Spesies ini jarang ber­fung­si se­ca­ra ber­kumpulan. Ini kerana sifat 'terlebih’ hanya wujud pada ciri alfa iaitu hu­ruf pertama dalam abjad Yunani, biasanya diguna untuk meru­juk kepada bintang yang tercerah dalam sesuatu buruj.

Alfa (bukan alpa!) juga merujuk kepada ketua dalam kumpulan haiwan seperti babun yang boleh dikenal pasti dengan janggut dan bontot paling besar antara semua babun.

Huraian mudah 'terlebih pandai’ adalah spesies manusia yang mahu kedudukannya berada di atas orang lain, bukan sama rata. Insan sebegini sentiasa mengidam lebih sikit dan istimewa serta akan merebutnya dengan apa cara sekali pun. Termasuk mengguris hati orang terdekat, keluarga, sahabat karib dan jiran sebelah rumah.

'Terlebih pandai’ merangkumi makna pembangkang dan pembengkeng, pentingkan diri sendiri dan juga sifat dewata iaitu dia seorang sahaja betul dalam serba-serbi perbuatan dan paling menghibakan ialah dia kaki membantah, kemudian dihebahkan di Facebook untuk meraih LIKE sebanyak mungkin.

Daripada pengajian sosiologi ada istilah khusus mengenai spesies manusia begini. Namun, saya tidak akan merumitkan pembacaan anda. Sebaliknya, kita kekal dengan definisi 'terlebih pandai’ mengikut metodologi merrepak.

Dalam situasi bagaimanakah kita 
akan terjumpa spesies ini?

Di mana sahaja yang ada masyarakat. Contoh: di sekolah, semua guru selesa dipanggil cikgu. Tapi ada seorang guru mendesak semua memanggilnya 'Datin’ sebab suaminya dapat pingat kebesaran. Tidakkah ini 'terlebih pandai’ sebab murid diajar bahawa panggilan 'guru’ tidak semulia 'datin’ dari peringkat bangku sekolah lagi.

Bukankah ramai berperangai 
begitu dalam organisasi?

Benar. Contoh: syarikat dalam kesusahan kera­na jualan menurun menye­babkan hasil pulangan ren­dah. Golongan 'terlebih pan­dai’ inilah yang per­ta­ma membelasah majikan bila gaji lewat dibayar te­ta­pi mereka tetap ke kan­tin pukul 10 pagi, 1 tengahari, 4 petang tanpa mem­pedulikan soal produktiviti.

Sama juga dalam persatuan?

Golongan 'terlebih pandai’ akan begitu menyerlah da­­­lam persatuan. Tidak kira­lah sama ada mereka memegang jawatan atau sekadar ahli biasa. Mereka akan mengkritik apa sahaja. Maklumlah, Facebook dia sendiri pu­nya. WhatsApp pula tiada siapa berani 'remove-kan’ dia. Bila orang berhujah se­masa mesyuarat, dia akan asyik mencelah dan membidas. Kalau dibalas kritikan golongan ini, nescaya anda pula di­kenakan tindakan disip­lin.

Bagaimana bila ia babitkan jiran anda?

Mesti tidak selesa, kan? Kumpulan WhatsApp ke­ji­­ranan diwujudkan un­tuk salurkan maklumat setempat misalnya, ber­kaitan keselamatan, ke­ma­­tian, lampu jalan atau tolong tengok rumah se­ma­sa beraya. Kemudian da­tang watak 'terlebih pan­dai’ selitkan hal-hal politik, kononnya untuk 'senyum-senyum jew...’ Mereka ini terlebih pandai untuk menilai apa akan berlaku bila ji­ran yang memihak parti lain membalas dalam WhatsApp kejiranan. Bagi mereka, politik itu lebih penting daripada jiran harmoni. Lebih sadis, mereka tidak serik mengulanginya walaupun ditegur berulang kali.

'Terlebih pandai ini libatkan 
orang muda sahajakah?

Orang muda lazimnya jadi 'terlebih pandai’ dalam kelompok mereka sahaja. Memang kamikaze jika dia berbuat demikian dalam kumpulan yang ada golongan pesara. Orang muda kena kawal nada suara dan pemilihan istilah yang madani bila berdepan 'terlebih pandai’ dari kelompok orang tua. Ini kerana orang tua terlebih pandai, tidak akan menurunkan egonya kepada orang muda. Masalahnya, sesama orang tua suka hati sahaja mereka hendak tunjuk taring masing-masing. Bila orang tua berentap, orang muda jangan campur.

Bagaimana membezakan `terlebih 
pandai’ dengan gurauan?

Dalam satu kumpulan WhatsApp yang ditubuhkan oleh unit komunikasi, memang biasalah maklumat penting bersimpang-siur dengan gurauan. Pada senja 31 Januari, seorang meletakkan pautan berita mengatakan minyak tidak naik. Ramai yang seronok. Tetapi rupa-rupanya ia berita 31 Januari 2016. Anda beritahu saya, apakah tindakan sebegini sekadar gurauan atau terlebih pandai?

Situasi bagaimanakah yang 
dimaksudkan 'terlebih pandai’?

Banyak sudah diketengahkan di atas. Tak baca ke?

Jangan marah. Saya terlebih tak pandai.

Tak marah. Yang marah kalau baca tajuk sahaja, kemudian menghentam. Walhal sumber dipetik dari akaun Twitter individu tetapi dijadikan berita. Bila terbukti salah dan palsu, tidak pula dipadam cerita tersebut. 'Terlebih pandai’ dalam mereka-reka berita.