Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sekarang ramai orang mendapatkan suntikan vitamin C atau memutihkan kulit dan menggunakan pendakap gigi untuk kelihatan cantik. Apakah hukumnya?

* Mahira, Shah Alam.

UKE: Di dalam bukunya Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf al-Qaradawi menjelaskan;

“Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan dia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya.

Maka hendaklah dilihat apa tujuan dia membuat pendakap gigi? Adakah tujuan kecantikan semata-mata atau menghilangkan kerosakan yang menyakitinya?

Jika tujuan semata-mata mengubah ciptaan Tuhan supaya kelihatan cantik maka sudah pasti ditegah tetapi jika memperbaiki kecacatan seperti jongang yang menjadikan dia malu berhadapan maka diharuskan.

Nabi bersabda: “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud R.A.).

Imam al-Nawawi di dalam ulasannya berkenaan hadis ini berkata: Imam Nawawi semasa mensyarahkan berkata sabda Nabi SAW “Perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Sahih Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

 

Hutang dengan ibu

Saya ada berhutang dengan ibu tetapi dia meninggal dunia sebelum sempat saya membayar hutang itu. Apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?

* Amin, Kedah.

UKE: Ketika pembahagian harta pusaka dibahagikan kepada ahli waris maka masukkan sekali jumlah hutang anda yang belum dilangsaikan di situ.

Maka diadakanlah pembahagian pusaka dan selesailah masalah anda.

 

Hukum guna ubat haid

Apakah hukum menggunakan ubat untuk melewatkan atau mempercepatkan masa haid supaya dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna?

* Rahman, Sungai Buloh.

UKE: “Nabi SAW pernah menemui Aisyah di khemahnya ketika haji wada. Ketika itu, Aisyah telah melakukan ihram untuk umrah, namun tiba-tiba datang haid sebelum sampai ke Mekah. Nabi SAW menemui Aisyah, sementara dia sedang menangis. Sang suami yang baik bertanya, “Apa yang menyebabkan kamu menangis?” Aisyah menjawab bahwa dia sedang sakit. Nabi menasihatkan, “Ini adalah keadaan yang telah Allah tetapkan untuk para puteri Adam...”

Apa yang nak susah hati bila datang haid? Bukankah ia suatu fitrah ketentuan Allah SWT kepada hamba-Nya yang perempuan? Namun ulama membincangkan tentang hukum pengambilan ubat penahan atau mempercepatkan haid ini. Antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus mengambilnya jika tiada mudarat ke atas pengambilnya.

Sebahagian ulama berpandangan harus mengambil ubat penahan haid jika dalam masyaqqah (kepayahan) atau darurat sahaja seperti wanita dalam haji tapi jika sebaliknya seperti untuk berpuasa ia tidak harus.

Jumhur mengatakan haram diambil jika mendatangkan mudarat kepada wanita tersebut. Seeloknya biarlah berlaku fitrah haid itu kerana kadang-kadang kesan pengambilannya menjadikan perjalanan haid tidak teratur selepas itu.

 

Maksud mujahadah

Saya ada terbaca tentang mujahadah untuk mendapat keredaan Allah. Apakah sebenarnya maksud mujahadah?

* Azim, Tapah.

UKE: Firman Allah SWT di dalam al-Quran, yang ertinya:

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Ankabut: 69).

Definisi mujahadah menurut erti bahasa, syarie, dan istilah ahli hakikat sebagaimana dimuat di dalam kitab Jamiul Ushul Fil Auliya, hal 221: “Mujahadah menurut bahasa adalah perang, menurut aturan syarak adalah perang melawan musuh-musuh Allah, dan menurut istilah ahli hakikat adalah memerangi nafsu amarah bil-suu’ dan memberi beban kepadanya untuk melakukan sesuatu yang berat baginya yang sesuai dengan aturan syarak (agama).

Sebahagian ulama mengatakan: “Mujahadah adalah tidak menuruti kehendak nafsu”, dan ada lagi yang mengatakan; “Mujahadah adalah menahan nafsu dari kesenangannya”. Mujahadah adalah saranan dari hidayah rohani kepada Allah dan reda-Nya, sedangkan hidayah merupakan permulaan dari takwa.

Maka dalam mujahadah terkandung unsur melawan hawa nafsu secara terus menerus. Pengertian mujahadah secara umum adalah: Berjuang, bersungguh-sungguh dan berperang melawan musuh.

Maka dapat kita fahami di sini iaitu bersungguh-sungguh melakukan ketaatan kepada Allah dan bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu supaya dapat mencari keredaan Allah.

Ini kerana melakukan ibadah dan meninggalkan kemungkaran memerlukan usaha dan semangat yang kuat dan jika kita tidak bermujahadah maka kita akan kalah dengan hawa nafsu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain