UKE: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Daripada Ibnu Abbas. katanya, Rasulullah melaknat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, “Usirlah mereka dari rumah kamu.”

Jelas bahawa perbuatan menyerupai jantina yang berbeza dengan kejadian asal adalah haram dan mencakupi:

1. Mengubah bentuk fizikal termasuk menukar jantina,

2. Gaya berjalan dan gerak badan.

3. Percakapan dan suara.

4. Perhiasan.

5. Pakaian

Wajib ibu bapa menegur dan melarang anak-anak dengan berperwatakan berbeza jantina dan jika ibu bapanya reda dan suka maka ibu bapanya juga dikira berdosa besar kerana membiarkan anak-anak melakukan dosa dalam keredaan mereka.

Kita bimbang jika maksiat ini berleluasa dan diterima baik pula oleh masyarakat, dengan mendapat sokongan ibu bapa seolah-olah kita memanggil bala untuk menimpa kita.

Allah berfirman dalam surah An-Naml:54-55:

Yang bermaksud, “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?”

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu.

(Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)