Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dahulu saya difahamkan kita boleh jamak selama tiga hari walaupun kita sampai ke tempat musafir. Tetapi baru-baru ini ada sahabat sebilik semasa musafir kata tidak sah jamak sebab kita dah sampai di tempat dituju. Soalan tambahan, kalau musafir 10 hari, bolehkah kita terus jamak kecuali solat Jumaat?

Roslan Ismail, Jasin.

UKE: Hal ini dijelaskan oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam karangannya ‘Mihaj al-Tolibin’, menurut beliau: “Jika seseorang berniat mukim (iqamah) selama empat hari di tempat tujuannya maka terputus (hukum) musafirnya dengan ketibaannya di tempat tersebut dan tidak dikira dari tempoh itu hari dia masuk (ke destinasi) dan keluar (dari destinasi) menurut pendapat yang sahih.”

Menurut kenyataan Imam Nawawi di atas, tempoh seseorang itu mendapat status mukim ialah empat hari. Jika seseorang itu berazam atau berniat untuk menetap (contohnya) di Ipoh selama tiga hari atau kurang daripada itu, maka dia masih boleh melakukan solat musafir (jamak dan qasar) selama tempoh itu walaupun sudah sampai atau berada di destinasi.

Ini kerana dia masih dalam keadaan musafir. Tetapi jika seseorang itu berniat untuk tinggal di sesuatu tempat melebihi daripada empat hari maka hukumnya sudah bertukar.

Apabila berniat menetap selama empat hari, jadilah tempat yang dituju itu seolah-olah negerinya atau tempat tinggalnya yang tetap. Oleh itu dia tidak boleh bersolat qasar lagi di situ tetapi haknya untuk bersolat musafir masih diharuskan hanya semasa dalam perjalanan pergi dan balik sahaja.

Maka hendaklah dia solat seperti biasa apabila sampai ke destinasinya. Harus diingat jamak dan qasar ini adalah sesuatu rukhsah (keringanan) hanya diizinkan oleh Allah Taala bagi orang yang berstatus musafir, sepertimana Allah berfirman di dalam surah al-Nisa, ayat 101 yang bermaksud: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang.”

Ramai yang keliru dengan mengatakan boleh melakukan jamak pada hari pertama sampai ke hari ketiga kemudian barulah sembahyang secara biasa pada hari keempat sedangkan perlakuan tersebut adalah salah.


Air liur basi – najis?

Apakah hukum air liur basi? Apakah ia najis atau tidak?

Tarmizi, Gerik.

UKE: Bagi mazhab Syafie, air liur basi dan air liur biasa adalah dua perkara berbeza. Imam Syafie berpendapat air basi adalah air yang keluar secara langsung dari perut manusia dan air tersebut adalah najis.

Bagi sesiapa yang keluar air liur basi, hendaklah ia membasuhnya sehingga bersih seperti membersih najis mutawassitah.

Tetapi air liur biasa tidak perlu dibasuh jika terkena pakaian. Tidak terbatal wuduk atau solat orang yang mempunyai air liur biasa.

Namun bagi air liur basi, ulama berbeza pendapat. Ada yang mengatakan tidak najis, ada mengatakan najis dan ada yang mengatakan perlu dilihat dari mana tempat keluar air liur tersebut.

Jika air liur basi itu dari dalam perut, maka dihukumkan sebagai najis. Tetapi jika keluar dari mulut, maka dihukumkan sebagai bersih atau tidak najis.

Ini adalah khilaf ulama maka kita yang bermazhab Syafie, itulah yang paling kuat dan sesuai kepada kita.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain