Iklan-iklan kerja kosong pihak swasta dengan mem-

belakangkan dasar kerja lima hari seminggu seperti ditetapkan

kerajaan puluhan tahun lalu.

Penetapan daripada awal syarat kerja enam hari seminggu itu dengan sendirinya menidakkan hak ratusan ribu pekerja swasta dalam pelbagai sektor termasuk peruncitan, restoran, perhotelan hingga perkhidmatan untuk off atau cuti dua hari seperti kakitangan di sektor awam.

Para majikan mungkin mengenakan syarat bekerja enam hari seminggu itu bagi penjimatan kos operasi kerana tidak perlu menggaji pekerja tambahan. Walaupun pendapatan bulanan yang ditawarkan agak lumayan melebihi daripada gaji minimun ditetapkan kerajaan, tapi para majikan tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan syarat awal yang menidakkan hak pekerja mereka.

Sepatutnya para majikan meletakkan syarat kerja lima hari seminggu dan jika tenaga para pekerja mereka diperlukan untuk bekerja pada hari off atau cuti, majikan boleh mengarahkannya saja dengan dibayar elaun tertentu.

Majikan perlu melihat dari sudut kebajikan pekerja mereka yang akan terdedah kepada sindrom hilang keseronokan bekerja, kelesuan fizikal dan mental kerana kurangnya masa untuk beristirehat dan bersosial. Mungkin sebab itu jugalah, ramai pekerja swasta di negara ini asyik bertukar kerja.

Kementerian Sumber Manusia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) perlu campur tangan dan tidak boleh terus membiarkan para majikan menguatkuasakan peraturan sendiri dan melanggar akta pekerja.

P.S : Elak suami kesunyian di rumah...