Kalau perempuan tu umur 39 tahun maka dia kini berusia 40 tahun. Tetapi biasalah sebahagian perempuan cukup takut dengan hakikat usia meningkat ini, kalau boleh mereka nak nampak muda sahaja. Sebab itulah ada antara mereka tidak mahu memberitahu tahun berapa mereka lahir, bila orang tanya, ‘‘berapa usia you’, dia akan jawab bak lagu Siti Nurhaliza, ‘Biarlah Rahsia’.

Bro peliklah dengan perempuan yang macam ni, mereka bagaikan berada di awang-awangan apabila ada orang kata mereka nampak muda tetapi akan gelisah tidur tak lena kalau mereka dilihat nampak tua.

Jadi untuk mendapat pujian manusia kononnya mereka sentiasa nampak muda ada antara mereka sanggup melakukan apa sahaja. Yang paling Bro menyampah bila tengok perempuan yang berusia menjangkau 50-an masih lagi nak buat perangai macam orang muda, pakaian dahlah tidak menutup aurat lepas tu rambut pula diwarnakan. Macam warna-warna mereka salutkan dekat rambut mereka, kadang kala nampak macam ekor kucing kacukan pula.

Tidak kisahlah itu hak mereka, tetapi Bro cuma nak ingatkan mereka, kalau sudah tua tu buatlah cara tua, tak usahlah nak berusaha hendak nampak muda. Perempuan macam ini kena ingat apa pun mereka tampalkan secara lahiriah sama ada ada pakai mekap tebal-tebal atau menjalani rawatan kecantikan sehingga menghabiskan beribu-ribu ringgit semua itu tidak akan mampu menafikan hakikat bahawa usia mereka sudah meningkat.

Bro faham perempuan perlu nampak cantik tetapi biarlah berpada-pada dan semata-mata atas niat untuk membahagiakan suami tetapi apa yang Bro perhatikan ada perempuan terus terang cakap mereka harus nampak cantik supaya boleh menarik perhatian pelanggan, amboi mak! Jelaslah niat pun dah tak betul.

Bro bukannya nak halang perempuan jadi cantik, cuma Bro nak ingatkan mereka buatlah macam manapun mereka tidak akan mampu mengubah usia yang meningkat, mungkin mereka bolehlah tampal muka dengan macam-macam kosmetik tetapi kulit tetap akan berkedut kerana itulah hukum karma.

Jadi adalah lebih baik, sempena tahun baru ini perempuan-perempuan yang semakin meningkat usia mereka menanam tekad untuk bukan sahaja cantik secara luaran tetapi juga dalaman.

Perempuan yang hebat bagi Bro bila orang puji dia wajah cantik perangai pun lawa, ini tidak, muka sahaja cantik tetapi perangai masya-Allah hantu tengok pun lari.

Lenyap

Bro sebenarnya tidak terpegun pun dengan perempuan cantik ni, bagi Bro kecantikan boleh lenyap bila-bila masa sahaja tetapi Bro kagum dengan perempuan yang mempunyai budi pekerti mulia dan sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang baik, kiralah sama ada sebagai perempuan, isteri mahupun hamba Allah.

Bro akan terpegun dengan mana-mana perempuan yang lelaki anggap kalau lihat wajah dan tengok tingkah laku sejuk hati.

Tetapi masalahnya zaman sekarang ini perempuan yang macam itu kalau ada pun tak ramai. Yang ada ramai, perempuan yang kita lihat buat semak perut ada la, lepas tu mengada-gada pula, kalau perempuan macam ini sudah berkahwin Bro tak tahula apa perasaan suami mereka.

Bagi perempuan yang mempunyai budi pekerti baik, mereka sentiasa menganggap kehadiran tahun baru adalah cabaran kerana mereka mahu memastikan tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas dalam apa juga mereka lakukan.

Namun Bro percaya tidak ramai perempuan bersikap demikian, yang selalu Bro jumpa perempuan yang perasan dia cantik, dia yang terbaik dan dia paling menawan. Sedangkan hakikatnya bila Bro perhatikan perempuan macam ini hanya ibarat masuk bakul angkat sendiri.

Bro bukannya hendak cari fasal dengan perempuan di tahun baru ini, cuma Bro rasa bertanggungjawab untuk memberi teguran dan mungkin ingatan sebab perempuan ini mudah terpedaya dengan mainan kehidupan…cewah berfalsafah pula Bro!

Oleh itu Bro berharap, bagi sebahagian perempuan yang terus bersikap tidak sedar diri ini, belajar-belajarlah insaf, bermuhasabahlah dan tidak usahlah terlalu mengejar sangat kehidupan di dunia ini.

Bro bukan apa kadang kala Bro nak tergelak pun ada bila tengok perempuan yang terlalu obses sangat nak terus kekal muda dan cantik ni. Kadang kala bukannya nampak cantik, nampak makin buruk ada la!

- JUMPA LAGI!