Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan ego di Tanah Suci

SIFAT ego adalah antara satu penyakit hati yang bukan sahaja wajib
SIFAT ego adalah antara satu penyakit hati yang bukan sahaja wajib dibuang semasa berada di Tanah Suci malah perlu dihindarkan selama-selamanya hingga ke akhir hayat. GAMBAR HIASAN

SUASANA yang amat mendamaikan. Itu adalah gambaran perasaan yang pasti bermukim dalam benak hati setiap jemaah haji Malaysia, yang pada waktu ini berada dan beribadah di dalam Masjidilharam apatah lagi sedang menyiapkan diri untuk berwukuf di Arafah serta ke Muzdalifah dan Mina di Tanah Suci ini.

Sama ada perasaan itu datang secara spontan disebabkan begitu asyik beribadah dan kesedaran tinggi dalam menghambakan diri kepada Allah SWT di Tanah Suci ini, atau pun perasaan itu hadir selepas mendengar ceramah mahupun taklimat yang disampaikan pembimbing ibadah Tabung Haji. Itu adalah nikmat yang dikurniakan setiap individu mengikut jalan atau kehendak yang ditentukan oleh Allah SWT.

Namun begitu, mungkin ada juga perasaan yang masih berbekam dan memerlukan kesungguhan untuk dibuang dalam diri jemaah haji iaitu sikap yang disebut sebagai egoisme. Ini kerana setiap daripada kita sentiasa didorong oleh tindakan untuk kepentingan diri. Ini adalah salah satu penyakit yang wajib dibuang semasa berada di Tanah Suci dan sekembalinya daripada melakukan ibadah haji, malah selama-lamanya.

Soalnya, kita harus berwaspada apabila berada di kawasan Arafah dan Tanah Suci ini. Ini kerana di antara kemuliaan dan kehormatan Mekah al-Mukaramah adalah dilipat-gandakan dosa bagi sesiapa yang melakukan maksiat di dalamnya. Sekumpulan ulama menyatakan, dosa bagi maksiat ini dilipat-gandakan sebagaimana pahala kebajikan yang dilipat-gandakan jika dilakukan di bumi Mekah ini.

Imam Ahmad ibn Hanbal ditanya: “Adakah dosa kejahatan itu dilipat-gandakan bagi satu kemaksiatan?” Maka beliau menjawab: “Tidak, melainkan di Mekah sebagai memuliakan negeri ini.”

Firman Allah SWT dalam Surah al Hajj, ayat ke-25 me­nyatakan: “Dan sesiapa yang berazam melakukan di situ (Mekah), sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim. Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.”

Maka dalam hal ini, berdasarkan satu teori, ‘psychological egoism’ mendakwa bahawa manusia sentiasa me­lakukan perkara yang dapat memuaskan hati mereka dan berpendapat bahawa se­tiap orang yang menghulurkan bantuan kepada orang lain se­perti menjalankan aktiviti persaingan secara adil, menjaga kebajikan masyarakat ataupun yang mengambil risiko untuk menyelamatkan orang lain sebenarnya mempunyai tujuan untuk mempromosikan dirinya sendiri.

Dalam konteks jemaah haji, adalah diharap bahawa teori dan dakwaan itu tidak betul dalam me­ngaitkan soal sikap jemaah haji semasa ­melakukan ibadah di Tanah Suci sehinggalah kembalinya ke tanah air nanti.

Nilai moral kekitaan, iaitu sikap suka menolong dan mengutamakan kepentingan diri insan lain lebih dari kepentingan diri sendiri adalah fenomena sikap yang ­telah ditunjukkan oleh jemaah haji Malaysia pada waktu ini. Ini diakui dan terpuji.

Ini dibuktikan dengan sikap tolong menolong antara satu sama lain, berjalan seiring ke maktab penginapan dan bertanya khabar adalah elemen positif dalam kalangan jemaah, sekali gus menolak perasaan egoisme.

Justeru, proses penghambaan diri dalam muktamar Ilahi paling agung ini memerlukan istiqamah. Kita tidak boleh melencongkan niat kepada perkara lain selain dalamnya penuh dengan doa untuk amal ibadah kerana Allah SWT.

Antara ibadah itu termasuklah juga perkara yang boleh mendatangkan pahala seperti tolong menolong antara satu sama lain. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maaidah: 2: “Dan tolong menolong kamu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran.”

Sabda Nabi Muhammad SAW dalam kitab Sohih Bukhari: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lainnya.”

Maka dalam menyantuni ibadah di Tanah Suci, kita adalah untuk semua. Setiap manusia memerlukan interaksi, dan setiap interaksi tersebut mestilah berdasarkan prinsip ukhuwah dan persaudaraan yang sejati. Oleh sedemikian, dalam proses muhasabah diri dan membuang sikap egoisme, maka nilai-nilai kemanusiaan adalah dituntut.

Ini bererti, setiap kali kita melihat adanya keperluan untuk membantu, hendaklah disegerakan. Pada masa sama, perbanyakkan memaafkan sebaik sahaja berlakunya kesilapan.

Sebagai bukti kaitannya ibadat haji dengan nilai-nilai kemanusiaan ialah isi khutbah Nabi Muhammad SAW ketika melaksanakan Haji Wada’ (Haji Perpisahan). Dalam khutbah tersebut, Rasulullah SAW menekankan bahawa setiap jemaah menghayati nilai-nilai persamaan (berpakaian dan mengamalkan ritual yang sama), menjaga ter­tib dan menghormati orang lain, larangan mengkhianati orang lain, tegahan menindas mereka yang lemah (sama ada dalam bentuk fizikal ataupun emosi) dan sentiasa optimis mengenai masa depan dan kehidupan yang kekal abadi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain