Dalam konteks yang bercetak, paling hampir dengan Roots di Malaysia adalah buku Who Owns What In Malaysia, ditulis oleh James Puthucheary, The Myth of the Native Malay oleh Syed Hussein Al-Attas, The Malay Dilemma oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan The Asian Renaissance oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu kesemuanya ditulis pada era yang berbeza untuk menjadi pemangkin kepada negara Malaysia.

Jika diluaskan horizon diskusi, The History of PAS oleh Farish Noor, The History of MCA oleh Heng Pek Khoon, The Political Economy of Malaysia oleh Edmund Terence Gomez dan Profesor KS Jomo, kesemuanya patut diiktiraf kerana banyak membantu rakyat Malaysia untuk melihat kebenaran.

Meskipun begitu, kesemua penulis tersebut mendapat tohmahan sama ada mendedahkan kemunafikan pemerintah, kepalsuan karikatur yang lemah (menyamar sebagai yang benar) dan kepentingan bercakap benar terhadap kuasa. Dan tidak mengejutkan, Pakatan Harapan lantang mencabar dan membatalkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Malahan, ahli akademik Australia Deborah Johnson, selalu menyatakan bahawa bukannya ahli sarjana dan ahli politik yang membentuk perbincangan terhadap Malaysia tetapi tokoh-tokoh sejarawan seperti Munshi Abdulah, Rahim Kajai, Samad Ismail, tidak terkecuali sasterawan terbilang seperti Usman Awang dan Latiff Hussein. Tanpa kepintaran dan prosa penulisan mereka, aliran kesedaran yang terbentuk daripada kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia tidak akan muncul.

Tambahan, Malaysia tidak akan mengecapi kemerdekaan berdasarkan pemulangan semula kuasa pihak penjajah Britain ke Malaysia selepas kegagalan Malayan Union pada tahun 1948.

Tetapi, rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat memperolehinya dengan menyuruh pihak British melihat kembali tampuk kepimpinan mereka yang mempunyai pelbagai kecacatan.

Pertama, mereka tidak dapat menahan serangan daripada Empayar Tentera Jepun pada tahun 1941. Keduanya, mereka mempertahankan Malaya dan Singapura serta dua negeri Borneo seperti melepaskan batuk di tangga walaupun pada ketika itu, rakyat mengharapkan mereka untuk menebus semula.

Dengan sekumpulan pemimpin yang tidak boleh dipercayai, wajarkah untuk mengekalkan mereka di atas untuk selama-lamanya? Adalah lebih bermaruah jika mereka meninggalkan tampuk kepimpinan dengan aman. Merdeka berjaya dicapai dengan sopan, menyuruh mereka melepaskan tugasan mereka satu per satu.

Tiada peperangan atau pengusiran secara keganasan tetapi hanya berbekalkan semangat juang yang jitu untuk memulihkan Malaysia ke arah yang lebih baik, rakyat berjaya menyuruh penjajah British untuk keluar pada tahun 1957.

Tim Harper dari Universiti Cambridge telah menegaskan hal ini sebelum merdeka pada tahun 1957, tetapi pertikaian berterusan berlaku tentang apa yang membentuk Malaysia.

Profesor KS Jomo, pada tahun 1990-an pernah menyatakan kepentingan konsep seperti Rukun Negara, Polisi Ekonomi Nasional dan Wawasan 2020 untuk menjadi teras dan trajektori negara baharu.

Pembinaan semula

Tanpa templat ini, tiada rangka polisi untuk dijadikan panduan pembinaan semula sosial Malaysia. Hal ini kerana Perlembagaan Malaysia dianggap terlalu subjektif sehingga menghasilkan beberapa interpretasi yang boleh dicabar dari semasa ke semasa.

Merdeka baharu atau Malaysia “baharu” boleh dibanggakan dengan kebangkitan rakyat pada 9 Mei 2018. Satu kejutan apabila 82 peratus daripada 15 juta pengundi keluar untuk mengundi.

Tampuk kepimpinan Najib Tun Razak dan parti komponennya menerima hanya 36 peratus daripada undi popular. Secara tidak langsung, Najib dan parti komponennya tumbang secara keseluruhannya.

Namun begitu, rakyat Malaysia tidak boleh mendabik dada berdasarkan satu kejayaan sahaja. Mereka juga tidak boleh berbangga sekiranya berjaya menghalang dan menyekat Barisan Nasional lagi, sama ada menerusi pendedahan skandal 1MDB atau mana-mana kesalahan penyelewengan kewangan.

Modus operandi tersebut terlalu mudah – kerana ia bersandarkan kepada prinsip asas pendedahan secara terbuka. Apabila terdapat isu yang timbul, terus mendedahkannya, dengan niat untuk menyalahkan sesuatu pihak (yang dahulu).

Akan tetapi, prinsip politik terbuka ini akan mengalami kesan yang menggusarkan. Sebagai contoh, sekiranya seseorang ahli politik memutuskan untuk mendedahkan sesuatu perkara, walaupun peningkatan hutang negara boleh diselesaikan secara strategik, rakyat akan berasa keliru dengan perkara tersebut dan merasakan bahawa tiada harapan untuk dipulihkan.

Kedua, apabila pemikiran terganggu, rakyat akan mudah terdedah kepada manipulasi demokrasi akibat daripada rasa ketakutan.

Walau bagaimanapun, sekiranya konsep merdeka ini dihayati maksudnya, ia adalah kebebasan daripada kejutan minda apabila generasi yang lalu telah menghancurkan harapan dan peluang untuk generasi-generasi yang mendatang.

Juga, seperti yang dapat dilihat, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memutuskan “Tabung Harapan” akan dihentikan pada bulan depan kerana penyelesaian terhadap pengurangan hutang negara tidak boleh datang daripada duit poket setiap rakyat.

Pembaharuan sektor awam merangkumi dorongan penjimatan hingga pengenalan pelbagai debentur dan bon yang disokong kerajaan, yang mungkin mengambil masa 30 hingga 50 tahun untuk mengimbangi hutang sedia ada.

Seterusnya, merdeka tidak dimaksudkan menghapuskan kolonialisme dalam konteks Malaysia sahaja. Sebaliknya, Malaysia hendaklah memberi amaran kepada dunia tentang perangkap hutang yang boleh menjerumuskan mereka sekiranya meminjam dari negara lain dengan jumlah yang tidak boleh diselesaikan.

Akhir sekali, merdeka tidak boleh menyalahkan diri sendiri. Kebebasan untuk bertindak dan bersuara tidak boleh disalah guna dalam apa jua aktiviti, yang boleh menjejaskan jiwa dan raga manusia.

Merdeka tidak perlu bermaksud kebebasan untuk semua. Hal ini akan menjadi dorongan kepada negara untuk menerima dengan hati yang terbuka hedonistik yang berlebihan dalam bentuk yang lain; segar daripada kemusnahan over-draf kleptokrasi oleh pemerintahan terdahulu yang tiada panduan dan batasan.

Jangan kenakan mereka sekiranya kamu tidak mahu mereka kenakan kamu. Itu adalah merdeka yang sebenar. Ia adalah tunjang kepada mana-mana pergerakan kemerdekaan dan Malaysia telah pun menerokainya secara mendalam.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



* Penulis ialah Ketua Biro Polisi dan Strategik BERSATU.