Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

REKTOR Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Intan Lampung, Prof. Dr. Mohammad Mukri semasa melancarkan Jurnal JAWI pada 13 November lalu di Hotel Novotel, Lampung, Indonesia mempromosikan Islam Jawi atau moderat Islam - gaya Melayu.

Jurnal JAWI terkandung tulisan mengenai pendidikan Islam yang sedang terjadi di Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Singapura dan Thailand.

Jawi pada imbauan lampau ialah panggilan terhadap orang Melayu yang datang ke Mekah. Ia juga terhubung dengan acara 'masuk jawi' iaitu bersunat yang menandakan seseorang itu sudah masuk akil baligh.

Jawi juga adalah suatu corak tulisan yang masih diwarisi oleh orang Melayu. Malah sastera kitab atau tulisan kitab pada masa yang lalu ditulis dalam huruf Jawi.

Pelancaran jurnal serantau yang berbentuk antarabangsa ini dilakukan semasa Seminar Antarabangsa bertemakan 'Pengajian Islam dan Institusi Pendidikan di Asia Tenggara: Cabaran dan Perubahan.'

Menariknya faham Jawi ini dikemukakan kerana ia jalan terbaik bagaimana mendekati pembangunan sumber daya insan melalui orientasi yang sifatnya menyantuni. Ini mengingat penulis mengenai pendekatan wasatiyyah yang sedang dipromosikan di Malaysia.

Apa yang sedang berlaku di Mindanao dan di selatan Thailand menjadi bukti betapa tradisi pendidikan Islam memerlukan orientasi damai supaya persoalan umat Islam didekati dengan bijaksana dan berhemah.

Banyak masa dan tenaga terbazir kerana jalan yang dipilih ialah jalan pertentangan. Ia menyebabkan pembangunan sumber daya terganggu.

Prof. Azumardi Azra dari Indonesia yang memuatkan pemikirannya dalam Jurnal Jawi dan dikemukakan juga dalam seminar itu ialah betapa pentingnya pemikiran saintifik kini dibina atas asas spiritualiti supaya tidak membawa akibat buruk dalam kualiti kemanusiaan masa depan.

Prof. Ali Bangcola Panda dari Filipina pula berpendapat bahawa Filipina sebagai sebuah negara sekular memisahkan agama daripada negara. Pendidikan Islam dan madrasah amat terbatas sifatnya. Ia hanya memberi fokus kepada aspek akidah dan ibadah dan menyebabkan cara hidup Islam juga terbatas.

Sementara Prof. Chirapan Day-ma dari Thailand (Patani) melihat ada perubahan dalam orientasi pondok-madrasah di negara dominasi Buddha ini dengan ketampilan kolej dan universiti Islam yang menawarkan tidak saja Ilmu Wahyu tetapi juga Ilmu-ilmu Sains Kemanusiaan dan Sains Tulen.

Universiti Islam Yala umpamanya tidak saja menawarkan ilmu-ilmu diniah tetapi juga Ilmu-Ilmu Kemanusiaan, Ekonomi, Perbankan dan juga Pendidikan Islam. Yala cuba mengambil contoh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai model pengajaran dan pembelajarannya.

Prof. Abdulrahman Haqqi dari Brunei pula menekankan betapa pentingnya rangkaian hubungan institusi pengajian tinggi ASEAN supaya menerusi kerjasama dan persefahaman ia dapat meningkatkan prestasi seperti pertukaran kepakaran dan ilmuwan dan gerak kerja bersama seperti penerbitan, persidangan akademik dan seminar terjadi.

Dr. Saifuddin Amin dari Singapura pula melihat pentingnya masjid diperkasakan sebagai pusat ilmu dan pendidikan bagi masyarakat Islam minoriti di sana. Program a.L.I.V.E umpamanya yang memberi ruang berlakunya pendidikan Islam yang lebih kreatif mampu dihidupkan di masjid-masjid Singapura di samping wujudnya tradisi madrasah yang mengalami proses transformasi di negara itu.

Penulis sendiri yang kertas kerja dibentangkan di seminar itu dan artikel disiarkan dalam Jurnal JAWI menyarankan penting networking dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi Islam ASEAN berlaku supaya kepakaran mereka dalam pelbagai bidang dikenal pasti dan dimanfaatkan, di samping memberi fokus kepada bidang penulisan dan pengkaryaan dan penyelidikan.

Model integrasi ilmu harus mengambil tempat dan penulis mengemukakan model UIAM dan Kolej Universiti Al Quran Malaysia (KUAM) yang masih lagi dalam penubuhan sebagai model integrasi dan Islamisasi ilmu bagi menyediakan modal insan yang mempunyai tasawwur ilmu yang menyeluruh dan bukan saja memberi fokus kepada pemerkasaan ilmu dan kemahiran tetapi juga jenis peribadi yang mampu mendukung amanah sistem dan kenegaraan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain