Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kisah buruk mengenai kehidupan rakyat di Korea Utara lebih banyak daripada cerita baik. Sama ada catatan kalangan pengunjung Barat atau cerita-cerita dari Korea Selatan memetik pengakuan rakyat Korea Utara yang lari daripada negara itu.

Bukan tidak ada cerita-cerita baik, tetapi ia hanya datang dari Korea Utara sendiri dan nada propagandanya adalah nyata. Propaganda adalah suatu pembohongan. Apa yang jelas Korea Utara adalah sebuah negara tertutup yang tidak sesiapa dapat mengetahui apa yang sedang berlaku dalam negara itu.

Selagi Korea Utara menutup negaranya, apa yang diketahui dunia adalah kisah-kisah daripada orang perseorangan. Pelawat-pelawat asing hanya dibawa dan didedahkan kepada tempat-tempat tertentu dan apa yang dipaparkan menjadi propaganda semata-mata.

Antara kisah yang memilukan hati ialah betapa berlaku kebuluran dan kekurangan makanan di kawasan luar bandar Korea Utara. Malah ada kisah yang mana para petaninya memakan rumput untuk elak daripada kelaparan. Sementara mereka yang menentang kerajaan dibunuh, didera dan dipenjarakan.

Dalam keadaan rakyatnya yang sedemikian, kerajaan Korea Utara menggunakan pendapatan yang ada untuk membiayai kekuatan ketenteraannya, khususnya dalam bentuk senjata nuklear.

Sementara kehidupan golongan elit berkuasa, serta penduduk di ibu negaranya, Pyongyang adalah lebih selesa kerana dibiayai oleh kerajaannya, berbanding keadaan di luar bandar.

Terdapat banyak buku dalam bahasa Inggeris mengenai Korea Utara. Begitu juga dalam bentuk filem dokumentari. Tetapi umumnya Korea Utara digambarkan sebagai negara pelik yang rakyatnya menderita, bukan kerana kongkongan, tetapi akibat serba kekurangan keperluan asas.

Apatah lagi buku-buku dalam bahasa Korea mengenai Korea Utara yang diterbitkan di Korea Selatan. Walaupun kedua-duanya, Korea Utara dan Korea Selatan bermusuhan di antara satu sama lain tetapi mereka bukan saja sebangsa, malah adalah setanah air yang terbahagi menjadi dua negara kerana perbezaan ideologi. Di samping faktor geopolitik warisan daripada Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin.

Rakyat Malaysia yang pernah mengunjungi Korea Utara sama ada sebagai pelancong atau petugas tentu lebih arif mengenai keadaan mereka. Apatah lagi mereka yang tinggal di sana untuk banyak tahun kerana kerja. Namun mereka juga tidak dapat ketahui keadaan sebenar negara itu. Korea Utara merupakan negara yang bermasyarakat tertutup hinggakan ia dipanggil sebagai hermit kingdom iaitu negara yang terpencil atau memencilkan diri.

Masyarakat tertutup ini diperintah oleh sebuah kerajaan yang kuku besi dan tidak berperikemanusiaan. Kerajaan seperti ini tidak toleran terhadap rakyatnya. Ia menuntut kesetiaan penuh daripada rakyatnya untuk mencapai agenda yang digariskan oleh elit politik negara itu.

Cara kerajaan sedemikian mengawal rakyat adalah melalui kekerasan dan propaganda. Mereka melarang sebarang maklumat lain daripada yang dihidangkan pemerintah. Konsep close society dan open society ini mula diutarakan ahli falsafah Perancis, Henri Bergson pada tahun 1932 dan dikembangkan oleh Karl Popper.

Setelah keruntuhan Soviet Union dan tumbangnya komunisme dengan berlakunya proses globalisasi, maka dunia menjadi terbuka, malah empat daripada lima negara komunis yang tinggal turut membuka masyarakatnya. Kecuali Korea Utara yang bukan saja menjadi hermit kingdom tetapi rogue state atau negara samseng.

Kehidupan ditentukan

Dalam keadaan ini, tidak hairanlah bukan saja orang Barat dan Korea Selatan memburuk-burukkannya, tetapi seluruh dunia tidak dapat menerima cara rejim Pyongyang ini. Maka kisah-kisah mengenai Korea Utara yang datang dari Barat dan Korea Selatan bukanlah suatu propaganda untuk memusuhi negara itu.

Ia merupakan paparan yang umumnya benar kerana Barat dan Korea Selatan adalah masyarakat terbuka. Sementara dunia sukar untuk mempercayai cerita yang bersumber daripada rejim Pyongyang sendiri kerana Korea Utara adalah masyarakat tertutup.

Manusia tidak boleh meminta, apatah lagi menentukan di mana ia lahir. Tiba-tiba apabila lahir, kerakyatannya sudah ditentukan. Jika seseorang lahir di Korea Utara, maka besar kemungkinannya dia adalah rakyat Republik Demokratik Rakyat (DPRK).

Sepanjang hayatnya, dia akan menjadi rakyat negara itu dengan seluruh perjalanan kehidupannya ditentukan oleh rejim Pyongyang.

Korea Utara adalah sebuah negara yang merupakan saki-baki dari satu zaman di mana ada satu dunia yang menentukan hidup rakyat mereka dalam semua perkara, sejak mereka lahirkan hingga ke hujung hayat.

Dunia gelap itu terdiri daripada negara-negara komunis yang mula wujud 100 tahun lalu. Tahun ini ialah ulangtahun ke-100 bermulanya dunia itu dengan berlakunya Revolusi Rusia pada tahun 1917.

Ia bermula dengan penubuhan Republik Soviet Rusia dan dunia gelap ini menjadi besar yang mencapai kemuncak pada tahun 1989. Selepas ia runtuh merudum. Negara-negara itu ialah Soviet Union, Poland, Jerman Timur, Czechoslovakia, Romania, Hungary, Bulgaria, Yugoslavia, Albania, China, Mongolia, Korea Utara, Vietmam, Laos, Kemboja dan Afghanistan.

Ciri utama daripada sistem itu ialah rakyatnya tidak bebas untuk menentukan bukan saja pemerintahan mereka tetapi kehidupan peribadi dan keluarga.

Mereka dipaksa menerima fahaman politik yang dianut oleh pihak pemerintah. Parti komunis yang memerintah menentukan segalanya dalam kehidupan, daripada kepercayaan falsafah mereka dan pandangan budayanya hinggalah kepada pekerjaan, kekeluargaan dan kebudayaan.

Semua harta adalah juga milik pihak berkuasa, walaupun kemudian dasar ini berubah untuk menjadi lunak. Sistem ini bercanggah dengan sifat manusia, dan akhirnya tumbang bukan saja kerana tentangan daripada luar, tetapi ia jelas tidak praktikal. Maka akhirnya semua kerajaan komunis tumbang kecuali di lima negara.

Empat daripadanya, bagaimanapun melakukan pembaharuan, iaitu di China, Vietnam, Laos dan Cuba. Ternyata pembaharuan yang dilakukan di China dan Vietnam dengan cara membuka ekonomi mereka telah membawa kejayaan. Hanya Korea Utara yang meneruskan sistem ekonomi tertutup dan berperancangan pusat.

Tanpa pertimbangan kemanusiaan, sistem ekonomi ini akhirnya menjadi sebuah jentera penindasan terhadap rakyat untuk kepentingan bobrok golongan elit politik yang menggunakan kuasa kekuatan tentera dan pemalsuan maklumat atas nama suatu idealisme palsu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain