- Asma, Balik Pulau.

UKE: Siapalah yang anda dengar sampai tidak boleh mandi? Pelik saya membacanya. Perkara-perkara yang diharuskan semasa ihram:

- Mandi dengan niat bersuci, membersihkan atau untuk menyejukkan badan tetapi tanpa menggunakan sesuatu yang berbau wangi seperti sabun, syampu atau ubat gigi. Memadailah sekadar mandi dan tak payahlah menggosok rambut sehingga gugur rambut. Mandi tidaklah salah tetapi yang salah ialah melakukan perkara yang diharamkan ketika berihram termasuklah berwangi-wangian tadi.

 

Lelaki masuk tarian

- Wan, Gerik.

UKE: Anda kena menyatakan secara jelas apakah bentuk tarian tersebut untuk menetapkan sesuatu hukum. Adalah jelas jika tarian yang bercampur lelaki dan perempuan sama ada bertepuk-tampar, mendedahkan aurat, berpegangan dan saling bersentuhan serta apa jua bentuk dan pergerakan yang dilarang antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram di sisi agama.

 

Tipu duit

Saya hendak tanya pandangan ustaz jika ada orang menipu duit kawan-kawan saya, adakah kita wajib membuat laporan polis atau beri peluang kepadanya untuk membayar hutang tersebut?

- Kak Mah, Pahang.

UKE: Bila terdapat unsur penipuan maka Kak Mah boleh membuat laporan polis supaya penipuan tersebut dapat dihentikan dan tidak terkena pula kepada orang lain. Ini termasuk dalam usaha mencegah kemungkaran iaitu salah satu daripada perintah agama untuk kita lakukan, selain mengajar ke arah kebaikan dan menyuruh kepada maaruf.