Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MAJIKAN TAK SOLAT JUMAAT

CER KOME TANYE, UKE JAWAB

Apakah hukumnya jika majikan saya tidak menunaikan solat Jumaat sedangkan dia mampu dan tidak berpenyakit. Dia berniaga kedai makan seperti orang biasa ketika solat Jumaat.

Apakah gaji dan makanan yang saya makan di kedai tersebut haram walaupun saya pergi me- nunaikan solat Jumaat?
Waiter, Kuala Lumpur.

UKE: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling agung di sisi Allah daripada Hari Raya Adha, Hari Raya Fitrah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
 Ini menunjukkan keistimewaan hari Jumaat yang kita umat Islam sepatutnya tidak boleh abaikan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang fardu Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah: 9).
 Bagi Mazhab Syafie adalah haram ke atas orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardu Jumaat berurusan dengan urusan jual beli selepas azan kedua sembahyang fardu Jumaat dan khatib duduk di atas mimbar.
 Namun akad jual-beli yang dilakukan pada waktu-waktu yang dilarang pada hari Jumaat itu adalah sah.
Ini kerana larangan itu tidak ada kaitannya dengan kesahihan akad akan tetapi disebabkan kelekaannya berurusan jual-beli dan perbuatan melengahkan untuk bersegera pergi mengerjakan sembahyang fardu Jumaat.
 Sungguhpun jual-beli itu sah, namun perbuatan demikian dilarang, malah mereka yang tidak diwajibkan sembahyang Fardu Jumaat pun berdosa apabila dia bermuamalat bersama mereka yang diwajibkan sembahyang fardu Jumaat. Maka yang berdosa ialah tauke kedai anda dan usahakanlah untuk dia bersolat Jumaat.
 Dakwahlah dia perlahan-lahan agar dia meninggalkan yang haram. Saya bimbang hasil perniagaan yang tak berapa cantik dengan berniaga ketika waktu solat pada hari Jumaat itu.

 

Pakai telekung berwarna  

Apakah hukum memakai telekung berwarna ketika solat?

Ina, Terengganu.

UKE: Syarat sah solat ialah menutup aurat. Selagi mana pakaian itu menutup aurat maka sahlah solat itu. Maka hendaklah dipenuhi kriteria yang dikatakan menutup aurat sebab ada yang menutup aurat tetapi tidak kena, sebab ketat atau jarang dan sebagainya.
 Masyarakat wanita Islam di Malaysia mengamalkan pemakaian telekung ketika solat dan ini sangat bagus sebab longgarnya, sempurna tutupan auratnya dan memelihara daripada penonjolan bentuk tubuh badan apatah lagi dengan warna putih sebagai lambang bersih dan supaya menjaga mata dan hati agar khusyuk ketika solat.
 Apabila semua berwarna putih maka diamlah hati daripada berkata-kata tentang telekung orang lain sebab semua telekung adalah sama warnanya.
Itulah hikmah telekung berwarna putih. Namun trend sekarang lebih kepada bercorak warna-warni dan sebagainya. Hukumnya tetap sah jika terpelihara auratnya tetapi bab warna itu, pastikan telekung yang kita pakai adalah sederhana corak dan warnanya supaya mendatangkan khusyuk kepada semua jemaah dan tidak menimbulkan ujub kepada si pemakai. Itulah yang sebaik-baiknya.
 

 Keliru bab rujuk

Saya diceraikan pada 25 Disember 2015 dalam keadaan saya masih nifas. Pada 3 Februari 2016, saya dipanggil untuk pendengaran kes di mahkamah.
Selepas pendengaran itu iaitu pada hari yang sama, suami melakukan hubungan intim dengan saya dan ia berterusan seminggu sekali. Pada 31 Mac 2016, kami telah disahkan bercerai oleh mahkamah syariah tanpa mengetahui kami telah melakukan hubungan intim.
Kami ingin rujuk semula. Apakah status saya? Adakah sudah diceraikan atau tidak?


Isteri keliru, Selangor.

UKE: Bagi Mazhab Syafie  rujuk melalui perlakuan tanpa lafaz rujuk, sama ada persetubuhan, mahupun permulaan persetubuhan sebagaimana pandangan Hanafi. Contohnya, Mazhab Syafie berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu iddah tanpa lafaz rujuk yang jelas terlebih dahulu adalah haram.
 Imam al-Syafie berkata yang bermaksud: “Rujuk mestilah dengan percakapan (lafaz) dan bukannya dengan jimak dan lainnya, kerana tiada rujuk tanpa lafaz.
Maka tidak sah rujuk bagi seorang lelaki kepada wanita sehinggalah dia melafazkannya, sebagaimana tiada nikah dan talak yang dibuat tanpa lafaz, maka jika si lelaki melafazkannya (rujuk) semasa iddah barulah sah rujuknya” (Al-Umm).
 Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie maka hendaklah anda mengikut keputusan mahkamah. Jika ingin hidup bersama suami semula, mulakanlah dengan akad nikah yang baharu kerana anda telah melepasi tempoh iddah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain