Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Iktibar Irma, mesej Rohingya

KAUNSELOR Aung San Suu Kyi dianggap mempunyai pengaruh besar dalam
KAUNSELOR Aung San Suu Kyi dianggap mempunyai pengaruh besar dalam mencari jalan penyelesaian isu Rohingya namun beliau tidak akan bertindak selagi tekanan dari Washington dan Brussels tidak wujud. AFP

MUNGKIN ada yang meremeh­kan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Donald J. Trump terutama sekali mengenai agenda isu Rohingya.

Tetapi jika diambil iktibar kemelut bantuan akibat kemusnahan taufan Irma yang tercetus be­berapa hari lepas, maka sebahagian penyelesaian isu Rohingya terletak di tangan negara seperti Amerika Syarikat (AS).

Taufan Irma yang membadai beberapa negara Caribbean dan juga Florida, AS betapa mempamerkan bagaimana sukarnya manusia menghadapinya walaupun dibantu oleh segala teknologi moden. Irma yang dilabelkan sebagai taufan dengan kekuatan kategori 5 dengan angin sekencang 250 km/j telah mengakibatkan bukan sahaja kehilangan nyawa tetapi juga kemusnahan fizikal yang begitu menyeluruh.

Ada yang mengandaikan peristiwa taufan Irma dan juga taufan Harvey yang melanda Texas beberapa minggu sebelum itu adalah sebagai pengajaran kepada Trump yang menarik keluar AS daripada Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim bahawa tindakan beliau itu walaupun memberi manfaat kepada industri negara itu tetapi hakikatnya besar kemungkinan perubahan suhu yang ekstrem adalah pemangkin mengapa fenomena taufan kerap terjadi.

Tetapi satu perkara yang me­narik diperhatikan adalah ba­gai­mana beberapa negara kuasa besar seperti AS, Perancis, Belanda dan United Kingdom (UK) bertindak menghulur bantuan kepada beberapa negara Caribbean. Me­n­gapa isu tersebut dikatakan menarik adalah tahap tindak balas keempat-empat negara kuasa besar itu jauh berbeza dari segi kecekapan dan kepantasan.

Mengapa ditegaskan kedua-dua faktor tersebut begitu kritikal adalah kerana AS, Perancis, Belanda dan UK mempunyai pertalian rapat dengan beberapa negara Caribbean yang dibadai Irma dan sebab itu bagaimana tindakan susulan yang diambil akan menjadi perhatian.

AS umpamanya berkait dengan Puerto Rico dan US Virgin Is­land kerana kedua-dua negara ini adalah sebahagian wilayah AS. Begitu juga dengan Perancis mempunyai St. Martins, St. Barts, Guadeloupe dan Martinique. Sementara Belanda pula berkait dengan St. Maarten, Saba dan Sint Eustatius dan UK pula bertanggungjawab ke atas Turks and Caicos, Anguilla, Montserrat dan British Virgin Islands.

Di antara keempat-empat kuasa besar itu, UK dikritik dan dikecam paling hebat kerana dianggap begitu lewat menghantar bantuan kepada wilayah yang terlibat kerana sehingga hari ini Perdana Menteri Theresa May masih berdolak dalik mengenai bentuk bantuan yang sepatutnya disalurkan.

Sehinggalah apabila beliau di­bandingkan dengan Presiden Pe­ran­cis Emmanuel Macron yang begitu pantas membuat keputusan bukan sahaja menghantar bantuan tetapi melawat tempat kejadian, barulah nampak ­kesungguhan UK melakukan perkara serupa.

Senario perbandingan tindakan yang diambil oleh AS, Perancis, Belanda dan UK membawa kesan yang agak positif kerana beberapa negara Caribbean yang dibadai Irma di mana kemusnahan fizikal adalah berada pada tahap maksimum.

Tanpa bantuan negara tersebut begitu sukar untuk pulih seperti sedia kala. Sebab itu juga bantuan yang dihulurkan oleh keempat-empat negara kuasa besar dilihat agak bersungguh-sungguh ke­rana pemimpin negara tersebut akur bahawa setiap tindak tanduk mereka bukan sahaja diperhatikan tetapi dibandingkan pula di antara satu sama lain.

Jika negara kuasa besar yang mempunyai kemampuan dari segi sumber kewangan, teknikal dan diplomasi masih berdolak-dalik untuk membantu negara yang ditimpa musibah walaupun mempunyai kaitan yang agak rapat, bayangkan bagaimana tindakan mereka ini terhadap negara yang mereka tidak mempunyai kepentingan secara langsung.

Sebab itu juga diandaikan me­ngapa kerajaan Myanmar begitu rakus dan berani memperlakukan masyarakat Rohingya yang begitu menghampiri peristiwa pembersihan etnik kerana bukannya tiada tekanan terhadap Myanmar tetapi negara kuasa besar seperti AS dan Kesatuan Eropah (EU) tidak me­nerima tekanan dalam mencari pe­nyelesaian isu ini.

Memang benar Kaunselor Aung San Suu Kyi yang dianggap mempunyai pengaruh besar dalam mencari jalan penyelesaian telah dikenakan tekanan oleh pelbagai pihak, hakikatnya ialah beliau tidak akan bertindak selagi tekanan yang paling kritikal iaitu dari Washington dan Brussels tidak wujud.

Memang benar juga AS dan beberapa negara dalam EU ada membuat teguran terhadap Suu Kyi tetapi tindakan tersebut ha­nya diibaratkan sebagai melepaskan batuk di tangga iaitu tidak bersungguh-sungguh.

Mengapa tekanan tidak di­ke­nakan terhadap kerajaan Suu Kyi adalah kerana AS dan EU tidak mahu pemerintahan kerajaan awam menjadi tidak stabil dan jika ini berlaku ia akan memberi peluang kepada tentera Myanmar mengambil alih kerajaan.

Begitu jua percaturan geopo­litik memainkan peranan ke­rana faktor China yang hanya me­nunggu peluang melebar pe­ngaruh mereka jika AS dan EU tersilap langkah menangani isu masyarakat Rohingya.

Memang benar Suu Kyi adalah sasaran paling ampuh dan sebab itu jua tekanan demi tekanan dikenakan terhadap beliau. Walaupun pengaruh beliau dalam kerajaan Myanmar adalah tidak menyeluruh kerana junta tentera masih memiliki 25 peratus dari keseluruhan jumlah kerusi Parlimen Myanmar, tetapi itu sahaja yang mampu dilakukan oleh masyarakat antarabangsa setakat ini.

Selagi AS atau salah satu negara EU tidak mengambil tindakan drastik maka amat sukar bagi negara kuasa besar lain untuk turut mengambil peranan yang lebih bermakna. Perhatikan sahaja dalam ASEAN, walaupun Malaysia dan Indonesia telah mengambil tindakan di luar kelaziman ASEAN, tujuh ahli lain masih dengan sikap memerhati sahaja kemelut ini berlalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain