Video tu pulak bukan yang biasa-biasa, tapi menakutkan. Sampai bikin ‘gempar’ satu negara. Ada satu tu yang gemar diforward babak sadis seorang dua dikerat tangan, kaki. Satu lagi, seorang kanak-kanak ditampar, dihenyak di atas katil tanpa belas kasihan.

Selepas forward, disertakan ‘Plezz check betul ka’. Ha! suka sangat kau forward, kau check sendirilah (bentak hati abang hensem).

Dari satu sisi, ya, memang ada kebaikannya. Cuma sikit saja. Dalam 10 klip video, hanya satu dua yang ‘sangkut’. Yang lainnya, insiden tidak berlaku pun dalam negara ini sampai penat abang hensem nak layan WhatsApp, “Betulkah tuan”. Apa kau nak jadi ‘wartawan’, polis kah?

Kalau diikutkan, abang hensem lebih gemar forward video yang berinspirasi. Dan yang selalu abang hensem jenguk-jenguk, si penggemar forward video ‘tak pasal-pasal’ ini adalah orang kita (Melayu lah). Bukan saja yang muda, yang senior (nak jaga hati) sehingga yang tua bangka pun joint sekali.

Abang hensem tak mahulah mengomel panjang dalam kolum pojok ini. Lagipun surat khabar abang hensem dah saiz kecik dik, tak boleh tulis panjang.

Tapi biarlah abang hensem coretkan sikit ungkapan inspirasi daripada idola kita semua dari anak muda belasan tahun hinggalah ke tahap umur macam abang hensem (berapa agaknya).

Antara yang abang hensem sempat ingat dan catatkan waktu temubual akhbar abang hensem dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad empat tahun lalu ini:

“Orang Melayu belum rajin. Umpamanya tidak rajin belajar. Kalau kita pergi universiti, 70 peratus perempuan. Budak-budak jantan (lelaki) apa dia buat? Jadi mat rempit, itu saya kata tidak rajin.

Kata Dr. Mahathir, walaupun mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, kaum Melayu tidak manfaatkan masa sepenuhnya untuk belajar secara serius. Tak baca buku.

Beliau mengaku malu dengan kaum Cina, mengambil contoh dalam penguasaan bahasa Inggeris.

“Saya malu, budak-budak Cina belajar tiga bahasa tetapi bercakap bahasa Inggeris lebih fasih daripada budak-budak Melayu.

“Kita belajar dua bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi orang Melayu cakap cukuplah apa hendak belajar bahasa Inggeris lagi,” katanya.

Lebih mengecewakan, kaum Melayu tidak bersikap jujur dan amanah serta terlalu mementingkan wang berbanding kaum Cina.

“Kedua, berkenaan kejujuran, ikhlas dan amanah.

“Apa macam kawan? Jadi, lepas ni abang hensem harap sangat, kurang-kurangkanlah sikit forward video-video yang tak membina tu ya.

Berinspirasilah dalam hidup.

“Kelihatannya semua itu mustahil sampai semuanya terbukti.”

– Nelson Mandela

Tokoh anti aparteid