Masa sedang makan-makan itu, akak cun terpandang sepasang suami isteri. Akak cun memang pasti mereka suami isteri. Mudah saja hendak bezakan pasangan suami isteri dengan yang sedang bercinta. Lain benar.

Kalau sedang bercinta, duduk dekat-dekat, cakap pun per­lahan-perlahan dan berbisik-bisik takut orang lain de­ngar. Perangai memang kontrol habis.

Bila sudah kahwin pula duduk jauh-jauh, macam tak kuasa hendak berpandangan muka lagi dan bercakap me­ninggikan suara seperti orang sedang bergaduh. Satu res­toran boleh tahu apa yang mereka bualkan.

Berbalik pada pasangan itu, akak cun perhati suaminya se­­dang menikmati makanan dan isterinya berdiri men­du­­kung anak. Mula-mula akak cun tak ambil kisah sangat pasal pasangan ini.

Tetapi apabila dah masuk setengah jam, akak cun lihat si isteri masih mendukung anak dengan muka yang kelat yang suami pula tidak habis-habis lagi makan sambil se­nyum-senyum melayan telefon pintar, hati akak cun ber­kata-kata: Suami dia ni jaga tekak sendiri sajakah? Ter­he­geh-hegehnya makan. Adik-beradik dengan si­put­kah dia ini?

Dan yang membuatkan akak cun ‘berangin’ bila tiba giliran isterinya makan, suaminya tidak mengambil anak kecil itu, sebaliknya anak itu duduk pula di pangkuan is­terinya dan dia terus melayan telefon.

Sebenarnya pemandangan ini bukan luar biasa. Kita se­mua sudah biasa lihat. Suami mahu dilayan seperti raja.

Kita pun biasa lihat orang lelaki berebut-rebut dan ber­tolak-tolak dengan orang perempuan ketika menaiki pe­ngangkutan awam. Macam ada pertandingan pula, siapa dapat masuk dulu, dia menang.

Bila dalam bas atau tren pula kita lihat mereka yang kon­trol hensem ini, duduk sambil goyang-goyang kaki, sila panggung, angguk-angguk kepala dengar lagu da­ri­­pada telefon pintar, korek-korek hidung dan macam-macam lagi. Tidak ada muka bersalah pun, melihat di de­pannya berdiri perempuan atau wanita mengandung atau orang tua.

Kalau kita pandang-pandang atau jeling-jeling dia un­tuk beri isyarat berikan tempat duduk kepada orang yang lebih memerlukan, dia tidak tahu pun maksud pandangan itu. Paling tidak pun, dia fikir orang perempuan yang pan­dang-pandang dia itu mahu mengurat dia!

Kita pun biasa melihat orang lelaki potong Q semasa ber­atur untuk membayar barangan atau perkhidmatan. Buat muka selamba saja. Bila orang lain bising atau tegur, dia buat-buat tak dengar.

Kita pun biasa lihat atau dengar orang lelaki bergaduh de­ngan orang perempuan bukan saja di tempat awam te­tapi juga di pejabat. Yang pukul perempuan pun ba­nyak. Dah jadi kes polis.

Jadi apabila orang perempuan mula berkata bahawa le­­laki yang gentleman atau budiman semakin pupus, ia bu­kanlah cakap-cakap kosonglah. Contoh-contoh sudah lama ada di depan mata.

Lelaki budiman tidak boleh dinilai dengan muka yang hensem macam abang hensem, gaya, pakaian yang kemas dan berjenama, dia ada rambut atau botak.

Kalau muka saja hensem tapi tidak ada budi bahasa, ti­dak menghormati orang sekelilingnya, muka yang kacak itu tidak memberi kebaikan pada orang lain.

Ada lelaki akak cun tengok dia hanya bersikap gen­tle­man dengan pasangannya sahaja, bila dengan orang lain dia kasar dan mementingkan diri sendiri. Lelaki budiman yang sejati dia tidak pilih-pilih orang untuk menunjukkan sikapnya itu.

Sebenarnya lelaki gentleman ini bukan dilihat setakat dia bayar makanan pasangan bila keluar dating atau mem­buka pintu kereta dan pintu pagar untuk isterinya. Lelaki gentleman dia memahami situasi, tidak cepat me­lenting, tidak kuat merajuk, kelam-kabut dan berlagak pan­dai se­muanya.

Nasib baik encik abang akak cun yang tinggi lampai itu gentleman orangnya, cuma dia selalu membebel pada akak cun yang tak reti reverse parking.

Minggu lepas abang hensem tulis mengenai perempuan me­mandu kereta terhegeh-hegeh. Akak cun cuma hendak beritahu, sudah dua kali akak cun terlanggar belakang kereta orang lain. Dua-dua kejadian itu semasa hendak keluar simpang di bulatan jalan.

Sebabnya, kereta di depan itu terhegeh-hegeh dan ter­agak-agak hendak keluar dari simpang, walhal line cukup clear untuk jalan. Dan dua-dua pemandu yang akak cun langgar keretanya itu, lelaki. Memang kebetulan pula.