Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ISU-ISU AKHBAR CINA - 14 SEPTEMBER 2017

DAP sekarang sibuk untuk memadam ingatan pengundi Cina akan hakikat 2
DAP sekarang sibuk untuk memadam ingatan pengundi Cina akan hakikat parti itu pernah mempunyai hubungan cukup mesra dengan Pas. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

BELUM PRU-14 SUDAH BERTELAGAH

AKHBAR Oriental Daily News (ODN) bertarikh 8 September 2017 menyiarkan artikel membincangkan persoalan adakah PKR akan meneruskan hubungan kerjasama dengan Pas khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atau sebaliknya.

Artikel ditulis oleh Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bertajuk, “Bergabung atau tinggalkan Pas pendirian tidak menentu” disiarkan dalam Kolum ODN halaman 53.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan parti itu mengadakan kongres khas bagi menyelesaikan krisis perpecah­an dalam parti yang terbahagi kepada dua kumpulan ekoran perbezaan pendapat berhubung kerjasama dengan Pas.

Rafizi risau jika perpecahan dalaman PKR semakin teruk, mungkin akan menjejaskan persediaan parti itu untuk menghadapi PRU-14.

Beliau juga mendedahkan senarai nama pemimpin PKR yang berpihak kepada Pas dan menuduh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk dalam kumpulan ber­kenaan.

Akhirnya Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tengah malam 28 Ogos lalu terpaksa memanggil mesyuarat Majlis Presiden yang memutuskan pakatan itu tidak akan bekerjasama dengan Pas ketika PRU-14 dan pihaknya sedang merangka strategi untuk menghadapi kemungkinan pertandi­ngan tiga penjuru dalam pilihan raya itu.

Tidak sampai 24 jam selepas itu, Timbalan Ketua Pemuda PKR yang juga Exco Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin membuat kenya­taan yang menegaskan parti itu akan bekerjasama dengan Pas dalam menghadapi PRU-14.

Kerana pertelagahan yang masih berlarutan, akhirnya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membuat ke­nyataan dari dalam penjara.

Beliau mengingatkan pemim­pin PKR agar tidak memutuskan hubungan dengan Pas dan me­minta ahli-ahli parti menyelesaikan persengketaan sesama me­reka dengan mengadakan per­bincangan peringkat dalaman.

Bagi penulis, perbalahan yang berlaku dalam PKR sekarang menunjukkan parti itu langsung tiada pendirian dalam berpolitik. Sekejap kata ya dan selepas itu kata tidak pula.

Tangan kiri ingin memeluk Pakatan Harapan, tangan kanan pula memegang erat Pas.

Ketiadaan pendirian itu jelas terbukti apabila PKR yang selama ini menentang Dr. Mahathir kerana bekas Perdana Menteri itu telah menghumban Anwar ke dalam penjara bertindak seba­liknya apabila bergabung de­ngan musuh ketat berkenaan demi kepentingan politik mereka dan telah mencanangkan hu­bungan itu adalah seperti adik-beradik.

Sebab itu penulis mahu pe­ngundi benar-benar mengenali wajah sebenar PKR dan tidak lagi mengundi calon parti itu dalam PRU-14.

Sebenarnya, PKR bukan sebuah parti yang memperjuangkan kebajikan dan berkhidmat untuk rakyat tetapi hanya untuk kepentingan politik sahaja.

Misalnya, Mohamed Azmin, pada PRU-13 beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan hanya menang dengan majoriti 4,734 undi.

Jika pada PRU-14 berlaku per­tandingan tiga penjuru di situ, Mohamed Azmin mungkin akan tewas dan sudah tentu jawatan Menteri Besar disandangnya ti­dak akan kekal. Inilah punca sebenar beliau mahu terus bekerjasama dengan Pas.

Sebaliknya, Rafizi bertegas me­­nentang Pas, kerana Parlimen Pandan yang diwakilinya mem­punyai majoriti pengundi bukan Melayu dengan 45 peratus pe­ngundi Cina. Beliau risau kerjasama PKR dengan Pas akan me­ngurangkan sokongan pengundi kaum itu.

SEBAB DAP, PAN TENTANG KERJASAMA

AKHBAR China Press bertarikh 8 September 2017 menyiarkan artikel yang menyenaraikan sebab-sebab DAP dan PAN menentang PKR meneruskan hubungan dengan Pas.

Artikel bertajuk, “Madu bagi PKR, cuka bagi DAP” yang ditulis oleh Tai Chee Kiong disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C13.

Dalam keadaan PRU-14 yang semakin hampir, parti-parti yang menganggotai Pakatan Harapan khususnya DAP dan PAN masih bersengketa berhubung isu PKR ingin meneruskan kerjasama de­ngan Pas.

Kenapakah perkara ini berlaku sedangkan pada PRU-13, pe­mimpin kanan DAP cukup mesra dan saling berpegangan tangan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Pada masa sekarang DAP sibuk untuk memadam ingatan pe­ngundi Cina akan hakikat parti itu pernah mempunyai hubungan cukup mesra dengan Pas.

PKR pula susah untuk mening­galkan Pas dan ingin memeluk parti itu dengan erat dan me­nganggapnya sebagai penyelamat nyawa mereka seperti madu tetapi bagi DAP parti itu adalah cuka.

DAP sebenarnya tiada masalah untuk memutuskan hubungan dengan Pas kerana dalam menghadapi PRU-14, parti itu tidak memerlukan undi daripada penyokong parti yang menggunakan slogan Islam itu.

Pada PRU lalu, roket mendapat 80 peratus undi pengundi Cina manakala bulan mengharapkan 100 peratus undi orang Melayu.

Hakikat itu bermakna setiap parti mempunyai kawasan ter­sendiri. Kami ada kubu kami dan anda ada kubu anda. Sebab itu, DAP tidak khuatir apabila Pas mengugut untuk meletakkan calon bertanding kerusi DUN di Pulau Pinang kerana tahu individu berkenaan akan hilang wang pertaruhan.

Bagi bekas ahli Pas yang me­nubuhkan PAN pula, mereka tidak mungkin bekerjasama semula dengan parti itu. Mereka tiada pi­lihan kecuali berlawan dengan Pas jika mahu parti itu terus hidup. Jika tidak, PAN akan hanyut dibawa arus dan hilang daripada pandangan mata.

Video Pilihan
Artikel Lain