Ketiga-tiga perkara yang ber-kai­tan dengan rukun dan wajib haji itu akan bermula Ahad ini hingga Khamis depan. Seperti mana digambarkan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman sehari sebelum itu (Sabtu), kita akan menyaksikan pergerakan manusia terbesar menuju ke Arafah.

Bayangkan lebih satu juta umat Islam akan bergerak serentak ke lokasi yang dianggap gambaran padang mahsyar ketika akhirat kelak. Cabaran juga menanti para jemaah haji apabila suhu yang kini berada sekitar 42 hingga 45 darjah celsius boleh mencecah sehingga 52 darjah celsius.

Dua cabaran ini seharusnya memberi peringatan kepada je-
ma­ah haji Malaysia bahawa mereka tidak ada pilihan selain mematuhi segala arahan yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Dalam apa juga tindakan yang mereka mahu lakukan jangan sesekali hendak mengikut ‘kepala sendiri’ sahaja apatah lagi berhujah mahu melaksanakan ibadah sama ada di Arafah, Muzdalifah mahupun di Mina mengikut sunnah nabi.

Sebagai sebuah agensi yang ber-
pengalaman dan mendapat pengik-tirafan dunia dalam mengu­ruskan jemaah haji, Tabung Haji sudah pasti membuat ­perancangan rapi demi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah haji Malaysia.

Segala peraturan dan susun atur bagi pergerakan jemaah yang dilakukan oleh Tabung Haji sudah pasti mengira pelbagai aspek termasuk mendapatkan pandangan alim ulama khususnya pakar rujuk Tabung Haji, Datuk Seri Hassan Ahmad yang juga bekas Mufti Pulau Pinang.

Oleh itu, adalah penting dalam memastikan kelancaran dan ke­se­lamatan mereka, jemaah haji Malaysia perlu mematuhi arahan petugas haji. Antara yang pa­ling penting adalah memastikan mereka mematuhi jadual melontar di jamrah seperti mana diputuskan oleh kerajaan Arab Saudi. Ini memandangkan kerajaan negara itu telah memberi peringatan mana-mana jemaah haji yang tidak mengikut jadual ditetapkan akan ditangkap dan didakwa.

Itu tindakan dari segi undang-undang, tetapi apa yang lebih pen-
ting daripada itu, kita tidak mahu mana-mana jemaah haji Malaysia terlibat dalam sebarang kejadian tidak diingini seperti peristiwa rempuhan.

Atas sebab itu jugalah sejak Isnin lalu, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bergerak dari satu maktab ke satu maktab penginapan jemaah haji Malaysia bagi melihat persiapan terakhir agensi itu menjelang operasi masyair yang melibatkan aktiviti wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan melontar di Mina.

“Saya menasihatkan mereka supaya mematuhi arahan petugas Tabung Haji dan sentiasa menjaga kesihatan kerana kita mahu mereka menjalani ibadah haji dengan sempurna,” katanya kepada wartawan Malaysia, semalam.

Abdul Azeez yang ditemani oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdul­lah turut memberi peringatan ber­-
hubung betapa pentingnya jemaah haji menjaga kesihatan mereka menjelang operasi masyair.

“Saya minta mereka supaya memastikan sentiasa minum air dan tidak mendedahkan diri dalam cuaca panas bagi men­gelakkan mereka terkena strok haba,” katanya.

Sama ada suka atau tidak, perlu diakui bahawa dalam kalangan segelintir jemaah haji Malaysia ada di antara mereka terlalu teruja untuk me­lakukan umrah berkali-kali.

Melakukan ibadah itu sudah tentu tidak ada salahnya, tetapi dalam masa sama jemaah perlu mengukur atau mengambil kira keupayaan diri mereka. Janganlah kerana rakan sebilik boleh melakukan umrah dua kali sehari, mereka pun mahu melakukan ibadat tersebut tanpa memikirkan sama ada kesihatan mereka mengizinkan atau tidak.

Jemaah haji perlu ingat ­operasi masyair akan mencabar kesa­ba­ran dan keupayaan mereka sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Oleh itu, mereka perlu berehat secukupnya bagi memastikan mereka ‘tidak terkulai’ sebelum sempat bergerak ke Arafah.

Bagi petugas-petugas Tabung Haji, segala persiapan kini boleh dianggap hampir selesai sepenuh­nya. Mereka sudah bersedia untuk menggerakkan jemaah ke Padang Arafah diikuti Muzdalifah dan Mina.

Justeru jemaah perlu menghar­gai pengorbanan yang dilakukan oleh petugas-petugas Tabung Haji dengan mematuhi segala peraturan dan arahan ditetapkan supaya matlamat mereka untuk mendapat haji mabrur tidak lebur akibat perbuatan mereka sendiri.