Bukan menolak secara langsung kepada hak asasi manusia, tetapi untuk membinanya dari atas ke bawah dengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak, wanita dan orang kurang upaya.

Dalam erti kata lain, rakyat yang paling terjejas, yang mana Barisan Nasional (BN) dan Pas tidak ambil peduli. Sekiranya mereka bersumpah bahawa mereka ambil kisah, bagaimanakah mereka dapat menerangkan sejauh mana tidak peduli mereka apabila 1MDB, SRC dan skandal rasuah yang berleluasa ketika pemerintahan mereka? Mereka tidak peduli. Rakyat yang peduli. Itulah sebabnya Pakatan Harapan merampas kemenangan daripada pemerintah terdahulu.

Namun, Kementerian Luar kelihatan telah melakukan banyak perkara dengan keadaan terburu-buru. Dengan atau tanpa sokongan Suhakam, juga Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pejabat Peguam Negara, Kementerian Luar telah bertindak bersendirian. Meninggalkan Pakatan Harapan terdedah kepada dakwaan yang salah bahawa ia tidak mengambil peduli hak orang Melayu, bumiputera dan Orang Asli.

Malah, enam daripada sembilan teras instrumen hak asasi antarabangsa, Malaysia belum lagi mengesahkannya. Itu tidak menjadikan Malaysia sebuah negara kecil yang tidak hanya mempunyai kebergantungan terhadap satu sumber ekonomi sahaja terutama selepas 9 Mei yang mana hampir 83 peratus rakyat menunaikan hak mereka untuk menamatkan kleptokrasi pentadbiran terdahulu. Sejujurnya, Malaysia layak menerima pujian besar. Mengapa? Sedang yang lain berat untuk melakukan arus perubahan, berdasarkan fenomena Arab Spring, rakyat Malaysia memilih demokrasi.

Segala cubaan untuk menggesa menandatangani mana-mana hak asasi manusia boleh menjadi tidak produktif kerana ia melibatkan pergerakan ke arah aktivisme hak asasi agresif seperti yang dilabelkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim super liberal. Mereka mahu perlindungan penuh terhadap LGBT, namun tidak ada jaminan jika agenda LGBT tempatan tahu bagaimana untuk tidak melebihi batas, atau adakah masyarakat berkeras terhadap kesatuan awam yang membawa kepada perkahwinan rasmi juga? Pihak Barat telah membuta tuli menuju ke arah perkahwinan homoseksual tanpa mengetahui implikasi sosial.

Oleh sebab tiada siapa yang dapat beri jawapan dan mungkin LGBT itu sendiri tiada jaminannya, sebarang perjanjian hak asasi manusia harus mengambil kira pandangan majoriti juga, bukan sekadar minoriti. Dan jika pintu itu tidak ditutup, terdapat aktivis lain - super liberal harus diingatkan - siapa yang akan menghentikan segala penuntutan pengiktirafan penuh hak asasi manusia dengan mengorbankan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai hak orang Melayu dan Orang Asli di Sabah dan Sarawak.

Namun, tembelang telah pun pecah. Si Kitol di Pakatan Harapan telah menerangkan keperluan untuk menerima dan mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) terlebih dahulu. Terdapat tiga isu Kementerian Luar kini perlu menyelesaikannya:

A. Jika perlembagaan ICERD muncul dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia - bagaimana Kementerian Luar merancang untuk menjawabnya?

B. Sekiranya kebimbangan mengenai perlembagaan tambahan (berpotensi menyalahi undang-undang) tidak terlintas dalam fikiran Kementerian Luar, bagaimana Jabatan Peguam Negara hendak bekerjasama dengan Kementerian Luar dengan mengetahui bahawa mereka tidak mempunyai meja undang-undang antarabangsa yang kukuh untuk mengendalikan isu ini?

C. Adakah pembuat keputusan di Pakatan Harapan bersedia untuk melepaskan jawatan dan berundur diri, jika ICERD terus mencipta sifat perkauman, untuk melegakan tekanan?

Setakat ini hanya Dr. Mujahid Yusuf Rawa sahaja dari Parti Amanah cuba menghalang kebangkitan ICERD, sementara mereka yang mencadangkannya hanya mendiamkan diri. Bagaimanakah penyokong-penyokong ICERD boleh berdiam diri ketika mereka harus mempertahankannya?

Apabila Dr. Mahathir bercakap mengenai keperluan untuk menandatangani perjanjian antarabangsa di PBB pada September 2018, beliau tidak bermaksud kesemua perjanjian itu mesti dilaksanakan. Sekiranya beliau berbuat demikian, beliau juga tidak akan angkat kaki dari induk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik Komprehensif (CPTPP).

Secara lumrahnya, seseorang perlu berfikir sebelum bertindak. Itu sepatutnya menjadi moto semua menteri. Apabila seseorang menandatangani ICERD atau mana-mana perjanjian, Jawatankuasa Institusi Pembaharuan harus berada di sana untuk menawarkan beberapa penyelesaian. Ini terutamanya di mana agensi baharu atau institusi lama yang mahir dalam menangani isu-isu tersebut.

Seperti yang diketahui, Jawatankuasa Pemilihan Parlimen di Kementerian Luar belum diluluskan sepenuhnya. Sekiranya sudah, senarai semasa langsung tidak mempamerkan kepakaran dan kefahaman mengenai hak asasi manusia atau undang-undang antarabangsa. Mengapa tergesa-gesa untuk menerima ICERD?

Perkara ini adalah isu hangat di dalam kerajaan Pakatan Harapan yang baharu walaupun tidak kritikal kerana gabungan itu masih berusaha mengimbangi hak orang Melayu dan hak rakyat Malaysia.

Matanglah dan sedar diri! Jangan menyanjung tinggi terhadap instrumen negara asing. Belajarlah daripada dasar-dasar agama Samawi yang dicadangkan oleh Dr Ismail Faruqi. Sebelum hak asasi manusia mendominasi segala perbincangan, kemuafakatan dan kematangan pemikiran, akal dan tindakan hendaklah wujud, sejajar dengan seruan Ilahi. Orang yang menerima ICERD secara membabi buta merupakan satu kumpulan egoisme dengan mengatakan me first bukannya me too.

DATUK DR. RAIS HUSSIN MOHAMED ARIFF ialah Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Ketua Biro Polisi dan Strategik Bersatu.