Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jom ke Pesta Buku Antarabangsa

JIKA di Sibu, Selak sempat berkunjung minggu berkaitan pelaburan,di PWTC Kuala Lumpur pula, sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) mulai 24 April lalu sehingga 3 Mei ini. Semalam, PWTC penuh sesak dengan pengunjung yang mengambil kesempatan cuti hari minggu.

.

Mungkin bertambah ramai kerana sudah ada duit dalam poket. Nampaknya semangat membaca masih ada dalam kalangan masyarakat kita. Apa yang penting ialah setiap karya perlu diolah dengan baik bagi menarik minat masyarakat. Begitu juga dengan harganya. Biar berpatutan. Macam-macam buku ada di 900 gerai termasuk dari Brunei, Singapura, Indonesia, Arab Saudi, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Majalah, novel, buku dalam pelbagai bidang - ekonomi, perubatan, sosial, agama, sejarah, politik, kebudayaan,
sains dan pelbagai lagi ada dijual. Tidak cukup sehari terutama bagi ‘ulat buku’ untuk menjelajah gerai mencari buku untuk menambah ilmu.

Selain menjenguk gerai buku terbitan pelbagai universiti awam, saya singgah di gerai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Di sini juga pelbagai buku dalam bahasa
Inggeris dan Melayu boleh didapati. Sempat berbual dengan beberapa rakan termasuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd Khair Ngadiron. Di situ, Mohd
Khair memperkenalkan sebuah buku yang baru diterjemahkan hasil karya Yusuf Islam atau Cat Stevens. Tajuk buku Mengapa Saya Masih Memetik Gitar: Perjalanan Kerohanian Cat Stevens Menjadi Yusuf Islam. Buku versi bahasa Inggeris juga turut dijual. Buku ini akan dilancarkan pada 1 Mei ini oleh Yusuf Islam sendiri. Banyak lagi buku yang bermanfaat di ITBM ini. Satu lagi buku yang saya peroleh tahun lalu dan masih dijual ialah Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka. Kepada generasi baru dan lama, eloklah anda baca buku ini.

Jom lupakan seketika apa yang membuatkan kita ‘berkecamuk’ sekarang. Mungkin ada ilmu yang boleh dimanfaatkan di PBAKL.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain