Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dalam kehidupan setiap insan pasti ada seorang wanita yang bergelar ibu. Di samping suami pula ada wanita disebut isteri. Pendek kata, wanita bergelar ibu dan isteri, kedua-duanya adalah insan hebat yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap insan di muka bumi ini. Sebab itu, ada pepatah Melayu yang menyebut ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia’.

Demikian hebat kekuatan yang ada pada wanita. Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Rabu lalu, marilah sama-sama kita menghargai para ibu terutamanya dan kaum wanita amnya. Pada asasnya, Islam mengharuskan sambutan sedemikian asalkan tidak melangkaui batasan agama.

Sempena sambutan tersebut, antara wanita yang perlu dijadikan idola terutama oleh para ibu dan isteri ialah Siti Khadijah Al-Khuwailid. Insan yang cukup istimewa, beliau ialah seorang isteri, sahabat dan kekasih yang pe­nyayang kepada baginda Rasulullah SAW. Di sebalik kelembutannya, Siti Khadijah ialah ahli perniagaan yang amat dikenali sekitar tahun 585 Masihi. Malah tidak ke­terlaluan jika dikatakan bertaraf jutawan.

Saidatina Khadijah r.ha ialah wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad nabi SAW me­laksanakan risalah dakwah. Beliau senantiasa berusaha meringankan kepedihan hati, menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.

Sebelum bernikah dengan nabi SAW, Siti Khadijah mempunyai beberapa gelaran. Antaranya al-Thahirah (yang suci). Gelaran ini diberikan kepadanya kerana beliau tidak suka bergaul dengan para peniaga lelaki sebaliknya me­ngarahkan orang kepercayaannya seperti Hakim bin Hizam atau Maisarah untuk berinteraksi dengan saudagar tersebut.

Beliau juga tidak suka bergaul dengan wanita yang suka menghabiskan masa dalam kelalaian seperti dalam majlis tarian, nyanyian dan lain-lain. Walaupun Mekah pada saat itu dipenuhi dengan tempat-tempat seperti itu.

Kedua: Sayyidah Nisa’ Quraisy (puteri Quraisy)

Gelaran ini diraih kerana keluhuran akhlak, ketinggian martabatnya, serta kemuliaan dirinya. Beliau seorang wanita yang tidak menjadi hamba kepada harta yang dimiikinya sebaliknya banyak menggunakannya untuk membantu orang miskin selain banyak berguru dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal. Waraqah dikatakan te­lah ‘membenarkan’ Islam dan Nabi SAW sebelum agama Islam didakwahkan secara ‘rasmi’ oleh Rasulullah SAW.

Selepas berkahwin dengan Rasulullah SAW, Siti Khadijah mendapat gelaran berikut:-

Pertama: Ummul Mukminin (Ibu orang mukmin)

Nabi adalah lebih diutamakan daripada kaum mukminin dan isteri-isterinya adalah ibu mereka. (al-Ahzab: 6)

Kedua: Sayyidah Nisa’ Al ‘Alamin

Nabi SAW bersabda: Cukup bagimu daripada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW dan Asiah isteri Firaun.

Ketiga: Sayyidah Nisa’ Ahli Al Jannah

Daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah SAW membuat empat garisan sambil berkata: Tahukah apakah apa ini? Mereka menjawab: Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui. Nabi SAW bersabda: Penghulu seluruh wanita di syurga adalah: Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW, Asiah binti Muzahim dan Maryam binti Imran. Semoga Allah meredai mereka semua. (Riwayat Bukhari)

Kehebatan Siti Khadijah mengundang rasa cemburu Siti Aisyah, yang juga isteri baginda SAW. Daripada Aisyah (ra): Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya.

Daripada Aisyah r.ha juga: Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda: Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah. Maka pada suatu hari aku membuat nabi SAW marah, aku berkata: ‘Khadijah!’ (dengan ungkapan tidak suka), maka Rasulullah (SAW) bersabda: ‘Aku telah dianugerahkan kecintaan kepadanya’.

Menurut Imam Nawawi r.a, hadis ini menunjukkan isyarat mencintai Siti Khadijah akan mendapat fadilat kerana kita mencintai orang yang dikasihi Rasulullah SAW. (Kitab syarah Muslim)

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain