Kit Siang 'lari' lagi?
Lim Kit Siang

Pemimpin sebegini tidak lama mewakili sesuatu kawasan, antara yang popular kerana sering berpindah ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau yang kini Ahli Parlimen Gelang Patah sudah beberapa kali berpindah kawasan yang diwakili, bukan sahaja di sebuah negeri, malah sering berhijrah ke negeri lain, antaranya Pulau Pinang, Perak, Melaka, Selangor dan Johor.

Persoalan yang timbul, adakah veteran politik ini akan ‘lari’ lagi ke kawasan lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti?

Justeru, bukan satu kejutan jika Kit Siang kembali ke Pulau Pinang kerana beliau sebelum ini pernah wakili kerusi Kampong Kolam (1986-1990) dan Padang Kota (1990 hingga 1995).

Beliau juga adalah Ahli Parlimen Tanjong bagi tempoh 1986-1999.

Malah, sebelum ini beberapa gegantung, antaranya ‘Where is Uncle Kit Siang? Gelang Patah Misses You’ (Pak cik Kit Siang di mana? Gelang Patah rindukan kamu) turut kelihatan di Gelang Patah yang mempersoalkan bahawa veteran DAP itu jarang turun padang di kawasan yang dimenangi pada PRU13 lalu.

Menyedari, rakyat khususnya pengundi kawasan tersebut sudah ‘mengenali’ belang sebenar beliau, maka tidak hairan jika pemimpin DAP berkenaan akan ‘lari’ lagi ke kawasan lain.

Ada juga cakap-cakap yang mengatakan Kit Siang akan bertanding di Parlimen Kulai pada PRU14 nanti.

Hanya Kit Siang yang mampu menjawab di mana beliau akan bertanding nanti?

Namun, pengundi dan masyarakat di kawasan berkenaan harus menilai secara terperinci, adakah mereka ingin diwakili oleh pemimpin yang sering berpindah-randah. - UTUSAN ONLINE