Festival muzik selama tiga hari di pulau peranginan itu adalah tradisi sejak tahun 2013 namun dilihat memberi persepsi yang negatif, bertentangan dengan moral dan agama serta jelas tidak menepati Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 2003.

Itulah yang terbaik. Program-program hiburan jika me­nyimpang daripada adab ketimuran dan Islam eloklah disekat dan dihentikan. Tidak rugi pun berbuat demikian kerana dengan menghalang kemungkaran, insya-Allah masyarakat, negeri dan negara lebih aman dan makmur.

Terengganu turut mengeluarkan garis panduan pe­ngan­juran sebarang acara persembahan pentas tidak dibenarkan me­ngandungi unsur per­cam­puran antara lelaki dan wa­nita. Perkara tersebut ter­kandung dalam garis panduan pe­ngan­juran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelancongan negeri 2 Oktober lalu.

Dalam garis panduan itu, Jabatan Pelancongan me­nya­takan, acara persembahan pen­tas hanya melibatkan pe­nyanyi dan penari lelaki ma­nakala persembahan pe­nyanyi dan penari wanita ha­nya bo­leh dilakukan kepada wanita di tempat tertutup. Selain itu, tidak boleh berlaku per­campuran terlampau di antara le­laki dan wanita di atas pentas ketika persembahan.

Sebagai agama yang me­ne­pati keperluan fitrah, Islam tidak menghalang umatnya berhibur, namun hiburan di sisi Islam perlu disuluh dan dipandu mengikut nilai-nilai murni yang dibawa oleh Islam.

Hadis daripada Khalid bin Zakwan r.a bahawa Al-Rubai’ binti Mua’wiz menceritakan: Nabi SAW telah mengunjungi ku di hari perkahwinanku, baginda mengambil tempat duduk di atas hamparanku, sepertimana kamu berada di hadapan ku sekarang. Ketika itu sekumpulan hamba perempuan sedang memukul gendang sambil menyanyi dan memuji pejuang-pejuang yang terkorban dalam kalangan bapa-bapa kami dalam Perang Badar. Salah seorang penyanyi tersebut menyebut: “Bersama kami nabi Allah yang mengetahui apa yang akan berlaku esok hari”. Mendengar lirik terakhir itu Rasulullah SAW menegurnya: Tinggalkan kata-kata itu dan teruskan dengan apa telah kamu nyanyikan sebelumnya”. (riwayat al-Bukhari)

Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu badani tanpa sempadan. Malah hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.

Konsep hiburan yang berunsurkan leisure melulu semata-mata biasanya dilakukan untuk pelbagai tujuan. Dalam Islam, konsep hiburan adalah mencari kesejahteraan, ketenangan dan kepuasan, terlepas dari perasaan bersalah, ketegangan dan keresahan. Ia dapat dilakukan dalam waktu lapang, secara individu, bersama keluarga atau kawan-kawan, bahkan ketika beribadah seperti seni taranum membaca al-Quran, gubahan sajak dan syair yang membesarkan Allah dan sebagainya.

Hiburan dalam Islam adalah suatu yang menenangkan dan mendidik jiwa. Bahkan me­la­ku­kannya bukan semata-mata untuk mencari keseronokan dan memenuhi runtunan nafsu tan­pa batasan.

Konsep berhibur dalam Is­­lam adalah dengan tu­juan membangunkan dan mendamaikan jiwa, me­ne­nang­kan fikiran dan merehatkan ro­ha­ni serta jasmani.