Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Melayu Oh! Melayu: Februari dan Bahasaku...

SALAM BAHAGIA kepada peminat Cuit. Maaf kerana kolum ini tenggelam timbul sejak kebelakangan ini.

Banyak perkara yang mengganggu fikiran, yang menyebabkan ada kala saya tidak berminat untuk menulis.

Namun sebagai seorang wartawan profesional yang mendapat pendidikan formal dalam media serta bergaji tetap dalam bidang ini insya-Allah saya akan terus menulis.

Tetapi saya bukanlah penulis yang sudah tidak terkawal seperti di alam maya di sana. Di sana semacam sudah tidak terkawal.

Pelbagai analisis, cuitan, gurauan, sindiran, satira, hentaman, pembohongan yang ditulis pelbagai pihak.

Malaysia boleh saya sifatkan antara negara yang terlalu bebas kebebasan bersuaranya.

Pendek kata, di alam maya Malaysia sekarang tuduh-menuduh, tohmah-mentohmah berlaku saban hari. Jika di alam fana ini orang bercerita mengenai hantu raya, yang tidak pun kelihatan dengan mata kasar, tetapi di alam Internet ini kita dengan jelas melihat hantu raya maya berlegar-legar bebas.

Adakah ini baik untuk kita? Adakah Amnesty International mengiktiraf kita kerana kebebasan itu? Adakah Barat memuji kita? Adakah sekatan keras kerajaan Singapura misalnya ke atas hantu raya maya itu mendapat kutukan antarabangsa?

Atau, adakah perbuatan China menyekat aplikasi media sosial Barat termasuk Facebook mendapat kejian besar-besaran - sebagaimana taikun media dunia Rupert Murdoch menghentam Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana enggan membenarkan televisyen satelit Star TV beroperasi di Malaysia satu ketika dahulu.

Apakah kita ini terlalu takut dengan orang lain, sehingga sanggup membinasakan diri sendiri? Entahlah.

Jika benar telahan itu, sememangnya kita ini cukup hebat!

 

Perhimpunan Perpaduan Melayu
SABTU ini 28 hari bulan, hari terakhir dalam bulan Februari 2015, orang Melayu akan ber­kumpul beramai-ramai, sekali lagi.
Perhimpunan 20,000 umat Melayu itu akan dikenali sebagai Perhimpunan Perpaduan Melayu. Nama itu ditukar daripada nama asalnya Gerakan Renaisans Melayu (GRM) atas sebab-sebab tertentu.
Pada 23 November lalu juga diadakan satu perhimpunan umat Melayu. Perhimpunan itu dikenali sebagai Konvensyen Perpaduan Nasional. Hasilnya satu memorandum gabungan 300 NGO Pribumi dihasilkan dan diserahkan kepada raja-raja Melayu, Perdana Menteri dan timbalannya.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengetuai panel penghasilan memorandum itu.
Ia diadakan ekoran rasa bimbang yang amat sangat orang Melayu ke atas tekanan demi tekanan yang mereka hadapi mutakhir ini. Tekanan itu membabitkan soal keselamatan politik Melayu yang terumbang-ambing, ekonomi Bumiputera yang terancam dan Perlembagaan negara yang diganggu-gugat.
Dalam senario semasa, adakah ketakutan itu berasas, atau hanya sekadar gimik politik?
Atau adakah kebimbangan itu wujud hasil daripada landskap politik yang menyaksikan kuasa Melayu semakin terhakis dan orang lain sedar tanpa kesepaduan maka Melayu hanyalah minoriti.
Apakah kebimbangan wujud kerana parti bukan Melayu bersifat cauvinis seperti DAP misalnya, sudah berupaya mengkaderkan Melayu dan kemudian menarik ramai lagi pemuda-pemudi Melayu memasuki ke ‘Sekolah Demokrasi’ yang menerapkan ajaran Kesaksamaan dan Sama Rata?
Atau kerana merasakan kuasa Melayu semakin terhakis dalam PRU Ke-13 kelak?
Saya melihat begitu.
Namun Perhimpunan Perpaduan Melayu 28 Februari ini akan menghimpunkan Melayu dari pelbagai kelompok dan lapisan masyarakat daripada penarik beca sehinggalah profesional.
Pendekatannya sedikit berbeza. Ia akan menggerakkan mereka semua menerajui inisiatif Melayu menjadi bangsa yang hebat, bermaruah dan berkat dengan merujuk kepada hukum-hakam yang disyariatkan oleh Allah SWT dan bertunjangkan Semangat Renaisans Melayu: Berani, Bijaksana, Tekun, Cemerlang dan Penyayang.
Seperti bangsa-bangsa lain yang maju dan bertamadun, Bangsa Melayu juga boleh setanding dan setaraf dengan bangsa-bangsa itu dengan membina semangat yang utuh berdasarkan ciri-ciri utama Semangat Renaisans Melayu iaitu Berani, Bijaksana, Tekun, Cemerlang dan Penyayang.
Dijangka Perdana Menteri akan turut hadir ke perhimpunan itu di Stadium Putra Bukit Jalil. Perhimpunan bermula pukul 6 petang manakala ketibaan Perdana Menteri pada pukul 8 malam.
Jika Perhimpunan Perpaduan Nasional mengeluarkan memorandum, perhimpunan Sabtu ini akan mengeluarkan waad atau perisytiharan Melayu Abad Ke-21.
Oleh itu hadirlah berduyun-duyun.
Kesimpulannya: Lebih banyak NGO Melayu bertindak untuk menangi situasi perpecahan ini lebih baik. Lebih banyak perhimpunan seumpama ini selepas ini lebih baik.
Ia akan mencerminkan realiti bahawa Melayu amat memerlukan perpaduan yang jitu untuk menghadapi cabaran politik paling getir dalam tempoh 40 tahun. Atau, terimalah akibatnya.

Bahasa Melayu oh bahasa Melayu...
PAGI semalam saya menelefon seorang sahabat. Akhirnya kami bersembang hampir sejam mengenai satu topik iaitu mengenai bahasa Melayu, mengenai nasibnya.
Mari kita tanya dengan ikhlas. Di mana kedudukan bahasa itu di tanah air Malaysia ini? Adakah ia benar-benar diterima semua pihak? Adakah bahasa Melayu hanya digunakan di peringkat kerajaan sahaja? Adakah ia benar-benar dihormati? Adakah bahasa itu digunakan sepenuhnya di syarikat-syarikat korporat? Adakah orang bukan Melayu, kecuali generasi lama Peranakan akan bertutur bahasa itu sesama mereka?
Apakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka atau dikenali dengan panggilan singkat DBP dewasa ini? Jika mahu dijadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan mengapa rata-rata kakitangannya orang Melayu?
Mengapa tidak diramaikan orang Cina dan India sebagai pegawai-pegawai DBP yang menjadi pakar dalam bahasa itu?
Bahasa Melayu bukan milik orang Melayu sahaja, tetapi adalah milik semua kaum di negara ini, jika benarlah begitu?
Adakah orang Cina dan India tidak berminat untuk menyertai DBP dan menggerakkan operasi untuk memperkasakan bahasa itu di kalangan kaum mereka?
Sungguh ironis kita ini. Setelah lebih 57 tahun negara ini merdeka, isu ini masih dipersembangkan?
Perbualan itu kemudian menjuruskan kepada soal penyiaran di televisyen. Adakah setelah sekian lama merdeka, kita masih memerlukan bahasa-bahasa lain di siaran? Adakah tidak mencukupi dengan pelbagai bahasa yang disajikan melalui stesen televisyen satelit berbayar?
Adakah orang kita masih tidak faham atau masih tidak selesa dan tidak faham menonton warta berita dalam bahasa kebangsaan sehinggakan perlu disediakan warta berita dalam bahasa masing-masing?
Oleh itu mengapa masih ada kritikan mengenai isu setelah sebuah stesen televisyen berita mahu memberhentikan salah satu bahasa etnik atas sebab-sebab kewangan yang meruncing?
Orang berkata kononnya bahasa jiwa bangsa? Persoalannya jiwa bangsa siapa? Adakah ungkapan itu berjaya diterapkan untuk semua kaum? Atau semata-mata slogan dan untuk orang Melayu yang syok sendiri sahaja?

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain