- Man, Marang.

UKE: Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”. (Riwayat al-Bukhari (576)).
Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). 
Ketika azan dikumandangkan, umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan. Adapun kata-kata yang mengatakan sesiapa yang bercakap ketika azan akan menjadi kelu lidahnya ketika hendak mati adalah tidak diketahui daripada mana sumbernya. 
Jika ada yang bercakap ketika azan maka dibolehkan jika ada urusan yang penting dan perkataan yang bukan sia-sia dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan apabila melakukannya. 
Tetapi harus diingat, jika perbualan itu boleh mengganggu orang lain dalam menjawab azan maka meninggalkan berkata-kata adalah lebih baik kerana menjawab azan adalah daripada sunnah.
Dalam bab anda sukalah saya cadangkan agar anda kembali berbaik dengannya supaya tidak memutuskan silatrurrahim.
Anda tidaklah bersalah kerana mengajak dia untuk menghormati azan malah suatu tindakan yang baik dalam berdakwah tetapi biasalah bukan semua orang boleh terima maka anda kenalah bersabar dalam mendidik. 
Ajaklah dia pergi makan roti canai, insya-Allah selesailah masalah itu.


Diejek rakan-rakan

Saya dan guru kelas saya sering diejek dalam grup WhatsApp rakan-rakan sekelas. Hal ini diberitahu oleh seorang rakan saya yang ada dalam grup itu. Apakah orang yang suka mencaci dalam grup WhatsApp itu dikira berdosa atau tidak?

- Murid Tingkatan Satu, Melaka.

UKE: Rasulullah SAW bersabda, “Mencaci orang Islam (Muslim) adalah perbuatan fasik dan membunuhnya adalah perbuatan kufur.” Hadis riwayat Muslim). Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan); dan jangan pula wanita mengolok-olokkan wanita-wanita lain, kerana boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (yang mengolok-olokkan); dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan jangan pula kamu panggil-memanggil dengan gelar yang buruk. Seburuk-buruk gelar ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman..” (QS. al-Hujurat:11). Maka dalil yang sangat kuat melarang kita mengeji, mengumpat, mengata dan lain sama ada dalam WhatsApp, lisan, bisikan, surat ataue apa sahajalah tetap dilarang dan hukumnya adalah berdosa.


Badan panas baca ayat al-Quran

Saya ada membaca ayat Ruqyah tapi selepas itu badan jadi panas. Ada tak ayat yang boleh menyejukkan badan? Siti, Ipoh

UKE: Teruskan dengan membaca al-Quran dan memperbanyakkan solat sunat. Berzikir juga dapat menyejukkan badan. 
Anda jangan mengatakan dengan membaca ayat Ruqyah menjadikan badan anda panas. 
Mungkin anda ada masalah lain kerana ayat al-Quran ini merupakan ubat dan penawar malah mempunyai keberkatan yang hebat.
Ia dipelihara oleh Allah SWT malah sesiapa membaca dan mengamalkan ayat al-Quran mendapat kebaikan dan rahmat.

Teruskan membaca al-Quran dan rawatlah badan anda yang panas dengan menemui doktor atau pengamal perubatan Islam yang diiktiraf.
 

Dapat gaji, tapi abai tugas

Apakah hukum seorang ustaz yang mendapat gaji di surau persendirian dan dapat rumah tetapi melakukan kerja di masjid sehingga mengabaikan tugasnya di surau itu?

Yusrach7, Negeri Sembilan

UKE: Apabila dibayar untuk berkhidmat di sesuatu tempat maka pengkhususan hendaklah bekerja di tempat yang ditetapkan.
Melainkan jika pihak yang menggajikan mereka itu mengarahkan agar menolong atau bekerja di tempat lain atas sebabsebab tertentu.
Dalam bab ini, hendaklah si petugas itu bekerja di tempat dia makan gaji supaya amanah dapat dilaksanakan dan tidak menjadi fitnah dalam kalangan ahli jemaah.