Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

DALAM kalangan orang Islam, kucing adalah haiwan peliharaan yang paling popular. Bagi pemelihara kucing, mereka amat terhibur dengan keletah haiwan tersebut lebih-lebih lagi jika ia sangat manja dan jinak. Dalam Islam, hukum memelihara kucing adalah harus.

Membicarakan memelihara dan sukakan kucing, sudah pasti nama Abu Huraiah r.a. terlintas dalam benak kita. Beliau ialah sahabat Rasulullah SAW yang amat suka kepada anak-anak kucing. Sehinggakan diberi gelaran ‘Abu Hurairah’ oleh nabi SAW kepadanya. Ini juga satu pengakuan terhadap keharusan memelihara kucing.

Cuma dalam hidup bermasyarakat terutama bagi yang tinggal di rumah teres dan flat dalam taman-taman perumahan, beberapa perkara perlu diteliti sebelum kita memelihara kucing. Ini supaya kita tidak tergolong dalam orang yang mencerobohi dan menyakiti hati jiran.

Tidak ada satu riwayat pun yang menyatakan Abu Hurairah menyusahkan jirannya dengan hobi memelihara kucing ini. Justeru, mereka yang ingin mencontohi hobi beliau wajib baginya menunaikan hak-hak kucing sebagai haiwan dan juga hak-hak jiran daripada diceroboh.

Dalam kita mempertahankan hak memelihara ­kucing, jangan lupa bahawa mereka yang tidak memelihara ­kucing juga mempunyai hak dan ketenteraman yang perlu dipelihara daripada diceroboh.

Membiarkan kucing peliharaan menjadikan pasu-pasu bunga jiran atau halaman rumah sebagai ‘tandas rasmi’ adalah satu dosa. Membiarkan kucing peliharaan kita bebas keluar dan masuk ke rumah jiran ‘tanpa izin’ sehingga menyebabkan jiran terganggu juga satu dosa. Bahkan, membasuh najis kucing sehingga airnya mengalir ke halaman rumah jiran atau mengalir dan tersekat di longkang jiran dengan mendatangkan bau yang tidak menyenangkan juga termasuk dalam perbuatan menyusahkan jiran.

Lebih malang, jiran yang tidak membela kucing terpaksa membersihkan najis haiwan itu yang ‘melepas’ di atas tilam atau di depan pintu bilik hanya kerana ­tingkapnya terbuka. Sudahlah tidak memelihara kucing tetapi kena bersihkan najisnya pula. Ini belum masuk episod kencing kucing pada lantai dan tempat kasut di luar rumah untuk ‘menandakan’ kawasan mereka.

Untuk itu, pemelihara kucing perlu mengambil beberapa langkah untuk mengelak dan mengurangkan ‘kesengsaraan’ yang ditanggung oleh jiran. Hidup berjiran ini perlu kepada muafakat dan bertolak ansur. Sebabnya, jiranlah yang akan membantu kita jika berlaku kecemasan atau sakit pening pada waktu tengah malam kerana adik beradik kita tinggal berjauhan.

1. Sediakan tempat untuk kucing tidur

Kucing memerlukan tempat yang baik untuk tidur. Membiasakan tidur di tempatnya menghindari kucing tidur di merata-rata tempat. Hal ini dilakukan agar bulu-bulu yang tertinggal setelah tidur tidak tersebar di mana-mana. Untuk anak atau keluarga yang alah terhadap bulu kucing, hal ini sangat membantu.

2. Sediakan tempat untuk kucing menggaruk atau mencakar

Secara naluri, haiwan jenis kucing memiliki kuku tajam yang perlu diasah. Secara berkala mereka akan mengasah ketajaman kuku-kuku tersebut. Di alam bebas, kucing melakukannya dengan mencakar-cakar batang pohon. Di rumah, kita sering mendapati kucing menggaru tepi kerusi atau tembok. Menyediakan tempat khusus begini akan melatih kucing hanya menggaruk di satu tempat. Ia juga mengurangkan risiko kerusi atau sofa dicakar.

3. Sediakan tempat kucing untuk membuang najis

Sediakan pasir untuk kucing membuang najisnya. Kebersihan rumah mesti menjadi keutamaan sekalipun ada haiwan peliharaan. Alangkah tidak elok jika rumah kita berbau akibat najis kucing yang bertabur merata-rata.

Berbuat baik kepada jiran telah ditegaskan oleh sabda nabi SAW yang bermaksud: “Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Demi Allah, dia tidak beriman. Nabi lalu ditanya: “Siapakah dia Ya Rasulullah? Nabi menjawab: “Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Sabda baginda lagi: Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat (akhirat) maka janganlah menyakiti jirannya. (Riwayat Bukhari).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain