Saya bimbang sekiranya saya bayar kepada pekerja, wang itu tidak sampai. Apakah yang harus saya lakukan?
* Zamani Hashim, 
Kuala Lumpur.

UKE: Setiap hutang wajib dijelaskan. Maka anda juga wajib menjelaskan hutang anda. Cuma tindakan anda berhutang dengan pekerjanya sahaja tanpa daripada tuan kedai itulah yang agak berat sedikit. Namun ia tidak menjadi kesalahan jika si pekerja menjamin hutang anda itu atau si pekerja memang dilantik untuk menguruskan perniagaannya termasuklah bagi kes-kes hutang seperti anda. 
 Maka anda bayarlah hutang anda itu walaupun hanya melalui si pekerjanya sahaja dan yakinlah bahawa hutang anda itu disampaikan kepada tuan kedai.
 Kalau si pekerja itu khianat tanpa pengetahuan anda dan pemilik kedai, itu bukan masalah anda. Yang penting hutang itu ditulis transaksi hutang dan pembayaran supaya tidak ada unsur penipuan, kesilapan, lupa dan sebagainya. 
 

Doa bersama imam 

Benarkah doa beramai-ramai diketuai imam selepas solat  bidaah? 
* Hairul, Parit Buntar.

UKE:  Harus berdoa beramai-ramai bersama imam dan mengaminkan bacaan doa imam dan ia bukan bidaah.