inilah posting Facebook mengenai isu poster dan iklan haram di tiang jejantas yang sukar diselesaikan kerana soal kerenah pertindihan pentadbiran.

Saya muat naik gambar-gambar poster haram itu yang dilekatkan di sepanjang tiang jejantas menuju ke Bulatan Kewajipan dekat SS15 Subang Jaya. Kawasan itu di tepi Pusat Perubatan Sime Darby dan juga sebuah sekolah. Kebetulan itu laluan saya ke pejabat, ke hospital itu dan menghantar anak ke sekolah di situ.

Bukan pertama kali saya meng­usik PBT itu. Beberapa tahun lalu saya ada tulis juga mengenai poster Adult Toys dan Sex Toys yang bersepah di tiang-tiang lampu isyarat dalam pentadbirannya di situ.

Saya tulis “malunya saya apabila anak saya bertanya apa Adult Toys tu abah?”

Saya faham MPSJ buat kerja. Tapi samseng poster itu buat kerja juga. Siang MPSJ turunkan, malam samseng tu naikkan. Sudah tentu bisnes patung orang dewasa itu menguntungkan. Mereka langsung tak takut dengan undang-undang.

Jika kita takut buang sampah, samseng-samseng itu tak peduli pun merosakkan pemandang­an awam.

Berbalik kepada posting Facebook saya itu. Komen yang diberikan cukup panas. Kadang-kala berbaur tuduhan yang keterlaluan. Tapi itulah gelagat orang kita.

Jika mereka marah apa pun boleh mereka luahkan.

Sekali lagi saya mohon maaf kepada MPSJ jika posting saya itu mengganggu. Mungkin naluri wartawan saya yang mahu mendedahkan melalui media sosial itu.

Terus-terang saya katakan, poster dan sticker haram ini adalah satu masalah besar kepada negara. Apakah ia gagal diselesaikan kerana membabitkan banyak pertindihan kuasa pentadbiran? Tiang-tiang jejantas yang dilekatkan poster itu di bawah pentadbiran lain yang bukan membabitkan PBT?

Namun, apa pula tugas penguatkuasaan PBT? Jika zaman kita kecil-kecil dulu ada amaran Stick No Bills di tembok-tembok tepi jalan, kini amaran itu sudah tidak kelihatan.

Namun terima kasih kepada salah seorang bos besar MPSJ yang cukup saya kenal. Dia kata kepada saya biar kita bersembang secara private. Ba­nyak perkara yang kami sembangkan melalui mesej private itu.

Saya juga mendapat banyak maklumat mengenai isu itu. Terima kasih Tuan Haji.

Ini dialog antara kami -- TUAN HAJI dan SAYA (yang saya rasa tidak sensitif dan boleh disiarkan untuk kebaikan). Ejaan ringkas juga tidak dibetulkan.

TUAN HAJI: AsSalam Dato. Saya tak mau nak ulas open, tak perlu saya jawab, ada friend lain Dato yg dah tolong jawabkan. Memang mudah untuk menuding PBT, dah ke­nyanglah, mata buta lah, makan gaji buta lah bla bla bla... tapi cubalah ‘pakai kasut kami, baru tau senang/susahnya menangani isu ini.’

Semua org tuding pd PBT, pemilik struktur (spt Kadang2 elok juga ada kejutan seumpama ini, supaya saya dpt sampaikan mesej kpd agensi2 lain supaya menjaga property ma­sing2. Dato paparkan) mendiamkan diri. Mereka ini telah PBT cdgkn supaya mengecat struktur masing2 dgn cat kalis sticker. Jwbn mereka senang jer ‘tau lah kami bagaimana nak jaga struktur milik kami’.

Mana PBT nak terjaga, selain drpd struktur PBT sendiri. Dato tahu ada berapa org penguatkuasa MPSJ, berapa luas liputan kawasan yg nak dijaga, apa2 fungsi penguatkuasaan yg PBT kena lakukan?

Itu semua bukanlah alasan utk tidak mengambil tindakan. PBT telah buat semampunya. Cuba Dato tanya pula pemilik2 struktur tersebut, why mereka tidak jaga dgn sebaiknya supaya tiada sticker diletak pd struktur mereka. Utk pengetahuan Dato, selain PBT/MPSJ, JKR, PRASARANA, Konsesi Lebuh Raya juga memiliki struktur yg menjadi mangsa along. Wallahu’alam.

SAYA: Terima kasih haji. Saya seperti orang lain tak akan salahkan struktur itu atau pemiliknya tetapi akan ditujukan kepada penguatkuasa PBT. Mungkin kami kurang arif di bawah bidang kuasa siapakah, tetapi sesuatu yang serius harus dilakukan bagi menangani soal itu. Samseng2 itu tidak serik2 dan mencabar kita semua. Dah lama saya bangkitkan soal poster sex toys tu, dan ia amat memalukan. Saya pergi ke India dia ada amaran stick no bills atau bill posters will be prosecuted. Saya boleh tolong melalui media saya kita pe­rangi habis-habisan aktiviti itu.

SAYA: Di sepanjang stuktur itu terlalu kotor dengan poster itu. Saya sedar bukan saja di MPSJ tetapi semua lembah klang. Mereka dengan beraninya letak nombor2 telefon, tapi kita gagal berbuat apa2. Saya bercakap sebagai rakyat, pembayar cukai dan seorang wartawan.

SAYA: Saya mohon Tuan Haji selaku orang kuat MPSJ bawa isu ini ke mesyuarat majlis.

SAYA: Satu lagi Haji, banting2 besar kecil bersepah di mana-mana. Tak boleh ada tiang mereka akan lekatkan. Sakit mata. Tak bolehkah pasang mata2 penguatkuasa dan tangkap mereka ini dengan kerjasama polis kerana melanggar peraturan PBT. Saya juga kurang ariflah soal perundangannya, tapi kita harus dijelaskan.

TUAN HAJI: Dato, SKMM sepatutnya boleh bantu PBT dll dlm hal ini, setakat ini kami tlh menghantar lebih 1000 no hp kpd SKMM supaya memotong talian mereka, lebih 150 talian telah dipotong. Bakinya masih belum di ambil tdkn. Sekiranya SKMM serius bantu PBT dll, ‘samseng2’ ni tidak lah bermaharaja lela seperti sekarang.

SAYA: Atau MPSJ boleh lancar kempen besar-besaran perangi perkara ini. Buat publisiti besar2an termasuk menerusi billboards...

TUAN HAJI: Kami memang menghendap aktiviti, pernah kami tangkap, budak bawah umur, bawak ke balai, tak bole nk buat apa.

SAYA: Saya akan minta Meja Metro saya call Haji dan buat special report perkara ini. Saya akan bantu.

TUAN HAJI: Saya akan ambil perhatian/tdkn atas saranan Dato.

SAYA: Haji harus panggil media supaya apa yang dibuat itu mendapat liputan dan pihak2 lain akan melompat juga.

TUAN HAJI: InShaaAllah Dato.

SAYA: Kalau buat senyap2 tak siapa akan peduli. Buat penat sahaja. Saya faham mengenai redtape dan tindih tugas...

SAYA: Kesihan kat PBT kerana buat kerja sia2. Dibersihkan tiang itu esok naik semula. Semua papan tanda jalan ditutup dengan sticker. Papan2 tanda itu hak rakyat dibuat melalui wang cukai bukan free.

TUAN HAJI: Sorry Dato, saya sdg berkomunikasi dgn Dato YDP.

SAYA: Terima kasih Tuan Haji! Dan Maaf kerana selalu kacau Tuan Haji hihihi. Bukan apa itu laluan saya ke ofis, balik ofis dan hantar anak ke sekolah...

TUAN HAJI: Saya ok Dato, MPSJ akan cuba yg terbaik utk atasi masalah ini.

TUAN HAJI: Malam ni banyak pahala kami dari tuduhan sembrono mereka (komen di facebook saya), alhamdulillah...

SAYA: Bukan sembrono Haji. Itu dari hati. Tugas MPSJ kena bagi kefahaman. Kena kelihatan apa yang dibuat. Mereka adalah pelanggan kepada majlis atau mana2 PBT. Pelanggan sentiasa betul walaupun tak betul.

TUAN HAJI: PBT sentiasa cuba memahami, dan PBT tidak berdiam diri. Tapi kalau dah tuduh ‘kenyang’, tanpa bukti sembrono lah namanya. Boleh semak setiap bulan MPSJ turunkan berapa ribu iklan.

Perbualan secara mesej kami terhenti. Namun pagi semalam saya menerima lagi mesej daripada Tuan Haji.

Begini perbualan mesej kami:

TUAN HAJI: Kami sedang mengkaji tindakan undang2 ke atas ‘fitnah’ yg di viralkan yg menyatakan PBT tidak mengambil tindakan ke atas iklan haram kerana mengambil rasuah.

Yg saya maksudkan kpd mereka yg respon pada fb Dato, yg berbaur ‘fitnah’, bukan kpd Dato.

SAYA: Takkan nak ambik tindakan undang2?

Patut berilah penjelasan. Bukan tindakan. Mereka hanyalah concerned citizens. Yang kena ambil tindakan ialah samseng2 tu....

Graf yang Haji tunjuk tu mereka tahukah? Mereka melihat poster2 haram tu bukan graf2 itu.

Saya boleh aturkan pertemuan semua yang komen itu dengan YDP. Bukan nak saman mereka.

Dah lama saya lihat poster haram bawah jambatan itu. Doktor saya di SDMC pun bising...

Dulu mereka lekat atas tinggi. Saya hairan macam mana mereka letak se­tinggi macam tu. Takkan bawa kren?

SEPATUTNYA MPSJ AMBIL PENDEKATAN POSITIF BUKAN SEBALIKNYA.

TUAN HAJI: Dato, saya dah bagitau tiang2 tersebut di bawah bidang kuasa JKR, kesan2 yg telah ditanggal adalah tindakan yg telah di ambil oleh PBT. Surat akan dikeluarkan kpd pihak JKR & Prasarana supaya mereka mengambil tindakan ke atas property masing2.

SAYA: Oleh itu MPSJ kena jelaskanlah kepada rakyat pembayar cukai. Kata kat mereka inilah birokrasi yang terpaksa kami lalui. Panggil press conference. Pergi tunjuk kat press poster2 haram itu yang sukar diselesaikan kerana masalah redtape itu.

TUAN HAJI: Dato, kami masih boleh terima kata2 yg tidak menyentuh kredibiliti kami.

SAYA: Dalam sosial media biasalah budak2 tu kata macam2. Itulah juga yang dihadapi oleh kerajaan sekarang. Kalau nak ambil tindakan sampai bila pun tak selesai...

TUAN HAJI: Dato, InSaaAllah saya akan ambil apa yg Dato utarakan secara positif. Lepas ini saya akan minta Pengarah Pembangunan Korperat MPSJ utk menghubungi Dato atau pegawai Dato untuk mendapatkan gambaran tentang apa2 usaha oleh pihak PBT. InSaaAllah saya tiada ‘heart feeling’ pd Dato, sebagai kawan lama. Kita masih boleh berhubung spt biasa. Berikut saya berikan no hp pegawai berkenaan.

SAYA: Saya cukup ikhlas Haji. Mungkin kerana terlalu lama jadi wartawan kot hehehe.

TUAN HAJI: Dato, first thing in the morning sebelum saya masuk ofis, saya telah turun ke kawasan tersebut.

SAYA: Bagus. Hanya Haji yang boleh kita harapkan. Saya kenal Haji itu pasal saya bagitau haji.

TUAN HAJI: Itu yg saya arahkan peg yg terlibat untuk tulis surat kpd JKR n Prasarana. Pgi tadi ada Iklan yg selalu Dato adu digantung pd lampu isyarat (Adult Toy).

SAYA: Saya pun hairan tauke2 yang buat kerja ini... Mereka ini perosak negara. Kalau kita pergi negara maju tak berlaku macam ini. Di Singapura misalnya. Kita kena belajar dengan mereka.

TUAN HAJI: Kadang2 elok juga ada kejutan seumpama ini, supaya saya dpt sampaikan mesej kpd agensi2 lain supaya menjaga pro-perty masing2.

SAYA: Terima kasih Tuan Haji.

Berakhir perbualan kami. Semoga semua pihak yang disebut memberi maklum balas segera.