan ibadah haji mereka penuh dengan rintangan, ujian dan dugaan.

Seseorang jemaah haji perlu mengambil hikmah betapa pergantungan kehidupannya tidak lain tidak bukan hanyalah kepada Allah. Tiada yang lain boleh memberikan manfaat dan memberikan mudarat kecuali Allah.

Doa yang dituturkan menggambarkan makna itu: “Ya Allah, ampunkanlah (dosaku), kasihanilah (diriku), maafkanlah apa juga kesalahanku yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau­lah Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pemurah. Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan lin­dungilah kami wahai Tuhan daripada seksa neraka.

Jadi, dengan penjelasan itu, yakinilah bahawa pemergian ke Arafah, Mudzalifah dan Mina antaranya memohon keampunan daripada Allah terhadap dosa yang pernah kita lakukan.

Jangan melakukan dosa, se­perti mana kisah Al Fadhl ibn Abbas yang menunggang di belakang Rasulullah SAW pada hari Arafah.

Beliau berkata: Maka pemuda tersebut melirikkan panda­ngannya kepada beberapa orang wanita dan memandang mereka, lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai anak saudaraku, sesungguhnya ini adalah hari (Arafah) yang sesiapa menahan pendengaran, penglihatan dan lidahnya, nescaya dosanya akan diampunkan.” (Hadis riwayat Ahmad/1329) daripada Syeikhnya Af­fan ibn Muslim).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain