Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

China memperluaskan hubungan dengan negara lain melalui inisiatif Jalur dan Laluan (B&R). Hubungan ini selepas inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Jalan’ yang mempunyai dua komponen penting iaitu Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan Laluan Sutera Darat bagi memajukan lagi sektor ekonomi di rantau Asia dan Eropah.

Untuk itu Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R yang bermula hari ini bertujuan untuk mengumpulkan pengalaman, merancang pelan induk, membincangkan pelbagai isu dan bersatu padu menangani cabaran, tidak mungkin disia-siakan oleh Malaysia.

Hakikat dizahirkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri turut hadir ke forum ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang baru-baru ini berkata, melalui pelaksanaan inisiatif B&R, segala cabaran pembangunan dunia diharap dapat diatasi, di samping membantu pelbagai negara, terutamanya negara membangun di Asia dan Eropah untuk menyelesaikan masalah pembangunan menerusi peningkatan kerjasama antarabangsa dan gabungan sumber pelbagai negara.

Menurut agensi berita Xinhua China, Malaysia adalah antara negara Asia Tenggara yang paling awal menyambut baik inisiatif “Jalur dan Laluan”, dan memperoleh man­faat daripada inisiatif itu.

Demikian dinyatakan Duta Be­sar China ke Malaysia, Huang Huikang dalam satu te­­mu bual dengan wartawan Chi­na baru-baru ini.

Menurut Duta Besar China itu, kerjasama antara China dengan Malaysia mempunyai asas yang kukuh berdasarkan sejarah dan situasi semasa.

Malaysia meraih banyak man­faat daripada dasar-da­sar baharu China yang ma­hu memakmurkan eko­­no­mi negara sahabatnya, dan oleh itu Malaysia tidak boleh terlepas daripada menyer­tai­nya.

Malaysia merupakan rakan dagang keenam terbesar bagi China selepas Amerika Syarikat (AS), Jepun, Korea Selatan, Jer­man dan Australia.

Manakala, China pula me­rupakan sumber pela­bu­ran asing kedua terbesar bagi Ma­laysia.


Kepercayaan

Dalam tahun-tahun kebe­la­kangan ini, hubungan bila­teral kedua-dua negara berkembang pesat, dan pertukaran lawatan peringkat tinggi kerap kali diadakan.

Kemajuan yang mem­bang­gakan dapat dilihat da­lam usaha membina keper­cayaan politik, ker­jasama perdagangan, pengu­atkuasaan undang-undang ser­ta ker­ja­sama keselamatan dan per­tahanan.

Hal ini diyakinkan lagi de­ngan kenyataan Konsul Perdagangan Malaysia di China, Ra­zida Hanim Razak ketika berucap dalam Forum Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Antarabangsa China-ASEAN di Tuole, provinsi Guizhou, China pada November tahun lalu.

Beliau berkata, kerjasama dan penglibatan yang aktif kedua-dua pihak dalam sektor perdagangan telah membuka laluan kepada pelabur Malaysia untuk menembusi pasaran China.

Syarikat-syarikat korporat Malaysia seperti Petronas, IOI Group, Parkson Group, Genting-Secret Garden, Sime Darby, dan lain-lain telah mula membina nama dan tapak di China.

“Malaysia berkongsi pendapat dengan China bahawa ca­ra terbaik untuk berdepan dengan turun naik ekonomi glo­bal adalah dengan memperkukuh ikatan kerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang, di samping me­ngekalkan pertumbuhan dalam perdagangan dan pelaburan.

“Seiring dengan pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dan pelbagai perjanjian serantau seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China, Malaysia kini telah meraih manfaat daripada penonjolan China di pentas dunia,” kata Razida Hanim.

Ketika ini saya berada di kota Chengdu, dalam provinsi Sichuan, China dan turut mendengar komen positif daripada pegawai kerajaan China tentang hubungan baik kedua-dua negara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain