Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Saya seorang isteri berusia 50-an. Sekiranya saya berasa letih dengan kerja rumah yang tidak pernah habis, bolehkah saya bertarawih di rumah? Suami saya seperti tidak suka saya bertarawih di rumah.

Nora, Klang.

UKE: Solat tarawih boleh diadakan di mana sahaja sama ada secara berjemaah di masjid atau berseorangan di rumah. Lakukanlah selagi mana di tempat yang dibolehkan bersolat. Dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala, apatah lagi dikerjakan di masjid atau surau. 

Boleh juga dilakukan secara berjemaah di rumah bersama keluarga. Bagi anda yang keletihan maka tidaklah menjadi  masalah jika ingin bertarawih di rumah. Tidaklah sepatutnya suami anda kurang senang dengan keadaan tersebut. Jika anda sihat dan kuat, maka ikutlah suami berjemaah di masjid. Jika tidak, beritahulah suami baik-baik yang anda keletihan dan ingin bertarawih di rumah sahaja.

 Harus diingat tarawih boleh dikerjakan pada sepanjang malam dan bukan pada masa tertentu dan mesti selesai dalam sejam atau dua selepas Isyak sahaja. Pukul 12 tengah malam pun boleh bertarawih. Yang penting solat.

 

Suami asyik dengan gajet 

Suami saya jenis tak boleh ditegur dan mudah melenting. Masalahnya sejak ada gajet, dia asyik bermain dengan gajet tak kira waktu. Sebagai isteri, rasa sayang saya kepada suami berkurangan sebab dia tak menghargai isteri. Sekarang saya lebih suka buat hal sendiri dan uruskan yang patut sahaja. Patutkah saya buat begitu?

Nur, Kuala Selangor.

UKE: Tak seronoklah kalau rumah tangga macam itu. Berkahwin adalah perkongsian hidup untuk membawa kebaikan dan kebahagiaan.
Kalau dah asing-asing dan buat hal sendiri, saya bimbang tujuan perkahwinan tidak tercapai. 
Saya rasa anda perlukan orang tengah untuk memperbaiki rumah tangga anda. Mungkin boleh babitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Boleh juga menghadiri sesi kaunseling untuk kebaikan. 
Dalam tempoh itu, saya tetap nasihatkan puan agar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri agar tidak jatuh kepada nusyuz.

Tidak bersahur 

Saya selalu tidak bangun bersahur kerana saya tidak ada selera untuk makan dan minum pada waktu tersebut. Apakah pahala puasa saya berkurangan disebabkan tidak bersahur?

Zainal, Temerloh.

UKE: Bersahur adalah satu amalan sunat dan satu ibadat yang besar nilainya di sisi Allah SWT. Malah sahur adalah antara amalan yang membezakan puasa orang Islam dengan orang Yahudi dan Nasrani seperti mana hadis riwayat Muslim.
Yang kedua, sahur itu ada keberkatan seperti mana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Walaupun hanya seteguk air dan sebiji buah tamar. Maka janganlah ditinggalkan bersahur kerana sahur itu adalah keberkatan dan janganlah dibiarkan keberkatan itu hilang begitu sahaja.
Berkenaan tak berselera makan itu, anda cubalah masak makanan yang anda suka. Selagi anda cakap tak boleh, maka tak bolehlah jadinya. Cuba biasakan sebut boleh, maka insya-Allah anda boleh bersahur.

Pergerakan imam laju 

Bacaan rukun wajib seperti al-Fatihah dibaca betul oleh imam solat. Sekiranya makmum membaca bacaan rukun dengan salah kerana mengikut imam yang solat dengan laju, apakah sah solatnya?
Arman, Johor.

UKE: Sama ada imam atau makmum, hendaklah membaca rukun qauli dalam solat dengan betul. Apabila salah bacaan rukun qauli tersebut, maka menjejaskan sembahyang. Maka tidaklah boleh menjadi alasan kepada makmum bacaannya salah disebabkan tok imam laju dalam pergerakan sembahyang.
Kalau imam terlalu laju sehingga mengganggu pergerakan makmum, maka saya nasihatkan supaya sila beri teguran kepada tok imam tersebut. Sekiranya masih tidak berubah, saya syorkan agar memberitahu ahli jawatankuasa masjid untuk tukar tok imam yang lain. 
Makmum ada cara lain jika tidak dapat mengimbangi pergerakan imam yang laju. Tetapi bukannya dengan membaca yang salah untuk mengejar imam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain