SITI ROHAYU ZAKARIA

Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Siti Rahayu Zakaria mencadangkan kepada pihak penguat kuasa dan pemberi perkhidmatan agar mengkaji semula kadar caj dikenakan.

“Ada pengadu memberitahu pernah dikenakan caj letak kenderaan sama seperti individu yang meletak kereta untuk tempoh lama sedangkan mereka hanya tinggalkan kenderaan hanya sekejap sahaja.

“Pada masa sama, terdapat pengadu ditipu apabila diberitahu kadar caj mengikuti tempoh masa letak kereta tetapi terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya.

“Diharapkan pihak berwajib meneliti masalah ini dan kenakan tindakan sepatutnya terhadap penyedia perkhidmatan parkir yang sewenang-wenangnya meletakkan harga sesuka hati demi mengaut keuntungan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Rahayu turut mencadangkan syarikat penyedia perkhidmatan parkir mengurangkan konsep sewa secara bulanan kerana cara itu membuka lebih banyak parkir untuk orang awam yang memerlukan.