Hanya perjumpaan bersemuka dengan pengundi akan merencanakan prinsip logos, etos dan pathos - teori ahli falsafah Yunani Aristotle. Ini terutama di kawasan terpencil melibatkan kawasan Orang Asli.

Logos bermaksud jurukempen atau penceramah akan tampil dengan segala dalil, fakta dan hujahnya untuk ‘membuktikan’ atau ‘menghalalkan’ sesuatu dakwaan. Ini sehinggakan khalayak

BOB MANOLAN MOHAMAD
BOB MANOLAN MOHAMAD 

‘terce­­ngang, terdengar dan terasa logik’ di benak fikiran mereka.

Etos pula ber­kaitan kewi­ba­waan dan kredibiliti jurukempen, berserta il­mu dan penge­tahuannya dalam isu terbabit.

Pathos (emosi) pula adalah bagaimana si jurukempen menggunakan segala omo­­ngan mereka dengan melontarkan contoh untuk meyakinkan khalayak, yang kemudian akan mencari lebih terperinci hal-hal semacam ini. Ini termasuklah sejauh mana peruntukan pembangunan di kawasan peranginan tanah tinggi itu boleh dimuktamadkan pelaksanaannya mengikut tarikh dijanjikan.

Duit minyak?

Orang yang agihkan wang tidak disiasat, yang menyebar perilaku sedemikian pula mahu dihambat.

Memang pelik sungguh bila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kata pihaknya sedang lakukan siasatan untuk kenal pasti pemegang akaun Facebook dan individu yang terlibat dalam gambar pemberian duit yang dikatakan oleh jentera parti politik dalam media sosial di Cameron Highlands.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith tidak sepatutnya komen

SITI ZABEDAH KASIM
SITI ZABEDAH KASIM 

sedemikian rupa. Siasat sajalah wanita yang hulurkan wang itu yang konon kata team Pakatan Harapan, ‘duit minyak’ kepada sukarelawan.

Membaca paparan tangkap layar (screenshot) Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam, Tumpang termenung sejenak.

Walaupun sinikal, ada rasionalnya ungkapan Ahmad ini: “Tak salah beri duit kepada sukarelawan? PRK dah bermula. Jika sukarelawan, buat apa beri duit. Namanya pun suka dan rela.

“Ada tujuan lain beri duit itu. Beli undi? Adakah pihak-pihak berkaitan akan ambil tindakan? Pihak BN sudah buat laporan polis.”

Dan Tumpang terus teringat kisah-kisah lepas bila mana isu ‘dedak’ ditularkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tempoh hari. Mana perginya suara-suara itu?

Nasib portal...

Tumpang ikuti apa yang dipersoalkan oleh Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim terhadap portal Malaysiakini dalam isu Senator Bob Manolan Mohamad yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada Tok Batin di Cameron Highlands.

Dakwaan aktivis sosial itu, portal berkenaan tidak memaparkan keseluruhan cerita yang ‘pada pengalaman peribadinya sendiri, mereka akan tulis berita demi sensasi’.

Namun, kalau itulah pengalaman yang dilalui Siti Kasim, sepatutnya nada serupa disuarakannya sebelum PRU-14 lagi.

Dalam dua tahun menjelang PRU-14, fitnah, tohmahan dan putar belit bertebaran hampir saban hari. Ini sehinggakan tidak ketahuan mana satu yang benar dan salah.

Bagi Tumpang secara peribadi, Malaysiakini telah melaporkan isu Bob Manolan mengikut etika kebebasan media berdasarkan rakaman audio sesi dialog beliau di Pos Betau yang dimuatnaik portal berkenaan ekoran penafian ahli Dewan Negara itu.

Menerusi rakaman berdurasi 3 minit 12 saat itu, jelas apa yang diucapkan Bob Manolan selari dengan laporan awal di­siarkan Malaysiakini:

“Jadi, Batin ini memang dibayar oleh kerajaan Pusat, maka itu Batin kena sokong Pakatan Harapan. Tidak sokong, kita buang. Mana-mana Batin-batin yang tidak sokong kerajaan, kita tidak bayar gaji dia, betul! Jangan bayar gaji dia,” kata beliau menerusi rakaman tersebut.