Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BUKU ditulis oleh pendakwah bebas, Pahrol Mohd. Juoi sesuai dibaca bagi mencari formula terbaik untuk mewujudkan perasaan tenang apabila seseorang itu menghadapi situasi kehidupan zaman moden yang mementingkan kebendaan semata-mata.

 

Cukup menyedihkan ada dalam kalangan umat Islam yang sanggup membunuh diri semata-mata kerana tidak tahan menghadapi tekanan hidup.

Menurut penulis, ketenangan adalah sesuatu yang sangat mahal harganya di akhir zaman ini.

“Walaupun mungkin sesetengah manusia memiliki kesenangan, tetapi kesenangan tidak sinonim dengan ketenangan.

“Ya, punya harta yang melimpah, hidup mewah, belum menjamin hadirnya sebuah ketenangan. Betapa ramai si kaya yang hidupnya diburu gundah.

“Percayalah, kesenangan tidak akan mampu membeli ketenangan, walaupun ramai manusia menyangka begitu. Begitu juga nama, kuasa, rupa dan unsur-unsur lain yang bersifat fizikal dan material, belum menjanjikan ketenangan.

“Lihat sahaja betapa ramai selebriti, diktator dan jutawan bertaraf dunia, tetapi hidup dalam keadaan merana,” tulisnya.

Tulis beliau lagi, ketenangan sebenarnya terletak dalam hati.

“Hati yang bagaimana? Hanya hati yang dekat de­ngan Allah. Jika hati sudah dekat dengan Allah, bukan sahaja hartawan, rupawan dan negarawan dapat memiliki ketenangan, malah yang miskin, hodoh dan marhaen pun akan mampu memilikinya.

“Justeru, untuk mendapat ketenangan dalam hidup, seseorang mesti berusaha agar hatinya dekat dengan Allah. Tidak ada jalan lain! Bagaimana pula mendekatkan hati itu kepada Allah?

“Jawabnya, hanya dengan mengingati-Nya. Hakikat itu tidak akan berubah selama-lamanya.

“Siapa yang melupakan Allah, hatinya akan sentiasa diburu oleh rasa sedih dan ketakutan. Rasa sedih dan takut inilah yang meragut ketenangannya. Hati yang jauh daripada Allah akan sempit dan terhimpit walaupun ada di ruang yang luas dan lapang,” tulisnya.

Ironinya, jelas penulis, dengan segala kebenaran itu, manusia masih berpaling. Peringatan Allah diabaikan. Ramai manusia yang terus serius dan fokus mencari ke­senangan berbanding ketenangan.

“Apa yang dicari hanyalah limpahan harta dan sanjung­an manusia. Untung rugi, berjaya gagal, derita bahagianya, hanya diukur berdasarkan pencapaian dua nilai ini - pemilikan harta dan sanjungan manusia.

“Lalu dengan prinsip yang tempang ini, seluruh dan sepenuh masa, tenaga dan sumber dilaburkan untuk memiliki dua kelebihan itu. Kebanyakan manusia terlupa bahawa selagi cita-citanya dunia, selagi cintanya manusia, maka selagi itulah hidupnya akan menderita,” tulisnya.

Namun, tegas beliau, tidak salah memiliki harta halal dan menjaga hubungan baik dengan manusia. Itu sangat diperlukan dalam kehidupan. Tetapi, ingat kepada Allah, zikrullah (amalan mengingati atau menyebut nama Allah sama ada dalam hati atau dengan lidah) perlu diutamakan dan disegerakan.

Tulisnya, mengingati Allah umpama ‘oksigen’ pada hati atau ‘kompas’ pada seluruh kerja setiap individu. Tanpa zikir, hati akan mati, kehidupan akan hilang arah. Kehidupan akan bergerak, namun akhirnya akan melencong dan terjun ke dalam gaung!

Jelas penulis, cara lain untuk memastikan hati sentiasa dekat dengan Tuhan selain sentiasa mengingati-Nya adalah dengan bertawakal kepada Allah. Tawakal berkait rapat dengan perkataan wakalah dalam bahasa Arab yang ertinya mewakilkan.

“Maka orang yang bertawakal ialah orang yang mewakilkan seluruh urusan hidupnya kepada Pencipta kehidupan dan kematian.

“Tidak ada cara lain untuk mendapat ketenangan dalam hidup kecuali dengan bertawakal kepada Allah. Keserabutan fikiran, kekacauan emosi dan keletihan badan, pasti reda apabila kita menyerahkan kepada Yang Maha Kuasa sebagai ‘wakil’ untuk menyelesaikan segala-galanya.

“Seorang miskin tetapi sangat bertawakal, tidak akan kecewa dan putus asa sekalipun pada saat yang paling kritikal dalam hidupnya. Dia yakin dengan janji Tuhannya.

“Pada orang bertawakal, semua perkara baik belaka. Jika miskin, bersabar. Jika kaya, bersyukur. Jika meme­rintah, adil. Apabila diperintah, taat. Dikurniakan rezeki sedikit, cukup. Apabila rezeki melimpah, pemurah. Hidupnya bebas, merdeka seperti seekor burung yang terbang di angkasa,” tulisnya.

Menurut beliau, apabila bertawakal, hati seseorang itu akan reda, pasrah dan menyerah atas segala ketentuan Allah.

“Sekali pun apa-apa yang berlaku bertentangan dengan keinginan hati. Jiwa merasakan apa-apa yang berlaku semuanya baik-baik belaka. Tidak ada ruang untuk kecewa, marah dan putus asa. Semua ini impak daripada sangka baik kepada Allah yang tidak akan menyusahkan apa lagi menzalimi hamba-Nya,” tulisnya lagi.

Sementara itu, penulis menjelaskan, apabila seseorang itu bertawakal, dia tidak boleh melupakan untuk ber­usaha terlebih dahulu bagi mencapai segala cita-citanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain