Hairannya, Barcelona tanpa penyerang berbisa Leo Messi, tak pulak cam tu ek.

Itulah pasal, bila tak kenal kekuatan diri dan pasukan, inilah jadinya. Sepeninggalan Ronaldo (opps! bukan sementara ya, tapi selamanya) dari Real Madrid tidak ada sesiapa yang boleh jadi master mind pasukan terkenal itu. Rupa-rupanya Gareth Bale dan Luka Modric pun ‘hampas’.

Bukan Real Madrid mahupun Barcelona yang menjadi topik leteran utama abang hensem minggu ini. Cuma abang hensem mahu adik-adik semua jadikan seseorang sebagai ikon atau idola untuk berjaya dalam hidup.

Selain Nabi Muhammad SAW diletakkan di tangga pertama sebagai idola terbaik bagi umat Islam, personaliti tertentu perlu dijadikan contoh untuk meniti tangga kejayaan.

Abang hensem percaya, ada yang menjadikan bapa, ayah, babah, abi atau bapak masing-masing sebagai teladan hidup mereka. Jalan yang dilalui si ayah menempuh pancaroba hidup biasanya akan dikongsi dengan si anak.

Tapi dalam era moden dengan gajet-gajet canggih hari ini, sangat sedikit menjadikan ayah sebagai idola. Dalam mengejar keperluan hidup, menjadikan periuk sentiasa terisi nasi, si ayah sentiasa busy memanjang. Sampaikan anak tidak ketahuan ke mana selepas pulang bekerja.

Jadi, abang hensem fikir, mana ada masa kan? Justeru, adik-adik kena rasional. Setiap orang ada tanggungjawab untuk menbentuk diri masa depan.

Dulu, era 90-an, abang hensem akan gantung poster pelakon kegemaran abang hensem, Johnny Depp yang famous dengan siri televisyen, 21 Jump Street. Persona Depp dengan gaya kacaknya, gentleman dan maskulin ketika berperanan sebagai salah seorang anggota skuad polis yang menyiasat jenayah di sekolah tinggi dan kolej menyebabkan abang hensem ‘terpana’. Yalah, sehinggakan Depp berpacaran dengan Winona Ryder dan Kate Moss pun dalam ‘kocek’ abang hensem.

Tapi adik-adik jangan salah sangka tau. Bila mengagumi seseorang bukan bermakna kita mahu jadi 100 peratus macam dirinya. Ambil yang positif. Kalau boleh nak perasan pun, silalah perasan asalkan tidak diserlah ke luar diri.

Bila sunnah Rasulullah SAW diikuti, digarap lagi dengan idola atau ikon yang ‘dipuja’, maka segalanya Insya-Allah jika diizinkan-Nya, tentu berjaya.

Ha! Sudahkah ada idola adik-adik tu? Kalau minat dengan politik tanah air, hari ini boleh lihat di kaca tv kelibat ahli-ahli parlimen yang hadir waktu pembentangan Belanjawan 2019 hari ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng atau yang lebih muda - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Khairy Jamaluddin, Nurul Izzah Anwar.

Cuma pesan abang hensem...usah ya jadi macam Real Madrid tadi. Bergantung harap pada hanya satu orang. Bila dia pergi, terkial-kial sudah.