Manifesto Pakatan Harapan hanya sekadar retorik
 Abdul Rahman Dahlan

Beliau yang juga merupakan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) juga memaklumkan tiada janji baharu yang segar dan realistik daripada manifesto berkenaan yang boleh memberi harapan kepada rakyat.

Berikut adalah kenyataan Rahman menerusi laman Twitter mengenai Manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU-14):

1. Pakatan berjanji untuk menghapuskan GST enam peratus dan kembali kepada cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan enam peratus (SST) yang tidak telus dan efisyen. GST kutip RM41 billion, SST kutip RM17 billion. Bagaimana Pakatan mahu tampung kekurangan lebih RM20 billion?

2. Pakatan mahu kembalikan subsidi petrol bersasar. Sebelum ini mereka janji mahu turunkan harga kepada RM1.50 seliter untuk semua. Flip-flop. Kerajaan BN telah laksanakan subsidi bersasar dalam bentuk tunai terus kepada mereka yang benar memerlukan sejak 2012.

3. Dulu mereka janji nak hapuskan hutang PTPTN. Sekarang mereka kata bila gaji kasar melebihi RM4,000 baru mula bayar. Kerajaan telah mengecualikan RM1.23 bilion bayaran balik untuk 41,706 pelajar daripada yang mendapat ijazah kelas pertama.

4. Mereka nak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk siasat macam-macam benda. Jgn lupa, @limkitsiang dulu berkeras mahukan RCI untuk skandal forex BNM. Bila siasatan selesai, dia tolak keputusan siasatan. Mereka patut tuntut juga RCI untuk terowong dasar laut!

5. Tubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk semak dan laksana Perjanjian Malaysia 1963? PM @NajibRazak sudah pun tubuhkan Jawatankuasa Khas malah beri komitmen akan kembalikan mana-mana hak Sabah & Sarawak yang “terambil” secara sengaja atau tak dalam Perjanjian Malaysia 1963

6. Skim Peduli Sihat dengan had maksima RM500 setahun? Di hospital-hospital kerajaan, tiada had untuk rakyat mendapatkan rawatan. Tahun ini sahaja, Kerajaan belanja RM26.5 billion untuk sektor kesihatan demi rakyat.

7. Projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing akan dikaji semula. Saya nak tanya KLCC, LRT STAR & PUTRA, Dayabumi, syarikat tempatan mana yang bina?

8. Perintah Gaji Minima (2012) menetapkan kadar gaji minima disemak setiap dua tahun. Tahun ini ianya akan disemak lagi. Tak payah tunggu janji Pakatan untuk naikkan gaji minima pekerja.

9. Berbanding Pakatan yang mahu suri rumah kekal di rumah, BN ada perancangan yang lebih komprehensif demi memperkasa wanita. BN menyalakan inspirasi agar mereka kekal/menyertai pasaran buruh untuk menyumbang kepada ekonomi negara dan menaik taraf ekonomi keluarga.

10. Janji nak hapuskan hutang PTPTN pun Pakatan boleh u-turn. Macam mana nak percaya janji mereka nak mansuhkan hutang peneroka FELDA? - UTUSAN ONLINE