Soalan kedua saya, bolehkah kita mengambil tanah dari luar untuk kambus tanah perkuburan yang berlubang atau boleh ambil tanah dari situ sahaja?

* Khairul Ikhwan, Gerik.

UKE: Masalah di sini anda tidak mengetahui siapakah yang sebenarnya tuan punya duit tersebut. Maka adalah lebih selamat jika dengan persetujuan atau pengetahuan semua ahli waris atau kerabat yang terdekat menyerahkan wang tersebut kepada baitulmal.

Kedua: Kenapa perlu ambik tanah dari luar pula? Memadailah menggunakan tanah yang telah digali atau di sekitarnya untuk menimbus jenazah tersebut melainkan jika memang sudah tidak ada tanah di kuburan itu lagi. Bukannya haram mengambil tanah luar, cuma tidak mahu menyusahakan orang lain atau memberatkan urusan pengebumian.


Wajibkah ikut faraid? 

Adakah berdosa sekiranya tidak mengikut hukum faraid dalam pembahagian wang atau tanah?

* Lan, Lumut.

UKE: Syarak telah menetapkan apabila seseorang itu meninggal dunia, hartanya akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid. Pembahagian harta secara faraid adalah salah satu cara pembahagian harta dalam Islam.

Ayat 7, 11, 12 dan 176 dalam surah al-Nisa’ menggariskan panduan berkenaan waris-waris yang berhak dan juga bahagian-bahagian yang harus diperoleh setiap waris.

Tetapi cara pembahagian sama rata itu harus hanya dilakukan setelah mereka diberi kefahaman bahagian masing-masing di sudut faraid serta tidak membabitkan waris yang belum akil baligh.

Dalam Islam ada keharusan pembahagian sama rata setelah persetujuan bersama. Ini adalah kerana Islam membenarkan al-hibah (pemberian), al-ibra’ (pengguguran hak) dan al-sulh (perdamaian). 

Namun jika berlaku perselisihan walaupun telah bersetuju untuk berbahagi sama rata maka hukum faraid wajib digunakan.

Harus diingat juga sesetengah ulama berpendapat bahawa hukum faraid wajib didahulukan kerana ia adalah perintah Allah maka selepas faraid jika ingin berbahagi sama rata barulah boleh dilaksanakan. Wallahualam.