1. Apakah yang dimaksudkan dengan e-sisa mudah alih?

e-sisa mudah alih secara khususnya merujuk pada semua jenis sisa yang terhasil daripada perantiberasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet; termasuk pengecas dan aksesori.

2. Peranti lama seperti telefon bimbit terpakai mempunyai nilai sentimental dan saya ingin menyimpannya sebagai kenangan, bolehkah saya berbuat demikian?

Peranti mudah alih perlu dilupuskan secara sempurna apabila tidak lagi digunakan.

Komponen elektronik yang ditemui dalam peranti hari ini mengandungi bahan pencemar seperti plumbum, kadmium dan merkuri yang boleh mengakibatkan isu persekitaran dan kesihatan yang serius jika tidak diurus kan sebaik-baiknya.

Dengan mengitar semula e-sisa, kita boleh mengelakkan bahan toksik daripada mengakibatkan kesan yang buruk kepada kesihatan kita. Kesan kesihatan akibat pelupusan e-sisa secara tidak berhemah termasuklah penyakit paru-paru, kerosakan buah pinggang, masalah ingatan dan kerosakan sistem saraf utama.

3.Bagaimana cara untuk melupuskan peranti lama secara selamat?

Peranti mudah alih dan akesori lama boleh dimasukkan kedalam kotak pengumpulan yang terletak dipremister pilih seluruh negara. Layari www.mobileewaste.mcmc.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang lokasi kotak pengumpulan.

Pengitar semula akan mengumpul dan membawa peranti anda kepusat kitar semula di mana proses pelupusan yang betul dan urban mining (pengekstrakan logam berharga seperti aluminium, emas dan tembaga) akan dijalankan di sana. Bahan terpulih akan dijadikan produk baharu.

4. Bagaimana pula dengan data peribadi yang ada dalam sistem/kad SIM peranti lama saya?

Peranti yang masihboleh berfungsi akan melalui proses data wiping atau pembersihan data bagi mengelakkan data peribadi dan sensitif dalam peranti lama diakses. Pengguna di nasihatkan untuk memformat telefon masing-masing serta mengeluarkan kad memori atau kad SIM dari peranti masing-masing sebelum menyerahkan kepada pengumpul untuk dikitar semula.

Melalui proses kitar semula yang betul, penyakit yang kronik akibat pencemaran bahan toksik di dalam setiap peranti dapat dielakkan. Alam sekitar juga dapat dipulihara dan sumber semulajadi negara dapat dipelihara dengan sempurna.

Selamatkan bumi, kitar semula telefon anda!