Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

DR. MOHAMAD ABDUL RAZAK (tengah) memberi pandangannya dalam isu
DR. MOHAMAD ABDUL RAZAK (tengah) memberi pandangannya dalam isu bahasa ketika menjadi ahli panel Bic ara Persada ke-37 sambil diperhatikan oleh Syed Munawar Syed Mustar (kiri sekali) dan tiga ahli panel lain di kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, 6 Julai lalu. UTUSAN/AMIR KHALID

AWAL bulan ini, negara dikejutkan dengan satu isu yang cukup sensitif iaitu berhubung dengan bahasa. Ini ekoran langkah Kementerian Kesihatan melonggarkan syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk lantikan Pegawai Perubatan Gred UD41 secara kontrak.

Dengan perkataan lebih mudah, Pegawai Perubatan Gred UD41 secara kontrak tidak perlu lulus subjek tersebut di peringkat SPM. Lebih mengejutkan lagi kelonggaran itu telah mendapat persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Februari lalu, kira-kira lima bulan lepas.

Entah bagaimana isu tersebut terlepas dan kemudian terus mendapat perhatian umum ­lebih-lebih lagi selepas Kementerian Kesihatan mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang isu itu pada 2 Julai lalu.

Rentetan daripada itu sebahagian besar ahli-ahli akademik, pejuang-pejuang bahasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Kesihatan dan JPA menarik balik segera kelonggaran tersebut demi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di sektor awam tidak terjejas.

Menurut mereka lagi, persoalan tentang taraf perjawatan tidak seharusnya timbul memandangkan setiap penjawat awam sama ada bertaraf tetap, kontrak mahupun sementara sememangnya disyaratkan wajib lulus subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Akhirnya selepas dua ke tiga hari isu berkenaan diperdebatkan Kabinet dalam mesyuaratnya pada 5 Julai lalu memutuskan kelonggaran syarat kelayakan lulus subjek bahasa Melayu pada peringkat SPM bagi lantikan Pegawai Perubatan Gred UD41 ditarik balik.

Kabinet turut memutuskan untuk mengekalkan syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM bagi pengambilan semua jawatan dalam sektor awam dan tiada sebarang kelonggaran berkaitan diizinkan.

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang isu itu, Jabatan Canselori dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Bicara Persada ke-37 bertajuk; Penguasaan bahasa Melayu dalam sektor awam: Boleh dikompromi? di kampus induk universiti itu, baru-baru ini.

Bicara persada kali ini menampilkan Prof. Ulung dan Pengasas Institut Kajian Etnik UKM, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin; Presiden Kolej Universiti Cyberjaya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak; Pengarah ATMA UKM, Prof. Dr. Supyan Hussin dan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Arvend Appalasamy manakala Syed Munawar Syed Mustar bertindak sebagai moderator.

Agak hangat juga perbincangan antara keempat-empat ahli panel berhubung topik itu terutama ketika menyentuh aspek bahasa Melayu secara keseluruhan dan sudah tentu setiap daripada mereka mempunyai pandangan masing-masing.

Antara pendapat yang agak menarik dalam isu tersebut adalah kupasan yang dibuat oleh Dr. Mohamad memandangkan beliau adalah seorang doktor berpengalaman. Pernah memegang jawatan Pengarah Pusat Perubatan UKM selain menjadi pelajar perubatan terawal di universiti berkenaan.

Bagi beliau isu seumpama itu tidak seharusnya timbul jika semua pihak sedar akan kepentingan bahasa Melayu dalam semua bidang termasuk perubatan. Tambahan pula isu yang dibincangkan secara khusus itu hanya melibatkan satu hingga dua peratus daripada 5,000 graduan perubatan.

“Katakanlah hanya 50 orang sahaja yang terlibat, masih ada beribu-ribu lagi doktor baharu yang boleh memberikan khidmat mereka kepada masyarakat. Apa yang boleh saya katakan ketiadaan mereka (tiada kelayakan lulus subjek Bahasa Melayu SPM) tidak akan menjejaskan apa-apa. Yang terlibat ini hanya sebahagian kecil sahaja,’’ katanya.

Beliau turut berpendapat isu tersebut timbul daripada kegagalan pihak atasan yang terdiri daripada orang penting kementerian untuk memahami Perlembagaan Persekutuan dan itu yang menyebabkan isu tersebut seperti tiada kesudahan.

Sedangkan, beliau berkata, beberapa negara seperti Belgium dan Sweden mewajibkan pelajar-pelajar perubatan mereka lulus bahasa ibunda negara tersebut tanpa kompromi termasuk pelajar-pelajar dari negara lain.

“Mereka wajib lulus bahasa Belgium dan Sweden. Kedua-dua negara ini seperti mana yang kita tahu mempunyai tahap pendidikan terbaik dan terbuka dalam banyak perkara namun apabila menyentuh soal bahasa mereka tidak berkompromi.

“Begitu juga dengan sebuah wilayah di India yang dikenali dengan Kartanaka. Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus perubatan di Kartanaka termasuk pelajar-pelajar luar wajib lulus bahasa tempatan terutama di peringkat klinikal,” ujarnya.

Supyan pula berkongsi dua pandangan daripada responden hasil tinjauan yang dibuat oleh ATMA berhubung isu tersebut dan salah satu pandangan itu adalah seperti berikut ;

“Saya lihat ada satu aspek yang perlu dinilai dalam isu ini iaitu dari segi maqasid syariah. Salah satu maqasid syariah ialah menjaga nyawa. Itulah tugas mulia doktor. Medium untuk menjaga nyawa ialah bahasa atau komunikasi yang betul antara doktor dan pesakit. Di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa pengantar majoriti rakyat. Jika doktor tidak dapat menguasai medium ini maka ia boleh membawa mudarat yang lebih besar. Islam menekankan perlunya sadd al-zarai’ (menutup jalan yang membawa kerosakan) yang menjadi salah satu daripada qawaid fiqhiyyah (kaedah-kaedah fiqh).”

Terdahulu, Shamsul Amri ­telah menyentuh perbezaan pendekatan antara Malaysia dan Indonesia berhubung dengan soal bahasa dan bangsa. Di Indonesia katanya, pendekatan yang digunakan adalah dalam bentuk asimilasi manakala di Malaysia menggunakan kaedah integrasi.

Sementara itu Arvend yang dilihat sebagai suara orang muda mahu semua rakyat negara ini tidak kira kaum, bangsa mahupun etnik wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain