* Halim, Kuala Lipis.

UKE: Persoalannya kalau tengok filem yang tidak elok, duduk dalam panggung buat kerja maksiat pula memanglah dilarang. Sekarang sudah ada panggung yang mengasingkan lelaki dan perempuan malah ada yang meletakkan kerusi khas untuk keluarga atau pasangan suami isteri.
Malah filem pun boleh dipilih yang elok jalan ceritanya dan tidak bercanggah dengan syarak. Saya tertarik dengan satu filem Malaysia yang meletakkan semua pelakon menutup aurat.
Maka segalanya terpulang kepada anda. Kalau hendak kira haram, duduk seorang diri dalam bilik pun boleh jadi haram jika melayari video kotor atau jijik perlakuannya.

 

Suami kuis sejadah 

Semasa saya sedang berdoa selepas solat, suami menguis sejadah dengan kakinya semasa dia hendak mencapai bajunya yang disidai di tepi dinding. Apakah baik perbuatannya itu?
*Sal, Sabak Bernam.

UKE: Yang salahnya jika dia menendang anda dengan kakinya. Mungkin maksudnya dia tidak mahu memijak sejadah tersebut maka dikuislah. Benda kecil sahaja dan dia bukannya kuis al-Quran. Cuma adabnya kurang baik kerana anda sedang berdoa. Sepatutnya dia menghormati isteri yang berzikir atau berdoa.
 Apa salahnya ambil kain dengan sopan apatah lagi isteri baru habis solat dan sedang berdoa. Isteri juga berdoa untuk kesejahteraan suami.
 

Kahwin sepupu 

Bolehkah saya berkahwin dengan sepupu sendiri, iaitu anak kepada kakak ibu saya?
* Fariza, Kuala Lumpur.

UKE: Boleh cik Fariza, kahwinlah. Sah kahwin dengan sepupu. Anak Nabi SAW, Fatimah RA pun berkahwin dengan sepupu Nabi SAW iaitu Saidina Ali RA.