Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KOMITMEN SKM

MUKADIMAH
KESUNGGUHAN yang ditunjuk oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ke atas gerakan koperasi merupakan komitmen berterusan bagi mencapai perolehan sebanyak RM 50 bilion menjelang tahun 2020 yang turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Sehingga penghujung Disember 2016, perolehan gerakan koperasi adalah sebanyak RM 39.66 bilion dan ia pasti meningkat dari tahun ke tahun. Menurut Pengerusi Eksekutif SKM, DATUK DR . NOOR ZARI HAMAT, National Blue
Ocean Strategic (NBOS) merupakan salah satu strategi dan pendekatan yang dilaksanakan oleh SKM untuk membangunkan koperasi.

"Strategi ini memberi peluang kepada koperasi untuk berkongsi sumber yang terhad bagi manfaat yang lebih ramai, mengurangkan kos dan mendapat impak yang lebih cepat (quick win and quick harvest)," katanya ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia RAJA INTAN DIA NNA RAJA AZAHAM baru-baru ini.

 

MINGGUAN: Bagaimana hala tuju perniagaan koperasi dalam meningkatkan pendapatan di samping usaha mencapai sasaran RM50 bilion menjelang tahun 2020?

DR. NOOR ZARI HAMAT: Bagi mencapai sasaran RM50 bilion menjelang 2020, SKM menumpukan kepada enam bidang keberhasilan utama iaitu sektor kewangan, sektor pemborongan dan peruncitan, sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, sektor pertanian dan industri asas tani, sektor perladangan dan sektor hartanah serta industri binaan. Perolehan setiap sektor mempunyai hala tuju tersendiri sesuai dengan pertumbuhan ekonomi negara yang disasarkan melalui Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Justeru, SKM mewujudkan pelan pembangunan lima tahun sehingga 2020 bagi setiap sektor yang disokong dengan pelbagai program dan insentif. Pelan pembangunan ini mempunyai beberapa inisiatif strategik dengan menggunakan model perniagaan tertentu yang boleh menjadi pemangkin dalam usaha koperasi melakukan lonjakan bagi mencapai sasaran perolehan yang ditentukan.

Pada masa yang sama kita menggalakkan penubuhan koperasi baru supaya ia dapat menyemarakkan lagi konsep koperasi dalam masyarakat Malaysia dan akhirnya masyarakat lebih mengenali koperasi sebagai satu wadah untuk bukan sahaja dalam bidang ekonomi, juga satu elemen gerakan sosial.

Koperasi di negara-negara maju telah menampakkan kesan dalam ekonomi seperti peruncitan dan perbankan contohnya di Belanda, Bank Koperasi telah menjadi satu bank yang utama di negara tersebut. Begitu juga di Denmark, 39 peratus industri peruncitan di negara tersebut dikuasai rangkaian koperasi. Ia memberi satu gambaran koperasi jika kita dapat menggembeleng dari kewujudannya dan menjadi satu tenaga baru dalam pembangunan ekonomi negara tersebut.

Dari segi perniagaan koperasi dilihat kurang kelainan. Mungkin boleh cadangkan sesuatu yang ikut trend terkini dan menjana pendapatan yang lebih cepat?

DR. NOOR ZARI HAMAT: Sebenarnya banyak koperasi buat sesuatu yang berbeza contohnya wedding village terutama koperasi kariah masjid, semua lengkap. Namun mungkin belum menyeluruh dan banyak melakukan perniagaan yang biasa dengan koperasi.

Dalam pelaksanaan dasar koperasi negara, kita sentiasa meminta koperasi menceburi perkara baru seperti e-perdagangan. Sudah ada bibit-bibit pembangunan contohnya Koperasi Tabung Haji yang memasar produk online yang mematuhi syariah sebagai satu bidang pemasaran baru. Setiap koperasi perlu bertindak kreatif.

Dalam masa yang sama SKM dalam proses membangunkan satu portal bagi koperasi meletakkan produk-produk mereka untuk dipasarkan iaitu e-Biz Koperasi. Koperasi hendaklah ada inisiatif sendiri daripada apa yang kami sediakan. Kami juga menggalakkan koperasi menceburi bidang yang lebih sofistikated seperti hospital pakar milik koperasi supaya koperasi bukan lagi setakat perkara kecil malah menyerlah dalam bidang lain. Dalam proses itu, kerjasama Koperasi warga USM Kelantan dilakukan dalam mewujudkan Hospital Pakar Koperasi.

Sehingga kini bagaimana rakyat mendapat kesejahteraan melalui aktiviti yang dilaksanakan koperasi?

DR. NOOR ZARI HAMAT: Kita ingin mewujudkan kedai-kedai harga patut milik koperasi untuk memberikan satu alternatif lain kepada pengguna.

Dalam proses ini, kita bekerjasama dengan 10 koperasi besar untuk mewujudkan pusat pengedaran yang berperanan membekalkan barang-barang kepada koperasi-koperasi lain yang membuka kedai. Sekarang ada 1,000 cawangan yang menjual barangan keperluan harian. Jadi kita harap ia akan memberi satu pilihan lain kepada pengguna.

Dalam masa yang sama kami turut memasarkan produk IKS ahli koperasi di outlets koperasi. Sekarang dah dipasarkan 1,055 stock keeping unit (SKU) dan ia meningkatkan pendapatan anggota. Koperasi telah memberi situasi yang adil kepada semua pihak yang berada dalam rantaian. Fair Trade To All. Justeru ini memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Malahan di Malaysia, koperasi telah mewujudkan situasi spill over effect kepada penduduk tempatan dengan adanya aktiviti perniagaan seperti stesen minyak, kedai runcit dan sebagainya. SKM menjadikan program ini sebagai cooperative satellite centre di mana sebelum ini sesuatu lokasi itu dipenuhi semak belukar, apabila adanya koperasi, kawasan setempat itu menjadi lokasi sebagai pusat penjanaan ekonomi masyarakat dengan tertubuhnya lain-lain perniagaan di kawasan seperti stesen minyak, restoran, kedai gunting rambut, kedai bayaran bil setempat, kedai runcit dan sebagainya yang memberi pendapatan kepada rakyat. Contohnya Koperasi Felcra Bukit Tandak Kelantan.

Bagaimana SKM melihat peranan yang telah dilakukan dalam membentuk modal insan pelapis pemimpin koperasi melalui program koperasi sekolah?

DR. NOOR ZARI HAMAT: Koperasi sekolah juga membangunkan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan ahli koperasi. Ia bukan sahaja boleh membentuk seorang pelajar menjadi usahawan, tetapi nilai keusahawanan itu contohnya pandai membuat keputusan yang tepat, belajar menguruskan syarikat yang akhirnya menjadikan mereka bijak menguruskan hal lain. Bagi saya semua nilai ini dapat dibentuk dengan penglibatan pelajar dalam koperasi.

Kita ada kira-kira 2,300 koperasi sekolah dan dalam memastikan kejayaan ini, kita bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) dan masuk ke sekolah-sekolah memberi bimbingan dan sebagainya supaya koperasi sekolah menjadi koperasi yang boleh menjana keuntungan dan memberi faedah kepada sekolah itu dan menjadi satu platform membentuk pelajar dengan nilai-nilai keusahawan yang ada. Setakat ini ada koperasi sekolah yang perolehannya menjangkau RM1 juta setahun seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, Kelantan.

Turut diadakan Konvensyen Keusahawan Koperasi sekolah, sebagai satu pengiktirafan kepada daya usaha pelajar menjalankan perniagaan dan membentuk persaingan yang sihat antara pelajar. Dalam membentuk modal insan pelapis pemimpin koperasi, SKM telah melaksanakan program Pembudayaan Keusahawan Koperasi Sekolah (PKKS) setiap tahun. Mulai tahun 2017, PKKS telah diberi penjenamaan semula kepada program Young Entrepreneur Strive for Success (YESS).

Program ini bertujuan untuk mendidik pelajar-pelajar sekolah mengenai bidang keusahawanan melalui koperasi sekolah supaya mereka dapat ceburi selepas menamatkan zaman persekolahan. Program berbentuk pertandingan projek keusahawanan ini diusaha oleh kumpulan kecil korperator sekolah dengan pemantauan dan khidmat nasihat daripada guru pembimbing projek.

Bagi tahun 2017, pertandingan peringkat sekolah akan diadakan pada bulan Jun 2017 di mana pelajar-pelajar akan menyediakan kertas kerja Rancangan Perniagaan Projek Keusahawanan (RPPK) dan Laporan Pelaksanaan Projek (LPP).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain